Bab 30 (The Times Come 2)

1.1K 112 68
                                    

Bersambung...

'Tap tap tap'

Bunyi tapak kaki dibunyikan oleh seseorang yang berjalan menuju ke arah seorang manusia bersama robot bulat berwarna merah berkerumunan dengan robot pengawasan.

"Wow, aku terharu kau datang ziarah aku Amato" senyumnya lebar dengan hati yang tulus ehek.

"Ray...." - Amato/mechabot

"Ye... Kenapa? Dah tak ingat nama aku? Hahahhahaha kesian aku.. Biasalah, orang lupa kawan kan~" tawanya dan melompat kecil dari sebuah timbunan dan mendarat dengan sempurna.

"Heh, aku memang nak lupakan pun.. Kau sendiri yang cari masalah! Lepas tu, kau kata aku yang salah? Dahla kau libatkan anak aku!" Amato mengemaskan lagi gengamannya.

"anak kau yang datang kat aku.. Bukannya aku datang kat dia" jawab Ray disertai senyuman sinis

"Memanglah anak dia datang kat kau! kalau kau menyamar jadi doktor dia!" sampuk mechabot dan memutarkan bola matanya. Ray semakin mendekatkan lagi penjarakkan mereka dengan berjalan secara terhuyung hayang seperti ingin bermain main.

"Tapi bagus juga sebab dia datang kat aku.. Aku boleh umpan kau kemari.. Dan tengoklah hasilnya.. Kau datang juga kat sini~" dia mendepa kedua belah tangannya bagai memperlihatkan sesuatu yang menakjubkan. Amato dan mechabot berdecih dalam masa yang sama menyampah dengan perangai Ray yang terpaksa dihadam oleh mereka.

Di sebalik perbualan mereka itu, terdapat beberapa orang bersembunyi di sesuatu tempat bagi melakukan serang balas jika berlaku perkara yang tak baik. Mereka hanya memerhati setiap pergerakkan musuh agar bertindak dengan baik.

"Oooo, ini ke orang yang bagi ubat entah apa dekat boboiboy tu... Tak pe, nanti aku tukor kan jadi kari ikan baru dia tau." geram gopal yang membunyikan jari jemarinya.

"Hai ya lu gopal.. Kuasa lu hanya berkesan pada objek sahaja... Manusia mana ada kesan!" kata Ying bersamaan kerutan di dahi kerana sifat gopal yang hanya berkata kata palsu.

"Haish... Aku bukan nak tukarkan orang tu.. Aku kata robot tu.. Bila pandang je terus rasa lapar.." dia menunding kepada robot robot itu yang membuat semua di situ mendatar dengannya.

"Ouh ye, kenapa aunt-" belum sempat Fang menghabiskan pertanyaannya. Mereka digemparkan oleh bunyi dentuman kuat yang di buat oleh kedua orang dewasa itu.

'BDUM!!'

"SEBAB KAULAH!! KAU BUNUH MAK AKU SEHARI SELEPAS ANUGERAH TU!" jeritnya dihadapan muka Amato.

"BILA MASA AKU BUNUH MAK KAU HA?! YANG BUNUH MAK KAU TU ADALAH DIRI KAU SENDIRI! "

"Ini mesti kes 15 tahun lepas.." gumam Afina yang sedang berpikir sesuatu. Namun, hal itu disedari oleh Alicia disebelahnya.

"Kenapa dengan kes 15 tahun lepas.." soal Alicia bersamaan nada ingin tahu. Afina memandangnya sambil tersenyum sebaris sebelum menjawab pertanyaannya.

"15 tahun lepas sebelum Aunty kahwin dengan Uncle.. Ada satu kes ni, .. Aunty tak ambil tahu sangat tapi yang Aunty tau.. Dia bunuh mak dia sampai keadaan mak dia begitu sadis." - Afina

"Ish ish ish, tak patut tak patut" geleng gopal berkali kali.

"Tapi- eh?" belum sempat Afina mahu menjelaskan lagi pernyataannya. Dia menyedari gumpalan asap berwarna unggu keluar dari jaring dihadapan mereka. Tanpa berfikir panjang, Dia lantas menghubungi kumpulan yang lain untuk memberi amaran kepada mereka.

"Fang, yaya masuk!" dia memangil nama mereka selaku ketua kepda kumpulan itu. Namun, satu renjatan dihala pada belakangnya yang membuatkan da rebah ke tanah.

Get well soon boboiboyWhere stories live. Discover now