Part 14

171 17 8
                                    

Syafiq, Johan, Amirul, Alif, Putri, Malis dan Layana berdiri di hadapan sebuah wad. Mereka bergegas ke hospital, setelah mendapat panggilan mengenai Sara yang terlibat dalam kemalangan sebentar tadi.

Riak wajah Syafiq penuh kerisauan. Hatinya berdebar dari tadi. Dia tidak mahu perkara buruk terjadi kepada Sara.

Seketika kemudian, kelihatan seorang doktor dan jururawat keluar dari bilik itu setelah melakukan rawatan.

"Siapa disini keluarga Cik Maisara binti Osman?", tanya doktor itu kepada mereka.

"Em..kami kawan-kawannya. Ibubapa dia dalam perjalanan kesini", jawab Johan.

"Doktor, macam mana keadaan Sara?", tanya Syafiq gementar.

Doktor itu mengeluh perlahan. "Pesakit masih belum sedar akibat hentakan yang kuat, tetapi keadaannya stabil. Tiada apa yang serious, kecuali beberapa kecederaan ringan. Mujur kereta dia ada kelengkapan air bag, jadi ia dapat mengurangkan risiko semasa berlaku kemalangan. Buat masa ini, kita perlu tunggu sehingga dia sedar sahaja", terangnya.

Mereka melepaskan keluhan lega.

"Boleh kami melawat dia?", Putri meminta izin.

Doktor itu melirik jam di tangan. "Sepatutnya hanya ahli keluarga sahaja dibenarkan. Lagipun dah lewat malam ni. Encik dan Puan semua boleh melawat pesakit esok ya", ujarnya sebelum ingin berlalu pergi.

"Doktor..", Syafiq memanggil perlahan. "Tolong bagi saya tengok dia. Saya janji sekejap je..tolong doktor", rayunya. Entah kenapa, dia mahu melihat keadaan Sara dengan matanya sendiri.

Doktor itu berfikir seketika sebelum mengangguk.

"Terima kasih doktor", ucap Syafiq.

Syafiq menoleh ke arah Layana. Kelihatan gadis itu tersenyum kecil.

"It's okay Fiq, masuklah. Yana tunggu sini", ujar Layana perlahan. Dia faham bahawa Syafiq begitu risaukan sahabatnya.

Syafiq membalas senyuman gadis itu. Kemudian, dia menolak pintu wad dan masuk ke dalam. Matanya terus tertumpu pada gadis yang terlantar di atas katil.

Dia duduk di kerusi sebelah katil Sara. Diamatinya gadis yang sudah lama tidak bertemu. Pada saat ini, setiap memori berputar kembali bagaikan mesin masa.

Syafiq teringat akan wajah manis gadis ini, semasa menegurnya di sekolah dulu.

-"Hi. Em..nama saya Sara"

Serta, wajah garangnya bila marah.

-"Woi MAKCIK!"

Wajah comel saat ketawa.

-"Eii bongok!"

Dan, wajah sayu tika sedang menangis.

-"Syafiq..please dengar dulu.."

Walaupun perkenalan antara dia dan Sara tidak lama seperti rakan-rakannya yang lain. Namun, terlalu banyak kenangan yang tercipta bersama gadis ini.

Syafiq ingin mencapai tangan Sara. Tetapi, ditariknya kembali. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali, menyedarkan dirinya pada dunia nyata.

Dia mengeluh berat.

"Kalaulah masa boleh diundur..aku nak betulkan semuanya"

. . .

Keesokkan harinya..

Syafiq berjalan menuju ke wad Sara bersama Layana. Sebentar tadi, Johan menghubunginya dan memberitahu bahawa Sara sudah sedar. Mereka semua berpakat untuk melawat Sara di hospital hari ini.

Kitaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن