Keningnya mula berkerut. Perlahan dia membuka mata. Berkali kalu matanya terkelip kelip cuba menahan silau sinaran cahaya dari luar tingkap.
Secara perlahan dia cuba bangun dari pembaringan sambil memegang kepala yang mula berdenyut.
"Argh...""Eh anggun! Alhamdulillah kau dah bangun!" Terus dayana yang sedang memakan buah epal di meja di tepi terus berdiri dan terus ke arah anggun.
Anggun menoleh memandang dayana.
"Ana, kita...di mana ni?""Kita di hospital. Semalaman kau pengsan. Risau aku kalau kalau kau koma tiba tiba." Dayana mengusap dadanya lega apabila anggun sudah sedar sepenuhnya.
"Hos...pital?" Bingung anggun mengangkat wajah dengan masih memegang kepala ke arah dayana. Terkebil kebil matanya.
"Yela hospital. Tempat orang orang sakit datang tu. Eh kau ni pengsan takkanlah sampai tak tahu apa itu hospital? " takkanlah anggun hilang ingatan? nasib baik dia ingat siapa aku.
Anggun mendecit.
"Aku tahula hospital tu apa. Tapi macam mana aku boleh ada di sini? Tak silap aku semalam aku pergi tandas....lepastu...."anggun memandang langit cuba mengingati apa yang telah jadi.Laju dayana duduk di sisi anggun dengan mata membesar ingin tahu.
"Ha lepastu apa? Apa jadi sebenarnya pada kau ni anggun? Sepatutnya soalan itu milik aku untuk kau! Kau tahu tak semalam aku punyalah tunggu kau mana lah si anggun ni kata buang air kecil takkan cirit birit pulak kan? Aku cuba positive dari merisau pasal kau tapi bila tiba tiba perempuan perempuan sekeliling aku secara tiba ya secara tiba semua cepat cepat lari nak tengok arah tempat parking, aku pun curiouslah. Naluri aku pun membawa aku ke arah situ."Dayana berhenti seketika sebelum menarik nafas sedalamnya untuk menyambung. Lalu matanya membesar tanda beria bercerita perasaan terkejutnya.
"Dan aku terus ternganga tau! Sebab aku tengok senior hadif dah tergesa gesa jalan sambil dukung seorang perempuan acah acah bride style masuk ke kereta dia. Dukung tau bukan papah ha. Muka hadif masatu sumpah serius. Last last aku perhati muka gadis itu elok elok rupanya tu kau tau tak?! Anggun Dellisya! Betapa terkejutnya aku! Weh risau nak mampus aku ! Automatik aku terus kejar senior ammar dengan irham sekali! Terus kami semua ke hospital naik kereta irham sebab heh hadif dah laju dulu macam drift bawa kereta dia semata mata nak bawa kau ke hospital. Macam pelesit gak ah dia pandu. Untunglah anggun. Meleleh air liur melepas wanita wanita yang lihat aksi hadif semalam. Sekian. Sekarang turn kau pulak cerita apa sebenarnya jadi." Dayana terasa mengah pula cerita tanpa henti. Pantas dia membuka botol air miliknya dan minum sedikit air. Macam machine gun mulutnya bercerita. Penat air liur nak proses.Anggun terkelu mendengar kisah dayana.
"Hadif selamatkan aku? Hadif? Hadif rizki tu?" Tanyanya sambil tangannya menunjukkan diri sendiri. Dia sanggup masuk tandas perempuan semata nak selamatkan aku?Dayana menggulingkan mata. Over betul minah ni
"Haduh jangan kata kau hilang ingatan siapa hadif pulak. Hadif rizki tu crush kau. Mamat paling acah sombong di alam semesta sebab makan lemon banyak sangat." Eh yeye je kau ni dayana. Eh betullah sebab muka dia asyik asyik masam sahaja. Makan lemon la kut. tak pun jeruk. Apa lagi makanan masam?Anggun mengangguk sambil menjeling sekilas dayana. Dia fikir aku ni sakit amnesia ke? Pengsan jela!
"Aku tahulah! Eish! Tapi... dia selamatkan aku. Dia dukung aku. Seriuslah? I kennot believe lah."anggun cuba mencubit tangan. Sah bukan mimpi! Hadif sah heronya!"Apa yang kennot believe nya? Dah selamat dah pun kau kat hospital ni. Baik kau cerita sekarang siapa buat kau sampai macam ni?berlebam pulak tu di pipi. Boleh tahan kuat ya manusia tu sampai dapat free blusher purple cair kat pipi kau." Perlahan dayana cuba memegang pipi anggun yang agak bercalar dan kebiruan keunguan.

ESTÁS LEYENDO
DIA Encik Crush Sombong! ✅
Romance(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you know that I am the most sweet talker that you ever met, love?" CEO OF MENYINGA Apa anda akan buat jikalau big boss di syarikat anda adalah cr...