Part 12

146 17 11
                                    

"Sara.."

"Sara?"

"WOI SARA!"

"HUHH?!", Sara tersentak dari lamunan apabila terdengar suara Malis memanggilnya. "Ada apa?", soal dia.

"Kau ni kenapa? Termenung je dari tadi?", soal Malis kembali.

"Ta-Takde apa, aku tengah fikir project ni lah", jawab Sara sambil buat-buat sibuk meneliti fail yang ada di tangannya.

"Eleh..jangan tipu lah. Kau mesti tengah fikir pasal apa yang aku cakap tadi kan? Pasal Syafiq?", ujar Malis.

Sara hanya mendiamkan diri. Tangannya masih ralit menyelak setiap helaian kertas.

"Dah lama kan tak jumpa Syafiq? Rindu betul! Kau mesti rindu gila dekat dia kan? Nanti bila Syafiq balik, boleh lah kau lepaskan rin-"

PAP!!

Kata-kata Malis terhenti akibat bunyi fail yang ditutup kuat oleh Sara.

"Boleh tak kau jangan sebut lagi nama tu?", soal Sara lalu menoleh ke arah Malis. Wajahnya seperti menahan marah. "Aku taknak ambil tahu lah pasal dia!", tambahnya lagi.

Sara menghembuskan nafas, cuba mengawal amarahnya. Dia meletakkan fail di atas meja lalu menekan butang shutdown di skrin komputer.

"Dah lah, aku nak balik", ujarnya sambil mencapai beg tangan dan berjalan pergi meninggalkan Malis.

Malis yang tergamam hanya memerhati langkah Sara keluar dari pejabat. Dia mengeluh perlahan.

. . .

"SARA!"

Sara yang ingin membuka pintu kereta terhenti lalu berpaling melihat suara yang memanggilnya. Dia mengukirkan senyuman.

"Oh Encik Khai", tegurnya.

"Haipp..", Khai menunjukkan jarinya sebagai tanda amaran.

"Opps!!", Sara terus menutup mulutnya lalu tersengih. "Khai!", dia menegur sekali lagi.

Khai tergelak kecil melihat telatah Sara. "Haa macam tu lah..", ujarnya sambil tersenyum. "Awak nak balik dah ke?", soalnya.

"Yup..Khai pula?", Sara menyoal kembali.

"Samalah", jawab Khai ringkas. "But before that, boleh tak kalau saya nak ajak awak keluar minum sekejap? Em..Starbucks?", ajaknya.

Sara terdiam seketika memikirkan pelawaan Khai tadi sebelum mengangguk.

"Yeah sure!"

. . .

Sara menyedut minuman kegemarannya. Dia menikmati minuman itu sampai tidak sedar bahawa Khai sedang memerhatinya.

"Awak memang suka Starbucks ye?", soal Khai. Dia perasan setiap kali Sara masuk ke pejabat pada waktu pagi, gadis itu pasti membawa minuman dari kafe ini.

Sara tersenyum lalu mengangguk.

"So, what is your favourite's Starbucks drink?", soal Khai lagi.

"Em..banyak! Tapi yang paling saya suka air ni, Iced Caramel Macchiato! Syafiq pun su-", Sara tergamam lalu menutup mulutnya.

"Siapa? Syafiq?", soal Khai apabila terdengar nama asing yang disebut oleh Sara.

Sara menggeleng laju. "H-Haziq! Saya sebut Haziq, em..Haziq tu adik saya", tipu dia.

Khai tersenyum kecil lalu menyedut sedikit minumannya sebelum berkata sesuatu. "Sara, actually saya ajak awak keluar ni sebab..saya nak tanya sesuatu pada awak", ujarnya.

KitaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant