Anggun memasukkan surat ke dalam sampul surat. Sekali lagi pada hari ini.
Dia akan memulakan misi rahsia!Dah tiga hari tapi hadif tetap tiada reaksi. Takde usaha nak cari aku pun. Agak agak dia baca tak? Ke dia buang terus? Setiap kali dia buka loker hadif keesokan harinya, surat dan lolipop sudah tiada. Entah entah betul dia buang.Anggun mengeluh.
"Betul ke apa aku buat ni?" aura aura mengalah sudah keluar menghasut anggun.
Tak. Anggun,kau tak boleh mengalah! Kau kena berusaha dapatkan apa kau nak sehingga kau berjaya! Macam spm dulu. Kau tak pandai addmath tapi kau belajar berusaha bersungguh dan akhirnya kau dapat A! Begitulah sama situasinya dengan manusia bernama hadif rizki ni. Sabar dalam menakel crush a.k.a Mamat paling dingin sombong di universiti ni. Steady anggun! Di mana ada kemahuan, di situ ada highway!
Anggun mengangguk tekad dan tersenyum kecil. Maybe betul. Aku kena bersemangat tinggi! Lagi tinggi dari ketinggian si hadif!
Dia membuka loker hadif dan meletakkan set biasa. Eh macam order mcd pulak. Satu lolipop love dan sampul surat. Dia menghidu bau loker itu sebentar. Membayangkan menghidu wangian hadif. Padahal ade ke hadif punya bau?
Anggun tergelak kecil. Parah dah kau ni anggun. Angau sangat ke? Tak dapat bau orang. Loker pun jadilah. Dia menutup perlahan loker tersebut. Dia melihat jam tangannya. Ergh! Dalam waktu begini pasti hadif akan datang dalam 10 minit lagi. Dayana dan alisa tidak dapat menemani dia membuat misi cintanya harini kerana ada masalah. Heh! Masalah lah sangat! Buat assignment last minit la tu. Anggun memang biasa datang awal. Dia suka melihat suasana universiti semasa tiada ramai orang. Damai dan tenang rasanya!
Dia menghela nafas lega tetapi baru sahaja dia ingin berpusing....
.
.
"Oh jadi kaulah si noob yang bagi aku surat hari hari ?"
.
.
Terhenti pergerakan anggun ingin berpusing. Jap suara tu? Macam kenal. Tapi di mana ya? Aku yakin aku pernah dengar.
Oh no...
Suara merdu itu! suara merdu yang dulunya dirasakan sangat menjengkelkan! Pantas dia memusingkan badan ingin melihat gerangan yang berbicara dengannya.
Zup!
Mata anggun membesar. Dadanya berdegup laju. Kadar darah sudah naik menuju ke muka!tidak mungkin dia sudah....kantoi?
Baru dua hari...takkan dah kantoi? Aku punyalah senyap senyap datang ke loker ni setiap pagi. Sebelum kedatangan kereta dia...tapi macam mana aku boleh kantoi!
Tolonglah sesiapa jadikan aku halimunan sekarang. Dapat kuasa slowmo si ying untuk perlahankan masa pun jadilah. Sempat juga nak lari masa semua orang slowmo tu.
Dia melihat jejaka yang berdiri beberapa tapak jauh darinya itu tersenyum sinis melihat dirinya yang sudah terkedu. Lelaki itu membuka langkah dan perlahan lahan merapatkan jarak anggun dan diri jejaka itu.
Anak mata hazel itu tepat merenungnya sambil berjalan hingga betul betul berhenti di hadapan anggun. Anggun menelan air liur dan mendongak memandang wajah jejaka yang berjarak beberapa cm darinya. Hidup orang pendek! Ya tinggi anggun hanya paras dada lelaki itu.
Ini manusia ke galah? Agak agak boleh guna jolok pokok buah tak?
"Jawab soalan aku. Cik Anggun Dellisya?" Sekali lagi suara merdu itu bertanya dengan nada tegas seperti bersabar dengan mata masih merenungnya.
Anggun merasa ingin pengsan apabila si pujaan hati nya iaitu crush menyebut namanya! Pergh sedapnya suara dia panggil aku macam tu! Dahla keadaan kita rapat!Anggun membalas renungan mata hazel itu. Bibirnya diketap menahan perasaan. Perasaan ingin fly ke langit! Meletup macam bunga api! Keluar terus rama rama di dalam perutnya!
Tapi macam mana dia boleh tahu nama aku?
Ah lantak! Tu nanti boleh tanya!
KYAAAAAA!Weh OMAIGOD CRUSH SEBUT NAMA AKU! HAPPYNYA BAGAI DUNIA INI MILIK KITA BERDUA WAHAI KEKANDA!
BUT! aku dah terkantoi weh! Macam mana aku nak hilangkan perasaan malu ni? Sesiapa tolonglah! Pengsankan aku sekarang! Ada sesiapa nampak doraemon tak? Aku nak pinjam pintu ke mana sahaja kejap. Ke mana mana asalkan bukan di sini.
Anggun menelan air liur. Tengah fikir idea nak larikan diri! Otak cepatla fikir!
.
.
"Jawab soalan aku!"
.
.
.
Hahahaha kantoi! Gelakkan si anggun ramai ramai!Korang pernah ke kantoi usha crush? Saja nak kata sis pernah terkantoi. Banyak kali dulu. Nampak sangat sis kalau suka orang...usha dengan obvious kan? Mcm anggun ehek! Malu pulak kenang zaman noob tu.
Abaikan....
Sorry typo! Mohon tekan bintang kecil kalau nak tahu apa jadi pada manusia dia ekor ni..
Akhirnya berjumpa juga mereka.
Oh aah bab ni pendek sedikit. Heh!

ESTÁS LEYENDO
DIA Encik Crush Sombong! ✅
Romance(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you know that I am the most sweet talker that you ever met, love?" CEO OF MENYINGA Apa anda akan buat jikalau big boss di syarikat anda adalah cr...