61

4.5K 331 148
                                    

Warning: in case korang terlalai, this is bab 61, and please read bab60 first which is sesat dekat chap selepas 63. Aku pun tak tahulah asal chapter tu nak merayau sampai terabur susunan. And don't read this chap kalau tak baca chap 60 dulu okay? Sekian.

.

.

.

.

Ingat baca chap 60 dulu.

.

.

.

Jangan kata hakak tak pesan pulak.



"Terima kasih."

Dia membalas senyuman penjaga kaunter itu sebelum kakinya mula menapak keluar dari kedai 24 jam itu. Kedai apa lagi?

Seven... eleven. (Ding dong)

Puteri syafina terus melihat isi di dalam beg plastik yang dijinjitnya. Tak menyabar.  Baru sahaja keluar dari kedai itu , tapi dah tak tahan nak melegakan tekak.

Terus dia mengeluarkan sesuatu dari dalam beg plastik . Tanpa teragak dia pantas menarik straw supaya berpisah dari badan air kotak kegemarannya. Plastik straw disiat dan sisa plastik itu dimasukkan semula ke dalam beg plastik yang dipegangnya. Takkan nak buang di tepi jalan pula kan.

Anak anak jangan buang sampah merata ya.

Dengan syahdu dia menyedut susu strawberry dari kotak Dutch Lady berperisa strawberry sebaik sahaja sudah menebuk straw. Fuh lega tekak. Walaupun jarak kedai ini dengan bangunan apartment nya tidaklah jauh mana dan tak mengeluarkan peluh , tapi dia masih rasa penat. Ini kut akibat malas nak bersenam. Jalan sikit terus mengah.

Dia mula meneruskan langkah nya yang terhenti sambil enak menyedut air kotak. Sempat tangannya diangkat ingin melihat jam tangan. Dah pukul 11 malam rupanya.  Patutlah ramai orang dah mula memekak dekat sini.

Heish kenapalah kedai 7 eleven ni dibuka berdekatan tempat ni? Loya tekak aku tengok adegan adegan jijik . Penat nak tahan rasa nak sepak orang ramai.

"Sayang, I nampak lawa tak?"

"Of course lah lawa. Yela baby siapa? Baby I kan. " Kedengaran pasangan yang kebetulan lalu di depan syafina sudah tergelak bersama sambil memeluk pinggang masing masing dan terus melangkah ke arah pintu masuk.

Syafina menutup mulut. Ya allah tolonglah jangan buat aku muntah dekat sini. Membazir rm2 aku kejap lagi sebab air susu aku minum tadi dah keluar dari badan. Tapi kelakuan pasangan tadi memang nak buat syafina muntah pink!

Kepala brain kau tu dia baby kau! Eh perempuan tu dah dewasa tau tak. Tak layak nak panggil baby baby.  Dia baby kepada mak bapak dia lah. Bukan baby kau. Eh ini yang tiba tiba rasa nak bagi secebis dua carutan pada pasangan enak buat maksiat tu. Eish.

Syafina mengerutkan kening dengan pandangan menyampah melihat pasangan tadi yang sudah masuk ke dalam kelab malam walau sebenarnya dalam hati macam macam dia mengumpat pasal pasangan  tadi. Sebenarnya bukan pasangan itu yang pertama buat dia rasa nak muntah pink, tapi dah banyak dah pasangan berjaya buat dia loya.

Syafina menggeleng kepala perlahan melihat ramai pula manusia yang ingin masuk ke dalam kelab malam berdekatan bangunan lot kedai 7 eleven yang dia pergi tadi. Puih! Masjid kau tak nak berasak pergi pulak ! Tempat yang macam miskin lampu ni jugak kau beria nak pergi. Kenapa miskin lampu? Sebab pokai sangat ke tak mampu beli lampu panjang yang terang warna putih tu. Ini lampu gelap dengan warna warni je yang ada. Mabuk syafina melihat dari jauh.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now