Part 9

221 16 7
                                    

-"Syafiq.....?"

-"No no no..."

-"I didn't mean it..."

-"Please dengar dulu..."

-"Syafiq...!"

-"SYAFIQ!!"

Zzuuppp!!

"Haa..! Haa..! Haa..!"

Syafiq tercungap-cungap mengambil nafas. Jantungnya berdegup laju. Dia terjaga dari lena apabila terdengar suara Sara bergema di dalam mimpinya.

"Sir, are you okay?", tegur salah seorang pramugari apabila melihat Syafiq yang kelihatan cemas. "Did you need help?", tanya pramugari itu lagi.

Syafiq menggeleng laju. "It's-It's okay..I'm fine... Thank you..", ucapnya lalu tersenyum kelat. Dia melihat pramugari itu membalas senyumannya sebelum berlalu pergi.

Syafiq mengeluh kuat. Dia tidak sedar, sudah berapa lama dia terlena dari waktu kapal terbang ini berlepas. Syafiq menoleh ke arah tingkap di sebelah kirinya, melihat langit malam yang tenang.

Dia mahu menghayati pemandangan luar buat seketika. Bagi Syafiq, menikmati keindahan dunia ciptaan Tuhan ini menenangkan. Semua masalah pun terasa dapat diselesaikan.

Namun, cara tersebut tidak berhasil pada waktu ini. Fikirannya yang serabut tidak boleh dirungkai. Perasaannya pula, tidak dapat diungkap.

Dia menarik kepala baju hoodie untuk menutupi kepalanya lalu memejamkan mata. Cuba untuk tidak melayan perasaan.

Namun, bayangan Sara yang sedang menangis menerjah di segenap ruang. Suara yang menjerit memanggilnya tadi bergema kembali di dalam fikiran. Syafiq menekup wajahnya menggunakan tangan.

"Maafkan aku Sara, maafkan aku..."

Walaupun berkali-kali perkataan 'maaf' yang dia ungkapkan, ia tidak boleh mengubah keadaan yang sudah terjadi.

. . .

"Kami balik dulu cikgu"

Amirul dan Johan bersalaman dengan ayah Sara, juga merupakan bekas guru mereka semasa di sekolah menengah.

"Hati-hati ya, dah malam ni. Terima kasih tolong hantarkan Sara", ucap Cikgu Osman.

"InsyaAllah, sama-sama cikgu", balas Johan lalu berjalan menuju ke keretanya bersama Amirul.

Cikgu Osman masuk ke dalam rumah, dia melihat Sara dan isterinya di ruang tamu. Matanya melirik ke arah Sara yang terdiam, wajahnya sembab akibat menangis, pipinya basah dengan airmata.

Isterinya iaitu Puan Suraya menoleh lalu menggelengkan kepala, memberi isyarat bahawa anaknya tidak mahu bercakap dari di hantar pulang oleh Amirul dan Johan.

Cikgu Osman melabuhkan punggungnya di sebelah Sara lalu mengusap lembut kepala anaknya. "Sara, kenapa ni? Cerita dengan abah dan mama", soal dia.

Sara tunduk melihat tangannya, teringat kembali kejadian di Lapangan Terbang sebentar tadi. Dia mula menjadi sebak.

"Sa-Sara buat salah pada Syafiq..", jawabnya perlahan. "Sekarang dia pergi jauh tinggalkan Sara... Dia benci Sara bah..dia benci Sara...", ucap Sara dengan suara yang sayu. Air matanya bergenang, dia menangis lagi.

KitaWhere stories live. Discover now