Anggun melemparkan beg tangannya ke atas katil. Turun naik nafasnya kerana geram. Marah sangat ni. Sampai keiuar asap dari telinga."Eiii geramnya aku dengan mamat tu!dari dulu tak henti henti cari pasal dengan aku!" Ujar anggun kuat sambil memegang rambutnya. Stres tau tak!
Anggun menarik nafas. Dan menghembus perlahan. Calm down.....
"Sabar anggun. Cara nak handle orang sewel ni kau kena sabar je...tenang.." berusaha dia memberi kata kata semangat pada dirinya.Eh kalau mampu aku jadi raksasa macam dalam cerita ultraman tu lepastu aku serang dia.
Eh tapi entah entah nanti dia yang jadi watak ultraman tu. Acah acah baik jadi pelindung galaksi pulak. Hek lemek ai. Padahal perangai macam perosak negara adala.
"Eh aku kalau boleh rembat dia!eh Hadif Rizki nasib baikla kau tu bos aku tau tak! Kalau tak ni tangan aku ni cepat je melekat kat muka acah handsome kau tu! Terus bengkak sebulan. Hilang dah handsome kau!" Baru sahaja nak bertenang terus fikirannya kembali melayang kejadian tadi.
Kejadian yang mampu menimbulkan perasaan sakit hati triple kill.
.
************************************
.
"Er anggun, bos nak jumpa anggun." Terus berubah pelik wajah anggun mendengarnya. Dia mengangkat kepala menatap wajah nazila.
"Bos nak jumpa anggun? Hadif?" Tetapi pantas anggun menampar lembut mulutnya. Alammak tersasul pula. Terpanggil macam rakan rakan pula. Ingat anggun. Hadif tu bukan macam dulu. Sekarang dia bos kau!
"Maksud anggun...er Encik Hadif Rizki. " segera dia membetulkan ayatnya sambil tersengih.
Nazila mengangkat bahu.
"Akak pun tak tahulah anggun. Dia kata panggil je anggun. Anggun jumpa dia ya? Nanti bukan anggun je kena marah tapi mesti akak sekali kena balun dengan bos tu." Bukan dia tidak tahu wajah anggun akan berubah mendengar nama hadif. Tapi tak tahula dendam kesumat apa si anggun ni bengang sangat dengan bos tu. Tetapi terpaksalah dia menyuruh anggun berjumpa sang CEO.Anggun menggaru kepala yang tidak gatal. Aduh apa mamat ni nak?
"Emm okaylah kalau macam tu. Akak jangan risau. Berani dia nak marah, anggun lontar dia pergi angkasa lepas." Anggun membuat muka bangga.Apa fikir aku takut dengan dia?Nazila hanya gelak mendengar kata kata anggun. Tidak sangka anggun lawak orangnya. Ingatkan jenis yang sopan santun lembut. Rupanya boleh tahan brutal!
Anggun hanya tersenyum apabila nazila mengucapkan okay dan berlalu kembali ke meja kerja.
Anggun mengeluh sesaat. Dia sudah berada di hadapan pintu bilik si singa mata helang. Matanya terpandang pintu pejabat itu yang tertulis
HADIF RIZKI
(CHIEF EXECUTIVE OFFICER).
Eh kenapalah aku tak nampak tanda nama ni masa first day haritu? Kalau tak boleh aku tau awal awal siapa CEO syarikat ni lepastu larikan diri!
Anggun mengetuk pintu bilik tuan CEO.
"Come in!"
Anggun membuat muka sempoi. Tetapi dadanya sudah berdetak laju. Kenapa setiap kali aku jumpa dia jantung aku ni tak duduk diam? Sedarlah anggun dia dah berubah. Kau pun dah berubah. Semua dah berubah. Faham?
Dia membuka pintu dan melangkah mendekati meja hadif Rizki. Dapat dia lihat wajah itu serius menatap dokumen.
Anggun berdiri di situ menunggu hadif mengeluarkan suara.

ESTÁS LEYENDO
DIA Encik Crush Sombong! ✅
Romance(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you know that I am the most sweet talker that you ever met, love?" CEO OF MENYINGA Apa anda akan buat jikalau big boss di syarikat anda adalah cr...