2

7K 569 98
                                    

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Assalammualaikum!" Suaranya lantang memberi salam selepas membuka pintu rumah.

"Waalaikumussalam. Wah anak handsome mama dah balik!" Qisya terus menerpa ke arah anak lelaki tunggalnya sambil memegang sebuah album gambar di tangan.

Qisya terus memeluk anaknya. Hadif senyum lalu mencium pipi mamanya. Dari kecil hingga besar memang inilah habit mereka. Peluk dan cium. So sweet kan anak beranak macam kami? Jadi contohila kami.

Mata hadif kelihatan melilau mencari susuk seseorang.
"Fasya mana mama?"

Qisya tersenyum kecil.
"Ala adik kamu tu macam tak biasa. Shopping le tu." Qisya menghela nafas. Haih. Setiap hari pergi shopping. Ikut perangai siapa budak ni?

Hadif tergelak kecil.
"Mesti dia ikut perangai mama. Kuat shopping kan?" Usik hadif. Macam tahu sahaja apa yang ada di dalam kepala otak mamanya.

Qisya mencebik.
"Amboi! Kamu ni memang dah lama tak kena cubit kan?" Qisya pantas mencubit lengan sasa hadif. Budak ni asyik asyik mengenakan aku!

Hadif gelak. Suka dapat membuli qisya! Hel eleh cubit je pun. Kalau setakat mamanya ingin mencubit lengan berototnya, sorry to say lah. Bagaikan kena cubit oleh mikroorganisma je! Tak de hal la tak gentar pun!

"Jangan lah mama. Asyik asyik cubit. Kesian papa asyik asyik kena cubit juga." Ha kata pasal papa. Mana encik athif fattanah eh?

"Hey tolong sikit eh. Mama jarang cubit papa tau. Papa kamu keluar dengan paklong kamu sebentar katanya. Dari mulut sekejap aja. Tapi lihatlah jam itu anakku. Jam di dinding terus berdetak dan sudah 3 jam pemergian papa anda." Qisya menggeleng kepala. Athif ni kan. Kata sekejap aja. Tapi...haih. ni memang ciri ciri janji melayu betul ni.

"Biarlah mama. Bukan selalu mereka melepak. Kalau hadif tahu,lama dah hadif join." Bukan selalu eh? Padahal setiap minggu papanya keluar untuk berjumpa paklongnya. Katanya nak bersenam sambil bermain golf. Nak kekalkan badan cergas kononya. Ke membawang?

Qisya menggulingkan mata. Yela yela athif juga yang menang!

Hadif ketawa melihat muka mamanya. Cakap sikit terus buat muka.
"Hadif naik dulu eh mama. Nak mandi."

Qisya mengangguk sambil mengepit hidung. Berlakon seperti anak nya memang busuk yang amat.
"Pergilah! Berpeluh busuk dah hadif ni. Eee shuh shuh!"

Hadif menghidu baunya. Mana ada busuk! Minyak wangi berkualiti tau aku beli! Busuk dan hadif tidak mampu bersama lah mama. Kemonlah.

Tiba tiba mata hadif terpandang album yang berada di tangan mamanya.
"Apa tu ma?"

Qisya pantas melihat arah yang dilihat hadif sebelum baru menyedari dia sedang memegang album di tangannya . Dia menepuk dahi.
"Aahla mama lupa. Nasib hadif ingatkan. Tadi ni ha mama jumpa album ni dalam almari masa mama kemas. Mama nak bagi hadif. " qisya terus meghulurkan album itu kepada anaknya.

Hadif memegang album itu menggunakan sebelah tangan kerana tangan sebelah yang sedang memang blazer dan beg kerjanya. Berkerut halus keningnya.
"Album apa ni mama?"

"Album zaman kamu di universiti dulu. Manalah tau album tu membantu kamu ingat balik zaman universiti berharga kamu tu." Dia tersenyum kecil sebelum mengepit kembali hidungnya.

"Dah naiklah pergi mandi!" Terus qisya menghalau anak terunanya naik. Tadi macam baik tiba tiba garang balik. Tak faham aku mama aku ni.

Hadif akur. Dia mendaki tangga sambil membelek album itu. Heh nantilah aku tengok!

.

************************************

.

Hadif keluar dari bilik air. Rambut digosok menggunakan tuala. Segar rasanya apabila selepas dapat mandi. Kakinya melangkah ke arah almari untuk mengambil baju. Tiba tiba matanya terpandang album di atas meja kerjanya. 

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now