13

4.9K 363 31
                                    

Hadif melihat langit yang kemendungan. Wah sungguh indah. Sungguh mengasyikkan. Mendamaikan. Dia tersenyum.

"Kau kata apa tadi irham rafiqi? Boleh ulang tak?" Tanyanya dengan suara selembut sutera .

"Err aku dah selamat balik ke rumah?"

Hadif senyum. Kalaulah irham mampu nampak senyuman aku. Senyuman terindah.
"Bukan yang itu irham rafiqi. Ayat sebelumnya lagi tu. Cuba ulang. Abang hadif nak dengar lagi sekali."

"Errr aku ambil eh tak aku pinjam payung yang ada dalam loker kau sebab aku tak ada payung?" Rasanya itu lah ayat first dia kata tadi. Irham mengangguk. Ha betulla ayat tu. Kenapa suara hadif lembut ni? Siap abang abang lagi.

"Jadi? Kau faham sekarang?" Masih selembut lembutnya suara hadif bertanya dengan kasih sayang.

Irham berdehem.
"Emm tak faham. " benar dia blur sekarang.

"Oh tak faham lagi ya hehe." Hadif tergelak ayu dengan bunyi kesukaan.

"Irham rafiqi..."

Panggilnya lembut.

Irham mula seram. Apasal lembut sangat suara mamat ni? Gedik semacam je. Dah jadi mak nyah ke?
"Ya.." jawabnya.

Hadif membuat bunyi gelak gedik.
"Hehe..."

Irham masih setia mendengar. Hmm masih memikirkan apa hal hadif ni tak pernah selembut ini. Tak pernah melayannya dengan kasih sayang . Tak pernah  menatang dia bagai minyak petrol yang penuh. Selama ini hanya ditatang sedikit sahaja minyaknya.

Hadif menarik nafasnya tenang. Sebelum..

.

"EH kepala cengkerik kaulah irham! Yang kau pandai pandai ikut kepala otak kau rembat payung aku tu kenapa? Kau nampak tak hujan lebat ni? Macam mana aku nak balik ha?! Yang kau bengong tak bertempat tak bawak payung sendiri kenapa? Habis itu ambil payung aku bukan nak minta izin! Kalau kau kata awal awal, aku boleh balik dengan kau! kongsi payung tu sengal! Kau nampak sekarang hujan lebat! Aku nak lalu pun tak tahulah macam mana tau tak! Kau ni memang menyukarkan menyusahkan tau! Eh anak orang kaya macam kau takkan tak mampu beli payung? Tahulah payung aku tu warna rainbow!kau jeles! Lepastu curi payung aku! Aku tak kira kau pulangkan sekarang!"

Manakan dia tidak marah, apabila dia membuka lokernya untuk mencari payung, malangnya entiti payung sudah lesap. Sudahlah hujan turun dengan lebat. Payung pula dirompak. Siapa sahaja tak hangin? Guna barang kita tanpa izin? Pendatang asing tanpa izin betullah si irham ni!dasar PATI!

Irham merasakan dirinya melayang terbang dari telefon gara gara berdas das tanpa henti mengharungi angin kencang daripada suara tak sekuat petir yang menyambar hadif.

Dia menggaru kening. Aduh macam mana eh ?
"Maaflah abang hadif. Emm irham tak sengaja lah. Irham lupa lah nak minta izin sebab irham nak cepat. Sebab irham takut tertinggal drama korea irham tadi. Emm sorry eh abang hadif. Ala esok irham pulanglah." Kali ini giliran irham pula menukar suara menjadi lembut memujuk. Dia mengaku memang salahnya. Memang dialah faktor terbesar akibat kemarahan hadif. Dia terlupa ingin memberitahu hadif berkenaan payung pelangi milik jejaka itu. Rasa serba salah pulak.

Hadif berkali kali menghembus nafas 'huu' dari mulutnya. Cuba menahan diri dari menjadi seperti cerek yang berbunyi mengeluarkan asap.
"Eh kau ni kan! Pergi jalanlah dengan drama korea kau tu. Macam tak ada ulangan pula kat tv tu! Kalau kau pulangkan esok pun kau fikir aku boleh bertenang sekarang? Eh esok dah sah sah tak ada function lah kau bagi aku sebab esok tak hujan. Tapi sekarang ni hujan lebat selebat kebengangan aku pada kau! Habis macam mana aku nak jalan ni? Kereta aku dengan bangunan ni dahlah boleh tahan jauh!" Dia memicit dahi. Auto cepat tua kalau ada member macam ni. Habislah cepat kedut la muka hensem aku ni nanti sebab ada member bengong macam irham.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now