Part 5

196 14 3
                                    

"Dia ada dekat sini...", Putri bercakap dengan seseorang di telefon bimbitnya.

"Dia macam mana? Emm...", Putri menjeling melihat Sara di ruang tamu.

"...hmm entah lah..", sambungnya.

"...Kau jangan risau lah, nanti aku suruh Amirul dan Malis hantar dia balik. Haa okay...bye..", ucap Putri lalu mematikan panggilan.

Dia menoleh kembali ke arah Sara, lalu berjalan mendekati sabahatnya itu. Sara masih tersedu-sedu menangis, tidak dapat menahan rasa sedih.

"Sara..dah lah..jangan lah nangis lagi, aku tak sukalah tengok kau macam ni..", Putri memujuk seraya duduk di sebelah sahabatnya itu.

"Nah babe, minum ni", Malis menghulurkan secawan hot chocolate kepada Sara.

"T-Thanks..", ucap Sara lalu menyambutnya. Dia mengenggam erat cawan yang hangat itu.

"Kau nak makan apa-apa tak? Aku masakkan", tanya Malis.

Sara menggelengkan kepala.

"Tapi kau tak makan apa-apa dari pagi tadi. Makan lah sikit, buat alas perut", ujar Putri yang kerisauan.

"A-Aku tak ada selera..", ujar Sara perlahan seraya menundukkan kepala.

Air matanya bergenang kembali. Tangannya mengigil menahan sedih. Masih teringat lagi akan kejadian yang berlaku di Universiti tadi.

Dia tidak menyangka hubungannya dengan Johan putus seperti ini. Dan tidak pernah dia sangka, inilah yang dimahukan oleh sahabatnya sendiri.

Sahabat baiknya!

"K-Kenapa jadi macam ni...kenapa diaorang buat aku macam ni...kenapa...", gumamnya dalam tangis.

. . .

(FLASHBACK)
- Tingkatan 4 -

"Baiklah semua, hari ini ada pelajar baru yang akan masuk ke kel-",

"PEREMPUAN KE LELAKI?"- Amirul

"SABO boleh tak?"- Cikgu

"Aku rasa perempuan"- Amirul

"Aku pun"- Alif

Tok Tokk!

Mereka menoleh ke arah pintu kelas. Kelihatan seorang pelajar perempuan berada di muka pintu kelas mereka.

"Kan aku dah kata perempuan!"- Alif

"WOI aku yang cakap dulu"- Amirul

"Eyy boleh senyap tak!"- Malis

"Masuk", ucap Cikgu seraya melihat pelajar barunya.

"Baiklah, Cikgu perkenalkan ini Sara. Pelajar baru kelas kita", sambung Cikgu lagi setelah pelajar baru itu masuk dan berdiri disisi.

"Eh! Awak eh yang datang sekolah dengan Cikgu Osman tadi?", tanya salah seorang murid di dalam kelas itu.

"Em ya..Cikgu Osman tu..emm..abah saya", jawab Sara perlahan. Dia tersengih malu.

"Ohh..."- Semua

"Sara, kamu boleh duduk dekat situ ya", ucap Cikgu sambil menunjuk meja dan kerusi yang tidak berpenghuni di bahagian belakang kelas.

Sara melihat ke arah tempat duduknya. Mujur cara susunan meja di dalam kelas itu bergabung antara 2 meja, dan disebelahnya ada seorang pelajar lelaki. Dia berasa lega, tidaklah dia duduk seorang diri nanti.

Johan memerhati Sara yang berjalan melepasinya menuju ke bahagian belakang kelas. Matanya dari tadi melirik ke arah Sara tanpa lepas. Bibirnya mengukir senyuman.

KitaWhere stories live. Discover now