26

4.7K 425 45
                                    

"Weh anggun jom kita tengok perlawanan bola keranjang tu. Bosanlah. Bukan kita ada class pun lepas ni kan? Lagipun dah lama aku tak cuci mata ni. Hm." Dayana mencemikkan wajah meraih simpati rakannya. Kalau anggun tak teman siapalah yang boleh teman aku. Alisa tak ada. Katanya nak jenguk ibu di hospital. Nanti aku pishang.

"Kau ni bukan nak support team universiti kita. Yang kau tahu cuci mata je." Anggun menggelengkan kepala memandang dayana yang merenyam. Pantang nampak can terus disapu.

"Ala kau ni. Aku supportlah weh. Nanti aku diri aku sorak kuat kuat. Ha okay puas hati kau? Lagipun ehem captain team universiti kita hadif. Saja beritahu. Tak bermaksud apa apa pun." Dayana melirik senyuman nakal. Sengaja menggunakan nama hadif supaya anggun tergoda dengan permintaannya. Macam dia tidak tahu kelemahan anggun.

Anggun terdiam sebentar. Otaknya mula berfikir. Dia menelan air liur membayangkan rupa hadif yang fokus bermain basketball. Aduh mak. Konfirm cair.

"Eish fine! Kau ni tahu sahaja kelemahan aku kan!" Anggun terus mencubit pipi dayana geram. Dayana tersengih. Dah agak anggun akam cepat je setuju kalau nama hadif dipergunakan. Muahaha! Akhirnya senior hadif ada juga fungsi dalam hidup aku.

"Yess! Jom jom cepat! Aku rasa perlahwanan tu belum habis lagi." Dayana dengan super teruja terus menarik tangan anggun mengikutnya. Tak sabar nak tengok abang abang main bola. Mesti hensem. Masyaallah dayana marilah get ready fizikal mental supaya tidak pengsan melihat kekacakan pemain pemain nanti.

Ish ish ish apa nak jadi ni dayana aqilah.

Anggun hanya menurut haluan dayana. Bibirnya menguntum senyuman kecil. Sekurangnya dia boleh cuci mata tengok hadif walaupun hanya dari jauh. Sebab mamat tu takkan bagi aku cuci mata depan dia!

Akhirnya mereka sudah sampai di tempat perlawanan bola keranjang universiti mereka. Kaki anggun hanya menurut langkah dayana yang memilih tempat duduk.

Kelihatan lebih ramai gadis berbanding lelaki yang menjadi penonton perlawanan ini. Mata anggun meliar melihat sekeliling.

Fuh ada banner gais!

'Hadif is the best leader!'

'Irham is the champion!'

'Ammar , break the leg!'

Anggun menggelengkan kepala. Bukan banner mereka sahaja ada. Tetapi banyak lagi banner yang ada. Tapi nama hadif paling banyaklah. Biasalah jejaka paling tampan di universiti katanya.

Anggun mengambil tempat di sebelah dayana. Wait. Anggun melihat situasi mereka.
"Ana!kenapa kau pilih seat ni?" Anggun cuba memperlahankan suara dari marah kepada dayana.

Dayana membuat muka tak bersalah.
"Dah ni je yang kosong dan aman. Kau nampak kan sisi kiri dan kanan stadium ni penuh dengan minah minah tukang sorak tak bertauliah tu?so aku pilih jela sini. Bolehla kita tengok secara hd siapa yang jaringkan goal kan?" Dayana memberi senyuman sesuci lebaran membuat kan anggun terdiam.

Benar juga. Kalau duduk di tempat duduk di sisi kiri dan kanan stadium bola keranjang ni konfirm tak boleh fokus kerana suara kuat para gadis menyokong pemain kesukaan mereka. Tapi..... aduh tempat dayana pilih betul betul berada di belakang tiang menjaringkan jaringan. Malu pula tiba tiba.

"Itu dia KETUA PASUKAN KITA HADIF RIZKI SUDAH MENERIMA BOLA DARI SAFAWI RASID. LANGKAH HADIF SUDAH MENUJU KE TIANG JARINGAN ADAKAH MAMPU DIA MENAMBAHKAN MATA UNIVERSITI KITA SEPERTI AKSI AKSI SEBELUMNYA?"

Suara kuat pengulas berjaya membuat anggun menfokuskan mata melihat gelanggang. Memang benar kelihatan hadif sudah berusaha membawa bola untuk pergi ke arah tiang jaringan. Dengan jersi sleeveless. Tertera HADIF di belakang baju. Dengan rambut yang bergoyang goyang mengikut rentak langkah hadif. Titisan peluh berkilau di dahi dan leher hadif. Semua itu berjaya membuat jantung Anggun Dellisya berdegup hebat.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora