Continue....
Sungguh tidak senang duduk bagi para elemental yang berada di dalam jam Boboiboy. Keadaan didalam itu sepatutnya diselaputi dengan warna putih malah berwarna merah yang berkelip kelip. Bukan mereka tidak pernah mengalami hal berikut sebelumnya, ia hanya terjadi jikalau Boboiboy terlalu memaksa dirinya untuk menghabiskan tenaganya seperti melawan ejojo, Kaizo, Borara, Capten Vargoba, dan rettaka.
"Ssssttt... A- adeh..." ringis salah satu elemantal iaitu Blaze yang memegang perut kerana efek ubat yang dimakan oleh mereka tempoh lalu.
"Huwaaaaa...ape yang jadi ni gemgem.. Thorn takut!!!" adu Thorn menyembunyikan mukanya dibelakang baju Gempa. Gempa meletakkan tangannya pada kepala Thorn.
"Jangan takut Thorn.. Tuan cuma....... Penat. Ha! Penat. Jadi Thorn tak perlu takut ok? Tuan kita kan kuat.." kata Gempa yang meyemangati Thorn semula namun di rosakkan oleh ice dan Solar. Sabar jelah.
"Aku harap kau betullah.. Sebab kita pun dah sakit macam ni apatah lagi tuan" ice memberi pendapat sambil bangkit perlahan lahan memegang perutnya yang pedih akibat Ray menendang perut Boboiboy.
"Betul tu, dari kelipan warna merah dalam jam ni. Tuan dah tak ada tenaga lagi. Kalau ada pun mesti 20% - 10% je" Solar memaparkan wajah serius.
"Habis! Nak buat macam mana?! Bukan salah tuan! Dia cuma selamatkan orang yang dia sayang je kan! Yang salahnya pak cik tak guna yang menyamar tu! Sekarang ni kau nak salah kan tuanlah ni?!! Kalau macam tu pergilah balik kat tuan tamak kau tu! Sia - sia je tuan selamatkan kau!!! Tapi ini yang kau cakap kat dia?!" jerkah Blaze. Darahnya sudah mengelegak sama seperti degupan jantungnya bagaikan kereta api yang hilang kawalan.
"Blaze! Dengar.. Kitaorang tak salahkan tuan faham??! Kitaorang cakap benda betul.. Tak sikit pun perkataan yang kitaorang nak tuan mati.. Kitaorang sayang dia lebih dari nyawa kitaorang tau" kata ice menenangkan situasi tetapi malangnya.
"Uwaaaaahhh! Tuan takkan matilah!! Ica jahat cakap macam tu... Hisk.. Hisk.." Thorn mula meraung membuatkan Gempa semakin sukar memujuknya.
"Hadoi toyo- urm.. Maksud aku Thorn... Haih.. Tolonglah faham maksud kitaorang..." Solar menepuk dahi.
"Buat apa nak faham kalau tuan pun kau tak faham" - Blaze
"Ha? A-ap- ish... Susahlah cakap dengan orang bengap cam kau ni" ice sudah hilang kata - kata menerima soal yang tidak berkaitan bertalu - talu diberikan. Maka dengan itu mulalah pergaduhan besar daripada mereka berempat dan Gempa menjadi penegah yang tidak berguna.
"Haih.. Korang.. Di-" kata kata gempa di pintas oleh seseorang iaitu Hali.
"Diam! Kalau korang bertekak pun tak de gunanya! Lagipun kita tak boleh nak buat apa - apa selagi tuan tak panggil kita.. Kita duduk sini je.. Hisk.. Aku.. Aku tch.. AKU NAK KELUAR DARI SINI!! AKU TAK NAK TUAN MERANA MACAM NI LAGI!! AKU SERIK DUDUK SINI TENGOK CAHAYA MERAH BERKELIP TAK GUNA NI!! KORANG PULA BERTEKAK KAT SINI! TAK FIKIR KE?! hisk.. Arh!!! Tolonglah kenapa aku nangis!" jerit Hali meluahkan perasaan menutup mukanya mengunakan sebelah telapak tangannya.
Taufan yang sepatutnya memeluk lutut dan termenung mula mengesat air mata. Begitu juga para elemental terdiam mendengarkan luahan Hali. Mata mereka mula - mula berkaca - kaca sebelum sebuah cahaya menyilaukan pemandangan mereka.
"A- apa tu" soal Gempa melindungi matanya mengunakkan lengan.
༻༻༻༻༻༻༻༻༻༻༻
Dengan wajah yang pucat lesi, boboiboy menghembuskan nafas... (Bukan nafas terakhir ek...😂) dia seketika dapat berehat sebentar dari perlawanan yang segit dan juga kepalanya berpusing seseolah - olah dirinya sekali terpusing apabila papanya mengambil alih tetapi dia tak boleh lengah kerana Ray boleh sahaja bertindak sekelip mata. Dia memejam mata merehatkan mindanya. Fikirannya mula memberitahunya tentang keadaan para elementalnya sekarang membuatkan dia membuka matanya kembali.
Kini beralih pada Amato dan Mechabot menentang Ray pula, kedengaran pelbagai tumbukan, serangan, tendangan dan hentakkan berdetum kuat bergema sekitar kawasan gudang itu.
