Part 7

213 17 4
                                    

Alia mengemas barangnya setelah selesai menyalin beberapa nota di dalam perpustakaan. Dia bangkit dari kerusi dan berjalan ke arah rak-rak buku untuk meletakkan kembali buku rujukan.

Selepas meletakkan buku di tempatnya, dia berjalan melepasi beberapa rak. Tiba-tiba dia berhenti dan menoleh melihat seseorang yang dia kenali.

Kelihatan Sara sedang duduk bersandar di hujung rak buku.

Alia teringat kembali kejadian Sara dan Syafiq di kafeteria tempoh hari. Dia terkejut apabila mengetahui bahawa Johan memutuskan hubungannya dengan Sara.

Entah kenapa, dia rasa serba-salah.

Alia sedar, ada perubahan yang terjadi antara mereka sejak kehadirannya disini. Dia perlu betulkan keadaan. Dia tidak mahu Johan dan Sara berpisah.

Alia berjalan mendekati Sara. "Hi Sara..", tegurnya perlahan.

Sara yang tekun membelek buku menoleh ke arah suara yang menegurnya.

"Eh Alia, hi..", balas Sara. "Takde kelas ke?", soal Sara mesra.

Alia menggelengkan kepalanya. "Em..boleh Alia duduk?", dia meminta izin.

Sara mengangguk lalu menggerakkan badannya ketepi, memberi ruang buat Alia.

"Thanks..", ucap Alia setelah duduk di sebelah Sara. Dia memandang Sara seketika.

"Sara..boleh Alia tanya sikit?", Alia meminta izin lagi.

Sara mengangguk, "Yahh sure, tanyalah".

"Sara dengan Johan...macam mana?", soal Alia teragak-agak.

Sara menunduk melihat buku di tangannya. "Em..things weren't working..", balasnya sambil tersenyum.

Alia mengeluh perlahan.

"Sara..Alia nak minta maaf. Apa yang jadi pada korang semuanya sebab Alia", dia meluahkan rasa serba-salahnya.

"Hey, it's not your fault. Kenapa cakap macam tu?", soal Sara.

"Yela sejak Alia tinggal dan belajar disini, Johan jarang luangkan waktu dengan Sara. Dengan kawan-kawan korang pun dia jarang jumpa", terang Alia.

"Johan selalu ada dengan Alia sebab dia rasa bertanggungjawab. Arwah Papa pernah pesan pada dia suruh jaga Alia", tambahnya lagi.

Alia mula sebak teringatkan ibubapanya yang sudah meninggal dunia. Dia menarik nafas dan hembus perlahan.

"Tapi jujur dari hati, Alia taknak korang berpisah", Alia memegang erat tangan Sara.

"Please, getback dengan Johan?", rayunya.

Sara menggeleng perlahan lalu tersenyum. Dia teringat akan kata-kata Mama sewaktu Mama memujuknya malam kelmarin.

-"Sara...apa yang di takdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita. Dan apa yang tidak di takdirkan untuk kita, tidak akan pernah menjadi milik kita..walau sekuat mana pun kita cuba.."

Sara menggenggam kembali tangan Alia.

"Johan cakap ini adalah jalan yang terbaik. Dan sekarang I rasa..apa yang dia cakap ada betulnya", balas Sara.

"Mungkin dah ditakdirkan hubungan kami sampai sini je. So...apa yang dah terjadi ni...bukan salah siapa-siapa pun. Bukan salah Alia juga-"

Tiba-tiba Sara tersentak dengan ayat yang keluar dari mulutnya sendiri. Dia mengeluh perlahan sebelum memandang Alia kembali.

"-..So umm..Alia jangan rasa macam tu okay?", ujarnya seraya tersenyum lebar.

Alia memandang Sara seketika lalu mengangguk perlahan. Entah kenapa hatinya rasa lega bila mendengar kata-kata gadis itu.

KitaWhere stories live. Discover now