[ 98 ] KHTKM - TASIK

6 0 0
                                    


Okay, kisah ni berlaku sekitar tahun 2008-2010 macamtulah. Aku pun tak berapa ingat, kitorang bestfriend 4 orang semuanya selalu lepak kat tasik ni. Tasik ni kitorang je panggil tasik, sebenarnya sungai. Depan tasik ni ada villa. Tapi masani villa tu takde orang duduk lagi so kitorang rajin lah datang lepak. Sini pun ada buaya, tapi alhamdulillah setakat ni tak pernah dengar lagi orang mati dibaham buaya. Mungkin sebab sungai ni bukan macam sungai kat sarawak tu memang banyak buaya...

Okay, macam biasalah kan kalau lepak mestilah amik gambar bagaikan...lagipun bila lagi nak kumpul semua sekali macamtu, nanti dah masuk uni semuanya berpisah. So time camni ni lah nak simpan kenangan pun. Kepada adik² ni memang realiti. Memang jadi pun sekarang, cuma kami still lepak jumpa macam dulu kalau cuti sekali.

Back to the story, kebiasaannya kalau kitorang lepak situ tak pernah ada sekali pun gangguan ke apa, tak pernah, even malam pun tak rasa apa². Cuma sekali tu jelah aku pun pelik, mana datang entah. Takde seorang pun dari kami yang perasan benda tu mulanya.

Satu petang tu, ye still petang, aku konfiden bukan time senja sebab kawan aku Ija kena gerak awal sebab rumah dia jauh sikit seberang sana. Kami ada amik beberapa keping gambar masa lepak petang tu, semuanya diambil melalui fon Ija ni. So bila dah nak gerak balik rumah, semua just tengok gitu² jelah sebab nanti Ija nak bluetooth gambar tu (zaman ni kami takde wasep bagai lagi).

Then kitorang pun janjilah nak jumpa lagi kat tasik tu beberapa hari kemudian. Masa ni Ija nak transfer lah gambar² tu...tetiba dia macam terkejut. Kitorang tanya lah kenapa, dia cuma cakap "Cuba tengok gambar ni, nampak tak apa yang pelik?"

Aku dengan yang lain² pun cuba lah perati apa yang pelik dalam tu. Em macam normal je bagi kami. So kami pun tanya jelah Ija ni apa yang dia rasa pelik. Masa ni kitorang still kat tasik tu tau, kat tempat gambar tu diambil.

Ija pun kata lah, "ni cuba tengok kat tepi lengan aku" sambil tunjuk ke arah gambar kami bertiga dimana Ija sedang buat gaya peace (✌️) macam yang kita selalu buat tulah... Sebelah gambar Ija adalah gambar aku dan sebelah aku tu kawan kami lagi sorang, sebab sorang lagi tukang amik gambarnya.

Kami pun perati balik gambar tu, barulah perasan apa yang pelik kat situ. Ada macam something kat bawah lengan Ija, macam rambut yang panjang melepasi bahu. Boleh bayangkan tak ?
Kami semuanya bertudung !

Kalau nak kata tu bayangan tangan aku yang bergerak masa gambar tu diambil, tak mungkin sebab tangan aku kat depan, sebelah lagi pegang bahu kawan aku yang lagi sorang tu. So tu tak mungkin aku. Atau sesiapa pun dari kami.

Alhamdulillah, walaupun kami menyedari benda tu kat tempat tu, tiada gangguan lain pun...rileks je sampai balik. Sampai lah sekarang kami still lepak kat tasik tu, cuma lepak kat luar je sebab owner villa tu dah pagar tempat tu hm sayang...bagi aku tempat tu okay lah not bad.

Kalau ada gambar tu lagi boleh lah share sekali tapi sayangnya Ija dah delete, copy pun dah takde. Gambar lama, lagipun siapa nak simpan benda macamtu kan ?




NEXT»»»»»»»

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Место, где живут истории. Откройте их для себя