Part 6

209 14 3
                                    

Sara menekan butang shutdown di laptopnya, dia telah menyiapkan sedikit tugasan di Taman Rekreasi Universiti sementara menunggu waktu kelas.

Matanya terpaku melihat kerusi di hadapannya. Teringat kembali kejadian yang berlaku antara dia, Johan dan Syafiq 2 minggu lepas.

Sejak kejadian itu, Sara tidak berjumpa dengan mereka berdua. Sukar untuk dia terima kenyataan apa yang telah dilakukan oleh Syafiq dan Johan terhadapnya.

Lamunan Sara terhenti, dia melihat ke arah telefon bimbitnya yang berbunyi.

"Yes princess?", Sara menjawab panggilan.

"Hello Sara sayang..tak pergi kelas ke?", soal Putri di talian.

"Pergi, kejap lagi I sampai..alright..see you!", jawab Sara sambil mula mengemas barangnya. Dia berjalan ke arah fakulti untuk menuju ke kelas.

. . .

Syafiq mengambil duit baki yang diberi oleh cashier di kafeteria, kemudian dia menuju ke arah Amirul dan Alif.

"Nah", dia menghulurkan air tin kepada rakan-rakannya.

"Peh thanks bro!", ucap Amirul seraya membuka penutup air tin itu.

"Kau bila nak balik?", soal Alif kepadanya. Sejak dia bergaduh dengan Johan, dia tidak pulang ke rumah sewanya.

"Balik lah weh, sampai bila korang nak macam ni? Korang ni gaduh macam budak kecik. Budak kecik pun tak gaduh macam ni tau!", Alif mula membebel.

Syafiq hanya tersengih. "Nanti laa..", balasnya perlahan.

"Nanti..nanti..haa Sara pula apa citer? Dah pergi jumpa dia?", soal Alif lagi.

Syafiq memandang air tin di tangannya. "Belum..dia nak ke jumpa aku? Kau nampak kan apa jadi haritu? Dia marah gila kot", keluh dia.

"Weh Syafiq, kau kenalkan Sara macam mana. Marah dia tu tak lama pun", ujar Alif.

Amirul yang mendengar terus mengangguk.

"Betul do Fiq, pergilah jumpa dia bincang elok-elok. Dia kan kawan kau", tambah Amirul.

Syafiq memandang ke arah taman rekreasi yang berhampiran dengan kafeteria. Matanya terpaku melihat Sara yang sedang berjalan menuju ke fakulti seorang diri.

"Kawan? Dia masih anggap aku sebagai kawan ke?", gumam hatinya.

Sepanjang dia mengenali Sara, tidak pernah Sara memarahinya seperti tempoh hari. Entah mengapa, dia rasa bahawa dirinya adalah punca kepada segala kekacauan.

. . .

(FLASHBACK)
- Tingkatan 5 -

"Alahai Johan, nak gi tandas pun suruh aku teman ke? Muka handsome tapi penakut!", Syafiq merungut.

Johan menjeling ke arah Syafiq lalu menjentik telinga sahabatnya.

"SAKIT BODO"- Syafiq

"Handsome tu ye, penakut tu kau!"- Johan

Syafiq mencebikkan bibir sambil memegang telinganya.

"Sebenarnya aku nak bagitahu kau something..", Johan memulakan kata. "Tapi kau janji jangan bagitahu sesiapa. Tau?!", sambungnya lagi.

KitaWhere stories live. Discover now