Part 1

813 27 2
                                    

"Tett tett tett!!"

Sara mencapai phone di atas meja bersebelahan katilnya, lalu menekan butang off untuk mematikan alarm. Dia menggeliat sebelum bangkit dari katil. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia tidur balik untuk menyambung mimpinya yang indah tadi.

Tetapi hari ini dia perlu ke universiti untuk urusan daftar subjek bagi Semester Ketiga, yang akan bermula minggu hadapan. Dia sudah berjanji dengan rakan baiknya iaitu Putri dan Malis untuk pergi ke Pusat Pentadbiran Universiti.

Sara menyisirkan rambutnya yang lurus dan panjang paras bahu. Dia mencapai headband di atas meja lalu memakainya. Setiap kali melihat headband itu, mesti dia teringat akan seseorang.

Seseorang yang telah memberikannya sekotak headband semasa di tingkatan 5. Ye sekotak. Terlalu banyak bukan? Dia pun tak tahu kenapa sampai sekotak! Sebagai balasan, Sara menghadiahkan sepasang baju hoodie berwarna kelabu.

Sara mematikan lamunannya sendiri.

"haihh sempat lagi kau berangan ye Sara", gumam hatinya.

Dia segera mencapai tote bag putih, phone, fail kolej dan kunci kereta. Terus meluru keluar dari bilik dan pergi ke dapur.

"Hi mama, abah mana?",sapa Sara bila melihat kelibat ibunya keluar dari dapur membawa sepinggan sandwich.

"Abah dah pergi sekolah, baru gerak tadi. Jom breakfast", jawab mama sambil meletakkan pinggan itu di atas meja.

"Eh Sara nak pergi kolej ke?", soal mama yang baru perasan Sara sudah bersiap mahu keluar.

"Aah nak daftar subjek, tak sempat lah ma. Sara amik satu ya!", Sara mencapai sekeping sandwich lalu mencium pipi mamanya.

Dia terus meluru keluar menuju ke kereta di garaj. Belum sempat dia ingin menukar gear 'D', dia terdengar mama memangilnya.

"Nah makan dengan kawan ye, nanti lapar", ujar mama sambil menghulurkan bekal berisi sandwich.

Sara mengangguk lalu tersenyum.

"Thanks ma, Sara pergi dulu ye. Love you muahh", jawab Sara lalu memberi flying kiss kepada mamanya.

Dia terus memandu kereta menuju ke rumah sewa Putri dan Malis untuk menjemput mereka.

. . .

"Hai gurl! Lambat 30 minit!", bebel Malis sejurus dia membuka pintu dan masuk ke dalam kereta. "Ingat lupa kitaorang", sambungnya lagi.

Putri tersengih mendengar bebelan Malis .

"Alah 30 minit je, takkan lah aku lupa korang", jawab Sara sambil memulakan pemanduannya.

"Ingat kau amik si Syafiq dulu", fikir Putri.

Sara menggelengkan kepalanya.

"Taklah, dia pergi dengan Alif. Oh ya, korang ambil lah sandwich dalam bekal tu", Sara teringat akan bekal yang diberi oleh mamanya. Putri mengambil bekal tersebut lalu membuka penutup.

"Oh great! I'm starving!", Malis mengadu.

Putri menghulurkan sekeping kepada Malis dan mengambil sekeping lagi buat dirinya.

"Kau buat ke?", tanya Putri seraya mengigit sedikit.

"Mestilah...", Sara menjawab perlahan. "TAK!", sambungnya lalu tersengih.

"Patutlah sedap"- Malis

"Eh kau.."- Sara

"Betul!"- Putri

*bagi signal kiri* "Korang nak turun ke?"- Sara

. . .

Setibanya di universiti, Sara mencari parking di kawasan Pusat Pentadbiran. Dia menjenguk kepalanya melihat seluruh kawasan parking, mencari sebuah kereta berwarna putih yang dia kenal.

"Aik tak sampai lagi ke?", gumam hatinya.

Kemudian matanya terpaku melihat sebuah motor hitam yang parking berhampiran. Tanpa disedari bibirnya mengukir senyuman.

Mereka menuju ke bangunan Pusat Pentadbiran. Tidak sampai 1 jam, mereka telah selesai mendaftar subjek untuk semester ini. Sara, Malis dan Putri menuruni tangga untuk ke Kafeteria. Mereka telah merancang untuk berjumpa dengan rakan-rakannya yang lain disitu.

Setibanya di kafeteria, Malis dan Putri terus pergi membeli air minuman. Sara pula melihat-lihat seluruh kawasan kafeteria, lalu dia mengamati 2 orang lelaki yang sedang menjamu selera di satu sudut.

Dia tersengih lalu mendekati 2 orang lelaki itu senyap-senyap, idea nakalnya muncul!

"HOI! MAKAN TAK AJAK!"

Sara menegur kuat sambil menepuk meja. Habis terkejut 2 orang lelaki itu.

"SIOT SARA", bebel Amirul sambil mengutip peha ayam yang terpelanting di atas meja.

"Jahatlah Sara ni!", Alif bersuara sambil mencebikkan mukanya memandang Sara.

"HAHAHA sorry sorry", Sara meminta maaf sambil ketawa, kelakar melihat muka Amirul dan Alif terkejut beruk tadi.

"Padan muka, siapa suruh makan tak ajak kitaorang", Malis mencelah. Dia dan Putri tahu kejadian itu akan berlaku apabila melihat kelakuan Sara tadi.

"Nakal ye Sara ni. Sejak bila nakal ni?", tanya Putri sambil duduk di sebelah boyfriendnya-Amirul.

"Syafiq lah ni ajar dia! Tak guna Syafiq", bebel Amirul sambil menghabiskan nasi lemak ayam dihadapannya.

"EH aku pulak kena!", celah Syafiq yang terdengar perbualan rakan-rakannya.

Dia yang ke tandas tadi, muncul dari belakang Sara yang masih berdiri. Sara memalingkan badan lalu melihat Syafiq.

"Memang kau yang ajar", jawab Sara sambil mengejek Syafiq.

"Eii dia ni", ucap Syafiq sambil menjentik dahi Sara secara perlahan dan mengusap kepala Sara.

Syafiq memang gemar memegang kepala Sara, mentang-mentang dia tinggi. Kalau orang tengok macam gelagat adik dan abang sahaja mereka berdua ini.

"Kata nak makan sama! Sampai hati makan dulu", kata Sara sambil mencebik.

"Aku tak makan lagi lah, aku tunggu kau. Mangkuk tu haa yang tak menyabar", balas Syafiq sambil memuncungkan bibir ke arah Amirul.

"Kuajaqq!", jerkah Amirul bila dia tahu Syafiq memaksudkan dirinya.

Syafiq tersengih, kemudian dia memandang tangannya yang masih di atas kepala Sara. Dia mengerutkan dahi seketika.

"Kau..potong rambut eh?", tanya dia.

Riak wajah Sara menjadi terkejut.

"Omg kau perasan? Aku potong sikit je", ujar Sara.

Syafiq tersengih kerana tekaannya betul.

"Aku perasan every single things dalam dunia ni tau. Especially..kau", kata Syafiq perlahan.

"Headband pun baru!", tegur Syafiq lagi.

Sara tergelak kecil. "Haha a'ah! Headband lama dah patah. Comel kan?", tanya dia.

Syafiq menganguk perlahan.

"Jom duduk sana", Syafiq menunjukkan meja kosong di sebelah meja rakan-rakannya.

"HAA NAK DATE KE TU?"- Amirul

"Diam itik"- Syafiq

"-SIOT".

KitaWhere stories live. Discover now