ꗃ 21 + yoshi dan junkyu

959 176 90
                                    

kenapa aku publish malam?sebab aku ada lagu specialuntuk korang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

kenapa aku publish malam?
sebab aku ada lagu special
untuk korang.

"MASHIHO! JIHOONIE!" Panggil Yoshi sebaik saja dia dan Junkyu melangkah masuk ke dalam rumah sewa.

Gelap dan sunyi.

"J-Junkyu.. kau rasa mereka hidup lagi ke?" Yoshi memegang pemegang tangga. Dia melihat Junkyu yang duduk di sofa.

Junkyu membalas pandangan Yoshi dengan senyuman yang tak boleh di tafsir.

"Just stay. They will alive soon... Aku nak minta kau buat sesuatu boleh?"

"Apa?"

"Tapi... Jom masuk dalam stor tu dulu." Junkyu menghalakan jari telunjuknya pada stor kosong di bawah tangga. Yoshi mengerutkan dahi. Pelik.

"Aah kajja. Aku taknak main-main." Junkyu terus tarik Yoshi masuk ke dalam bilik itu. Lantas pintu di tutup rapat dan di kunci.

"J-Junkyu... Kau kenapa ni?"

Junyu pusingkan badannya memandang Yoshi. Matanya melilau melihat ruangan bilik stor itu. Perlahan-lahan Junkyu mendekati Yoshi yang duduk di atas sebuah kotak di penjuru stor.

"Kita dua je ada dalam bilik ni. Ops, maksud aku dalam rumah sekarang ni." Junkyu memegang pipi Yoshi. Laju tangan Yoshi menepis.

"Kau ni dah kenapa?" Yoshi pergi semula ke pintu. Tak mahu lama-lama dalam tu. Seram dengan perangai Junkyu.

"Cari kunci ke? Ada dalam poket aku. Marilah. Aku tak buat apa-apa pun."

Yoshi menggeleng.

"Tch. Kau nak keluar kan? Kau pun takut tengok aku cam ni? Ke.. Kau nak tengok aku yang suka pisau?" Ujar Junkyu. Dia merapati Yoshi.

"Junkyu... K-kau buat aku takut. Kenapa ni?"

"Flirt kau? Haha"

Terasa perit air liur yang hendak ditelan oleh Yoshi. Apa Junkyu ni amnesia ke? Senyuman dia creepy membuatkan bulu roma Yoshi meremang.

"Junkyu... Kau kenapaa... Yedam rasuk kau ke... Keluar laaa... Janganlah buat aku macam ni...." Yoshi tersandar pada pintu. Dia mahu menangis. Rasa seperti hari ini adalah hari terakhir dia hidup di dunia.

Tapi dia tak mahu pengakhiran dia terperangkap dalam bilik dengan manusia gila. Hell no!

"Kau nak tahu tak Yoshi? Emm... Kau ingat tak malam kematian Yedam di langgar lari tu?"

Yoshi mengelap air mata yang mengalir menggunakan belakang tapak tangannya. Dia mengangkat kepala melihat Junkyu.

"Kau tak nak jawab soalan aku ke?" Junkyu melangkah setapak ke arah Yoshi lalu berhenti.

"I-Ingat."

"Nak tau penipuan plot twist? Aku yang rancang kematian Yedam."

Sengihan terbit dibibir Junkyu apabila nampak Yoshi menayangkan reaksi terkejut.

"Aku ada lagu untuk kau. Nak dengar?" Junkyu duduk di atas satu kotak. Kemudian memandang Yoshi. Senyuman langsung tak lekang dari bibirnya.

"Ding dong~ I know you can hear me.

open up the door, I wanna play a little.

Ding dong~ you can't keep me waiting

it's already too late

For you to try and run away

I've always see you all the time

Our eyes are locked together

I can sense your horror

Though I like to see it closer."

Junkyu bangun dari duduknya. Dia merapati Yoshi yang sudah mula gelabah. Berdebar. Itulah yang Yoshi rasakan sekarang.

Junkyu sambung nyanyiannya.

"Ding dong~ here i come to find you

hurry up and run

let's play a little game and have fun."

Junkyu mencangkung kemudian memegang kedua bahu Yoshi. Yoshi menyembamkan mukanya pada peha. Dia menangis kerana takut sangat.

Inilah masanya. Junkyu pasti akan menikamnya ataupun akan tarik rohnya keluar sama seperti yang Yedam lakukan.

Tak lama kemudian, dia rasa dirinya dipeluk. Perlahan-lahan, dia mengangkat kepala. Dia lihat Junkyu sedang memeluknya. Junkyu melepaskan pelukan dan melihat muka Yoshi yang sembab.

"Yedam-shi, aku tak boleh teruskan."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
i, alive.  ✓Where stories live. Discover now