.
.
.
.
"Kau ni kenapa? Tak ada adab ke sesuka hati je ambil earphone aku? Dan siapa bagi kau kebenaran nak bercakap dengan aku? Malah duduk sebelah aku?"
"Eh sukahati sayalah mulut saya. Bukan mulut awak. Lagipun... dari tadi saya panggil awak tapi awak pekak sebabkan benda alah yang awak pakai ni lah!jadi saya pun tanggalkan lah untuk awak. Alang alang tu saya dengarlah sekali. Tak ke sweet gitu share earphone?"
"Apa mana datang sweet dia? Aku tak nampak. Kenapa kau panggil aku? Kau ni memang mana mana aku pergi mesti kau ada kan? "
"Awak ni. Itu lah namanya jodoh. Jadi...sebab tu awak kena appreciate saya faham? By the way saya panggil awak sebab saya nak minta tolong awak ambilkan buku yang saya nak dekat rak paling atas tu. Tinggi sangatlah! Mana saya sampai. Please..."
.
.
.
"Risau juga awak pada saya ya? Sampai bagi nasihat sebegitu. Orang kata kan, kalau risau tanda sayang tau. Awak sayangkan saya ke hadif rizki?"
"Tak ada masa aku."
"Betul ke ni? "
"Ish yelah."
.
.
.
"La! Awak ke yang nak ajak saya dating? Sweetnya awak ni!"
"Dating apa benda nya? Aku ajak jumpa ni sebab aku nak bagi sesuatu."
"Bagi apa ni? Tak payahlah. Bagi hati awak je cukup. Cia cia cia."
"Tutup mata."
"Ala tak nak."
"Tutup jela anggun Dellisya. Susah sangat ke?"
"Ish. Tapi kalau saya tutup mata, awak kena tutup juga hati tu untuk perempuan lain. Eh cia cia cia. Janji eh? Kalau tak saya tak nak tutup. Janji tau hazel."
"Yelah yelah. Tutup lah mata tu cepat. "
.
.
.
.
"Janji tau hazel."
.
.
.
.
Kelopak matanya pantas dibuka. Dadanya naik turun tanda nafasnya laju. Dia perlahan menyentuh dadanya. Ternyata kelajuan jantungnya bergerak laju dari biasa. Kalah usain bolt lepas lari.
"Janji tau hazel."
Hadif rizki menelan air liur. Sekali lagi.. dia bermimpi tentang gadis itu. Gadis yang sejak akhir akhir ini selalu berada di mindanya.
Dan dari minpinya , rasanya itu semua memori lamanya. Memori yang dia tak mampu ingat.
Tetapi ternyata kuasa Allah besar. Dia sudah mengingat semuanya hanya dengan melalui mimpi.
Ya, Maknanya...... memori nya berjaya dipulihkan. Dia berjaya mengingat balik segala yang berlaku 2 tahun lepas. Dia sudah ingat sekarang. Semuanya.

KAMU SEDANG MEMBACA
DIA Encik Crush Sombong! ✅
Romansa(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you know that I am the most sweet talker that you ever met, love?" CEO OF MENYINGA Apa anda akan buat jikalau big boss di syarikat anda adalah cr...