Kita & Waktu (2/2)

159 13 1
                                    

Sara's POV

"Mama, Abah ada nak bagitahu sesuatu ni"

Kedengaran Abah bersuara, memecahkan kesunyian di dalam kereta.

"Ha yee..apa dia?", balas Mama.

"Okay dengar ni...'When ن meet ف , it's ikhfa'hakiki. But when I meet you, it's Cinta Hakiki'..!!"

"HAHAHA..abahhh!", Terburai gelak-tawa Mama apabila mendengar jenaka Abah.

Begitu juga dengan Abah, 'geli hati' dengan lawaknya sendiri.

"Euww! Dah lapuk lah pickupline tu..", balas Adik yang berada di tempat duduk belakang bersama Sara.

"Eh diam..janji Mama kau suka!", ujar Abah, tidak kisah pada tanggapan orang lain.

Sara tersenyum kecil melihat telatah ibubapanya.

Mereka memang begitu.

Sepanjang dia membesar, dia melihat bagaimana dua insan itu saling menyayangi dan melengkapi antara satu sama lain.

Dia kagum pada cinta dan kasih-sayang mereka.

Perkahwinan mereka sangat utuh dan teguh. Tidak pernah pudar dan sentiasa berkembang mekar.

Sara sentiasa berdoa, supaya dia akan dikurniakan pasangan seperti Abah dan Mama, suatu hari nanti.

Dia berharap, kisah cintanya seindah kisah cinta mereka.

"Haa Sara! Tengok tu.."

Sara melihat ke arah yang ditunjuk oleh Abah.

"Tu lah sekolah kita nanti..", ujar Abah.

"Ouhh..", balas Sara ringkas.

Sekolah baru.
Persekitaran baru.
Dan yang penting, orang-orang baru.

Sara tidak risau apabila terpaksa berpindah sekolah. Kerana baginya, dekat mana-mana pun dia boleh membiasakan diri.

Disebabkan sikapnya yang sentiasa ramah dan mesra, pasti dia boleh buat ramai kawan!

* * *

"Sara, kamu boleh duduk disitu ya", ujar Cikgu.

"Terima kasih Cikgu", ucap Sara seraya berjalan ke tempat duduknya.

Dia berjalan melepasi beberapa barisan meja. Terasa segan apabila kesemua pelajar memandang ke arahnya pada saat ini.

Sara mempunyai satu sikap, dimana dia suka menilai dari apa yang dilihat.

Bila dia melihat wajah-wajah mereka, Sara yakin kesemua dari mereka pasti sombong-sombong belaka.

Kecuali satu orang, Syafiq.

Syafiq yang duduk di meja sebelahnya kelihatan seperti seorang yang pendiam dan pemalu.

Sepanjang waktu pembelajaran, jejaka itu senyap sahaja. Tidak berborak dan membuat bising seperti yang lain. Sara yakin Syafiq seorang yang peramah seperti dirinya.

KitaWhere stories live. Discover now