Part 2

306 18 3
                                    

Sara dan Syafiq berjalan menuju ke arah meja yang kosong itu. Mereka mengambil tempat duduk bersebelahan.

"Sara!"

Belum sempat Sara ingin melabuhkan punggung, dia terdengar seseorang memangil namanya.

Sara menoleh ke belakang.

"Eh you!", dia menjadi teruja. "Jap eh Syafiq", ujarnya kepada Syafiq lalu berjalan menuju ke arah orang yang memanggilnya.

"Hi sayang", tegur Sara bernada manja setibanya di hadapan Johan.

"Hi baby..", balas Johan perlahan, dia mengukirkan senyuman.

"Johan!"- Alif

"Hai Johan"- Putri

"Eh budak hot!"- Malis

Rakan-rakannya yang lain menegur Johan apabila menyedari kehadirannya. Johan tersenyum sambil mengangkat kening sebagai tanda membalas sapaan.

Kemudian, dia memandang Syafiq yang duduk di meja sebelah sambil mengangkat tangan.

Syafiq turut mengangkat tangan tanda membalas tegurannya.

"I thought you dah sampai tadi, tapi tengok kereta you takde. You pergi mana?", tanya Sara setelah Johan berpaling menghadapnya.

"Oh I lupa nak inform you. I ambil Alia tadi, dia nak ikut daftar subjek sekali", jelas Johan.

"Ohh..hmm", Sara mengeluh memandang bawah, tidak ingin bertentang mata dengan Johan.

"Again, Alia lagi..", gumam Sara di dalam hati.

"Heyy, jealous?", Johan tersenyum melihat buah hatinya.

"N-no, w-why would i? Dia kan cousin you, takkan I nak jealous", jawab Sara sambil tersengih, cuba menyembunyikan perasaan cemburu dari dikesan Johan.

"Btw Alia mana?", tanya Sara bila dia baru menyedari bahawa Johan hanya datang sendirian.

"Oh dia dah pergi Pusat Pentadbiran. Alif whatsapp I tadi, dia kata korang ada dekat kafe. Sebab tu I singgah sini kejap", jelas Johan.

"But I nak pergi daftar subjek ni, you nak ikut?", sambung Johan lagi.

Sara berfikir sejenak dan kemudian menggelengkan kepalanya.

"Takpelah I nak duduk sini dengan diaorang. Lagipun I dah daftar subjek dengan Putri dan Malis", Sara menolak.

Ikutkan hati ingin sahaja dia ikut, dia mahu meluangkan waktu bersama boyfriendnya.

Tapi bila memikirkan Alia ada juga disana, dia mengalah. Tidak sangggup dia untuk melihat kemesraan 2 orang sepupu itu di hadapannya nanti.

"Okay then, I pergi dulu okay? Btw you nampak lain harini, you look cute", tegur Johan.

Sara tersengih malu sambil memegang rambutnya. "Thanks sayang", jawabnya perlahan.

Johan tersenyum kecil. "Bye baby", ucapnya sebelum berpaling untuk pergi ke Pusat Pentadbiran.

"Bye! Love you..", balas Sara perlahan sebelum Johan melangkah.

Johan menoleh ke arah Sara lalu memberikan senyuman sebelum berlalu pergi.

HAIHH..tidak perlu untuk mengharapkan ucapan balas, senyuman Johan sahaja sudah cukup membuatkan hati Sara berbunga-bunga!

. . .

KitaWhere stories live. Discover now