Bab28 (Aku Tahu Rancangan kau)

1.2K 120 25
                                    

Continue my lovely readers....

"Macam tulah ceritanya..." kata ais lalu bersandar pada sofa itu semula.

"So, sekarang ni dia nak balas dendam dekat papa tuan kaulah ni... Tapi pakai thorn sebagai umpan?" soal yay untuk kepastian semula.

"Lebih kurang macam tulah... Tapi-" - ice

"Boboiboy!" ujar Ali yang menyebabkan pernyataan ice tersangkut.

" Aku ice lah, budak ketot" cemberut ice lalu tersenyum sinis kerana mengusik Ali sebegitu.

"Heh -_- kau pun ketot.. Tinggi 145 je.. Tak sedar diri.." balas Ali yang mendatar.

"Eh, mana ade..." - Ice

"Benda fakta...." - Ali

"Ehem, kau nak cakap apa tadi?" kata ice bagi menukar topik mereka. Bagi dia benda kecik buat gaduh, lainlah kalau hali dengan solar. Serabut kepala otak.. Entah - entah dalam badan supra pun gaduh lagi, cuma kita je tak nampak U_U

"Eleh.. Cuba nak berdalih pulak... Jom ikut aku kejap." Ali memutarkan bola matanya lalu mengajak ice untuk ke sesuatu tempat untuk dibawa bicara.

"Nape? Aku nak tidurlah... Kalau kau nak cakap dengan tuan.... Aku rasa dia dah habis bercakap dengan family dia... Baik kau pergi cakap dengan dia" tolak ice yang sudah tidak tahan lagi dengan nafsu tidurnya.

"Ala.. korang, orang yang sa-" - Ali

"Kkrrrooohhh~ " dengkur sang element ice itu dengan bantal peluk diperbuat daripada saljinya yang tampak terlalu gebu sehinggakan rasa macam nak ramas ramas je bantal tu.

"Hmmmp.." rungus Ali yang menyilang kedua tangannya sambil mengembungkan pipi. Aiyok dia merajuk..💔

"Maaflah ali.. Dia ni memang macam tu.. Suka sangat tidur. Entah apa yang dia mimpikan sampai jadi gian nak tidur" - gopal

"Ya lor, biarkan saja dia tu.." kata ying lalu menghirup air teh dihadapannya.

(Kejap2 diorang sebenarnya duduk dekat  kerusi panjang au.. Tapi dia macam sofa.. Ala..biarkan imaginasi korang berkembang.. Nanti author blank.. Terus lagi lmbat update💔)

"Korang bincang apa ni?" tegur gempa aka boboiboy yang mengantikan tubuhnya itu sambil menguis guis rambut ais dengan topi yang terangkat sedikit dalam keadaan tertidur.

"Hhhggnnn.." manja ice yang memegang tangan usapan boboiboy itu.

"Hihihihi, macam kucing dah" tawanya lalu memandang ali dan kawan kawannya yang berkerut namun dalam masa yang sama seperti mahu tergelak.

"Kenapa?" - boboiboy

"Heh, padanlah semua kuasa element kau sayang dekat kau.. Kau belai diorang macam anak kucing.. Pastu kau jaga diorang lak macam anak sendiri." usik fang yang jealous dalam diam. Padahal, dia pun nak diklon kan juga..tapi kuasa dia mana sama macam boboiboy. Ehek..

"Biasa ah...😎" - boboiboy

"Boboiboy! Aku nak cakap dengan kau sekejap" pinta Ali disambari menarik tangan boboiboy ke sesuatu tempat.

"Hmm? Kau nak cakap apa? Ouh, korang.. Inilah adik sedara aku. Anak kepada adik mama aku." tanpa memperdulikan Ali yang sudah meroyan nak bercakap dengan dia. Dia sempat lagi nak pomot adik sedara dia tuh. Lol.ಡ ͜ ʖ ಡ

"Oooo, macam tu.. Selamat berkenalan Ali" - yaya

"Hehehhhe, selamat berkenalan.. Dah jom ah!!!!! " pekik Ali yang sudah hilang kesabarannya. Manakala boboiboy pula tergelak jahat laku mengikuti adik sedaranya itu.

Melihat karenah kedua saudara itu membuatkan mereka berempat terbahak dengan sifat childish diorang yang muncul entah dari mana lah..

Skip time

Ali pun melepaskan gengaman tangannya daripada pergelangan tangan boboiboy selepas mereka tiba di tempat yang tiada orang. Ali mula berpaling kepada boboiboy dengan muka yang agak serius.

"aku tahu rancangan kau!" - Ali

"Rancangan apa?" soal boboiboy kembali walaupun dia sebenarnya faham apa yang cuba untuk disampaikan oleh Ali. Tapi dia tak pasti sahaja.

"Kau rancang nak selamatkan uncle Amato daripada kena bunuh lepas thorn bagitahu kau kan?!" kata Ali yang bertakungan air mata. Dirinya amat terkilan dengan boboiboy yang sanggup mengorbankan dirinya demi orang tersayang.

Mata boboiboy di putarkan lalu mengeluh. Tiba - tiba dia tersedar akan sesuatu.

"Kejap, macam mana kau tahu yang thorn bagitahu aku pasal tu?! Aku guna bahasa isyarat mata kot!" boboiboy mengerutkan mukanya dengan penuh tanda tanya.

"Hmm? Ntah... Iris ni yang tiba - tiba tunjuk yang kau dengan thorn 'in comunicated'. Pastu entah macam mana iris ni bagi maksud disebalik perbuatan korang.." terang Ali dan menyeluk irisnya didalam poket lalu merenung benda itu.

Dahi boboiboy di kerutkan dan berfikir mengapa iris ali bertindak sebegitu. Tidak lama itu kepalanya didonggak kan setelah lama menunduk ke bawah. Ali melihat boboiboy hairan.

"Ha! Aku rasa mesti mama aliya letakkan program untuk membaca bahasa isyarat kitaorang!" katanya kuat tetapi tidak dapat didengari oleh orang lain.

"Maksud kau?" soal Ali yang mengangkat sebelah keningnya.

"Macam ni, waktu kitaorang jalankan misi penyamaran yang boleh dikatakan susah lah juga sebab orang tu jenis peka sekeliling(?). Takkan lah kitaorang nak pakai alat komunikasi.. Mestilah dia tahu. Jadi kitaorang create lah bahasa isyarat kitaorang sendiri" jelas boboiboy walaupun kepalanya sedang memutarkan balik peristiwa misi itu kembali.

"Oooo.. Macam tu.. Tapi macam mana nak tahu isyarat tu tanpa pakai iris?"

"Hmmm.. Kalau kau perasan kitaorang hanya buat 3 gerakkan saje kan?" ucap boboiboy selepas memuncungkan mulutnya tanda berfikir bagaimana nak terangkan pada Ali. Yelah, otak dia lambat loading sikit//plak. Tak lama selepas Ali mengimbas memorinya semula, dia mula menganguk.

"Kalau kitaorang pandang kita tepi maksudnya 1. Kalau putarkan bola mata 5. Kalau kedip mata maksudnya seterusnya. Faham?" - Boboiboy

"Errr.... Nombor tu apa kaitan?" Ali mengaru kepalanya.

"Nombor tu mewakili kepada huruf.. Dalam huruf semua sekali ada 26 kan. Contohnya: -

mewakili : =

1 = A

2 = B

3 = C

Sampai lah 26 sama dengan z." terang boboiboy yang duduk dihadapan kolam ikan MATA setelah habis berjalan dengan kaki longar mereka ke situ.

"Ouh, contohnya.. Kalau pakai nama aku mesti.. 1, 17 , 9... Kan?" teruja Ali yang mula paham tentang bahasa isyarat itu.

"Yup, pandai pun... " senyum boboiboy pada adik sedaranya yang pandai tapi tak yakin pada diri je sikit.

"Heheheheeh" - Ali

"Ali......" ujar boboiboy kepadanya selepas kedua duanya memandang langit yang biru dalam sudut 50°.

"Boleh tak aku nak pinjam iris kau? Jangan risau, aku pulangkan balik.." pinta boboiboy.

"Kau nak buat ap- ouh! Kau masih nak buat benda yang sama lagi!! Hadui... Payah ah kau ni! Aku ingat kau dah ubah fikiran.." geramnya lalu meramas rambutnya yang hensem itu

(Acctually author tak suka sebut hensem kat sape sape kec adik, ayah dgn kartun je... Geli lah TwT)

"Ofc, Hali, Taufan ngn solar.. Masuk!" kata boboiboy pada sebuah ipod namun bokeh dijadikan sebagai alat komunikasi. Macam mana boleh ada? Ala.. Dia ubah suai jelah U_U.



TBC

Sorry ye lambat update, niat nak update awal.. Tapi tulah, kebelakangan ni jadi ais lak.. Haih, author kelas hari ni.. Sape kelas hari ni lagi? Meh nak kumpul 😃

Ouh ye... Bahasa isyarat korang boleh buat main.. Itu author yang reka tau.. Bubye 💗

Get well soon boboiboyWhere stories live. Discover now