Ray mula kelelahan dan memberikan Amato lebih banyak lagi harapan untuk menang tetapi dia tidak akan terpadaya dengan helah yang akan dimainkan oleh Ray lagi. Dia tetap memberikan serangan seperti mana nasib anaknya.
"Inilah balasannya kalau kau usik anak aku!" satu tumbukkan kuat dari sebelumnya ditekap pada pipi Ray tanda melepaskan geram membuat satu satunya nak kesayangannya.
(Lol.. Author un geram... Author smack down gak Ray ni)
εïзεïзεïзεïзεïзεïзεïзεïзεïз
Mereka semua berpusu pusu berlari ke tempat dimana Ray dan Amato berlawan bagi menjauhkan Boboiboy dari tempat perlawanan mereka.
"Gheeta.. Ada mana - mana robot pengawasan yang dekat tak?" soal Ejen Leon berlari disebelah Ejen Gheeta.
"Errr... Jaga jaga! Sesuatu datang dekat dengan kita!" katanya kuat memberi amaran kepada kesemuanya. Serta merta gerak kaki mereka berhenti daripada berlari dan mula menyadar pada sisi dinding.
Maka keluar sebuah cahaya kelihatan seperti kelip - kelip berterbangan di situ. Mereka memerhatikan betul - betul sama ada itu adalah kelip - kelip ataupun tidak sebelum Afina memeranjatkan mereka semua.
"Eh, ini mini Cctv dari MATA.... Yes.. Kau memang boleh diharap Dayang" gembira Afina dan mengalihkan kamera itu tepat ke arahnya sambil membuat pelbagai isyarat mengunakan jari jemarinya sementara yang lain hanya berkerut muka menyoalkan perbuatan Afina kecuali para mentor yang mengetahuinya.
"Okay, bantuan akan tiba.. Jadi kita tak boleh buang masa..." - Afina
"Aunty minta pertolongan ke tadi?" - Ali
"Betul tu, jadi dengar plan ni betul - betul dan jangan buat silap okay?! Kita kena selamaykan mereka bertiga cepat!" tegas Afina merisaukan keluarganya. Dia cukup merunsingkan jikalau Ray menyakiti mereka, lagi - lagi Boboiboy yang sudah terkulai lemah namun degil masih mahu berlawan. Sejak bila keturunan dia ada degil macam tu pun dia taktau.
༺༺༺༺༺༺༺
"Ha.. Ha.. Ha.. Heh. Kau makin kuat ye Amato.." Ray memujinya. Meskipun pujian itu tidak sama sekali tidak diherankan olehnya.
"Kau nak main helah apa ni Ray.. Kau ingat aku nak terpedaya?" - Amato
"Memang kau tak perdaya.. Tapi kau dah terperangkap!" lantangnya memberi isyarat pada robot - robotnya menekan sebuah alat pencekam kaki yang ada pada mozek disebalik kaki Amato. Kelihatan banyak jumlah robot Ray bersiap sedia untuk menembak Amato.
Situasi tersebut berlaku terlalu pantas, dia tidak sempat melakukan apa - apa dan hanya memejam mata mengenangkan pengakhiran hidupnya dan kegagalan melindungi keluarganya. Letupan berdentum kuat.
Tetapi jasad badannya tidak tercedera mahupun hancur. Dia sedikit membuka matanya dan terlihat sebuah bongkah ice yang besar menghadangnya dari terkena tembakkan.
"KAU DAH MELAMPAU! kau akan terima akibatnya" dingin Boboiboy yang menghancurkan kesemua robotnya mengunakan kuasa Thorn iaitu akar menjalar. Kalau mahu di katakan tentang wajahnya sekarang.. Hantu pun ngaku kawan.
"Heh, nak lawan lagi? kau takkan bertahan dengan keadaan kau macam tu.. Lagi lagi dengan jam kuasa yang akan menyerap tenaga kau untuk berfungsi..." sinis Ray bagaikan memerlinya sebagai budak bod*h.
(Wow... Panas panas.... Sssstttt....)
"Siapa kata..." ucap Boboiboy seraya membuka jamnya dan gengam dengan erat seeratnya seperti menyalurkan kasih sayangnya terhadap jam itu. Dia sungguh pilu membuka jam itu setelah lama melekat di tangan kanannya.
Manakala,Ray bersorak gembira dalam diam kerana Boboiboy mendengar nasihatnya yang tak taulah nak kata nasihat ke tak dan merancang untuk merampas jam kuasa itu demi kebaikannya sendiri. Justeru, tidak semudah itu..
'Praaanngg!'
Jam itu di hempaskan ke tanah sehingga berkecai menjadi serpihan. Ray, Amato dan Mechabot terkelu melihat jam tersebut dihempas, begitu juga mereka semua yang baru sahaja tiba disitu.
Continue......😗
Enjoy, comment dan share.. Thanks.... Sorry up lambat ehek..

CZYTASZ
Get well soon boboiboy
FanfictionJikalau kita menghadapi satu penyakit yang serius.. Mesti susah dibendungkan? Itulah cabaran seorang insan yang bernama boboiboy bagi mengelakkan penyakitnya diketahui oleh orang - orang terdekatnya.. Mahupun keluarganya yang amat menyayanginya. Nam...