Part 4

227 16 4
                                    

"Adik! Jangan lupa ambil plastik dekat seat belakang!", jerit Sara yang termengah-mengah membawa beberapa beg plastik yang kelihatan berat.

Dia dan Haziq baru balik dari membeli barang dapur yang di kirim oleh mama.

"Mama Abah, kitaorang dah balik!", jeritnya lagi seraya meletakkan beg plastik tersebut di atas meja.

"Haihh anak Abah ni, jangan jerit-jerit. Bergegar satu taman nanti", tegur Abah sambil menuruni tangga.

"Hehe sorry Abah", Sara hanya tersengih.

"Bila class Sara start?", tanya Abah tentang kuliahnya.

"Lusa Bahh", jawab Sara ringkas. Dia mengambil sebiji epal di atas meja. Lalu menaiki tangga ingin naik ke biliknya.

"Eh kak, tolong lah!", jerit Haziq yang terkial-kial mengangkat 2 beg plastik.

"Taknakkk...", balas Sara sambil mengejek.

Sara memasuki biliknya sambil menyanyi kecil. Dia mencapai phone yang tertinggal di atas meja solek semasa keluar tadi.

"Careless lah kau ni Sara, semua benda nak tertinggal", gumamnya.

Dia duduk di kerusi sambil mengunyah epal dan melihat skrin telefon bimbitnya. Ada beberapa text dari Syafiq.

Sara tersenyum.

Berkerut muka Sara apabila membaca pesanan ringkas dari Syafiq itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berkerut muka Sara apabila membaca pesanan ringkas dari Syafiq itu. Minta maaf? Untuk apa? Semalam mereka balik semuanya okay sahaja.

Sara mencari nama Syafiq di contact number, butang call ditekan.

"Tutt tutt tutt..ini adalah peti simpanan suara untuk nombor..."

Panggilannya tak dapat disambung. Cuba lagi.

"Tutt tutt tutt..ini adalah peti simpanan suara untuk nombor..."

"Ish mana dia ni!", gumam Sara. Dia cuba menelefon Alif untuk bertanya mengenai Syafiq.

"Hello", kedengaran suara serak Alif yang baru bangun tidur.

"Weh tak bangun lagi ke?", Sara membebel.

"Mengantuk lah Sara, aku tak bole tidur malam tadi", jelas Alif.

"Iye je lah kau! Entah-entah korang dok main game sampai lewat pagi kan?!", Sara meneka.

"..ei taklah! Syafiq dengan Johan tu bergaduh..", Alif menjawab spontan.

Glup! Alamak! Terbeliak matanya.

"HAHH?! Kau biar betul?", Sara terperanjat. "Syafiq kat mana?", sambungnya lagi.

"Eh tak Sara. T-Tak tak mana ada..", jawab Alif cemas.

"Ish!!", Sara terus mematikan panggilan.

"Tak lah Sara..Sara? Hello? Hello?", Alif memandang skrin, panggilan sudah ditutup.

KitaWhere stories live. Discover now