[19] KHTKM - BAWAK AKU PULANG....

44 0 0
                                    

Saya akui, dahulu saya suka bercakap besar. Berlagak. Tapi sekarang tidak lagi. Semuanya berlaku akibat satu peristiwa yang saya alami pada awal tahun 2010.
Saya masih ingat, pukul 11.00 malam itu, suasana di kedai kopi Pak Kasim masih lagi riuh. Semua pelanggan sedang begitu asiky menonton gusti.
Salah seorang daripada mereka adalah saya sendiri. Kami menjerit-jerit melihat aksi jaguh kegemaran masing-masing yang sedang bertarung hingga muka berdarah-darah.
Kalau anda tinggal di kampung, anda tentu faham. Di kedai kopilah tempat penduduk-penduduknya berkumpul pada waktu malam.

Apatah lagi kedai-kedai kopi ini biasanya ada sediakan TV. Rancangan yang sering ditayangkan pula ialah gusti.
Lupa pula hendak saya beritahu, kedai kopi Pak Kasim letak nya di kampung bersebelahan kampung saya. Jarak antara kampung kami hanya 1 kilometer sahaja dan dipisahkan oleh kebun getah dan berlukar.
Sedang leka menonton, tiba-tiba dari jauh saya ternampak ada seseorang yang sedang berlari ke arah kedai Pak Kasim. Apabila dekat, baru kami tahu, Jamil rupanya.
"Pak Kasim, saya ternampak han...hantuuu!" kata Jamil tercungap-cungap. Mukanya pucat.
Hantu? Mendengar perkataan itu, saya terus mentertawakam Jamil. Kata saya pada Pak Kasim, Jamil memang begitu. Penakut. Daun kayu pun disangka hantu. Tiang telefon dikatakan hantu galah.
Pak Kasim bertanya kepada Jamil, benarkah dia terjumpa hantu. Jamil memberitahu, dia tidak bohong.
Kata Jamil, hantu itu serba putih, mukanya hodoh. Ia berdiri di bawah sebatang pokok besar, di tepi sungai, kira-kira 100 meter dari situ.
Apabila Jamil bercakap sahaja, saya terus potong kata-katanya. Saya mengejek Jamil.
Kata saya, sudah 30 tahun saya hidup, tidak pernah sekali pun terjumpa hantu. Mungkin Jamil sengaja mereka-reka cerita untuk menakutkan kami.
"Jamil, cubalah jadi jantan sikit. Kau ni dari kecik sampai tua, pennnaaakuuuuuttt! Kah kah kah... " saya terus ketawa.

Walaupun cerita Jamil itu saya perlekehkan, namun saya perasan ada pelanggan kedai Pak Kasim yang mula meraup lengan dan tengkuk. Tidak kurang juga ada yang mula angkat kaki.
Saya geleng kepala. Saya cakap pada Jamil, ini semua dia punya pasal. Disebabkan cerita mengarutnya itu, ramai yang mula takut.
Masih saya ingat, selepas beberapa orang pelanggan beredar, saya duduk sambil menghabiskan air yang terisi di atas meja. Mata saya kembali tertumpu ke arah perlawanan gusti di televisyen.
Jamil masih lagi bercerita kepada Pak Kasim, tapi saya senyum sinis. Saya abaikan segala apa yang diceritakannya.
Pukul 12:00 malam, setelah rancangan gusti tamat, saya membayar makan dan minum, kemudian menghidupkan motosikal untuk pulang. Dalam fikiran, saya masih lagi berasa lucu dengan cerita jamil.

Saya tidak percaya sama sekali di kampung saya ada hantu. Seumur hidup saya merayap pada waktu malam, tidak pernah sekali pun saya bertembung dengan mahkluk itu.
Malam begitu dingin. Saya menunggang motosikal seorang diri melintasi kawasan berlukar yang memisahkan kampung kami.
Sewaktu memasuki simpang ke kampung saya, tiba-tiba motosikal saya berasa berat. Saya memberhentikan motosikal dan memandang ke belakang, tidak ada sesiapa pun. Saya meneruskan perjalanan balik.
Sebelum sampai di rumah, saya ternampak sekumpulan budak-budak kampung sedang melepak. Saya pun dekati mereka, hajat untuk join sekali.
Namun baru sahaja saya mahu menongkat motosikal, budak-budak itu terus lari sambil menjerit, "Hantu! Hantu!"
Saya berasa hairan. Apa hal budak-budak ni? Dia orang ejek aku hantu, ke? Lantas saya tinggalkan tempat itu dan pulang ke rumah.

ESOKNYA SAYA terpaksa berkerja lebih masa. Kerja sebagai penyelia kilang kain memang memenatkan. Jadual kerjanya tidak tentu masa.
Dalam masa yang sama, fikiran saya masih lagi teringat cerita semalam. Saya berasa pelik, mengapa budak-budak itu lari apabila melihat saya datang. Sedang asyik memikirkan hal itu, tiba-tiba saya disapa oleh seorang kawan.

"Lan, betul ke aku dengar budak-budak kata dia nampak ada hantu duduk kat belakang motosikal kau semalam?" soal kawan saya itu.
Saya ketawa terbahak-bahak. Laaa ...patutlah budak-budak tu lari semalam, rupa-rupanya ternampak hantu. Kata saya, semua itu mengarut. Saya tak nampak apa-apa pun.
"Kau jangan percaya cakap budak-budak tu lah, dia orang membohong aja," sambung saya. Sambil ketawa, saya tinggalkan kawan saya itu.
Selesai kerja pukul 2:00 pagi, saya pulang sendirian je rumah. Ketika itu tubuh saya berasa sangat penat.
Dalam fikiran saya terlintas, bukankah lebih seronok kalau ketika saya pulangpenat seperti itu, ada isteri yang menanti di rumah?
Tetapi semua itu mushtahil. Walaupun umur saya sudah mencecah 30-an, tetapi saya masih lagi belum berumah tangga.
Sampai di persimpangan masuk ke kampung, saya ternampak ada seorang gadis duduk seorang diri di tempat menunggu bas. Tanpa berfikir panjang, saya terus berhenti di hadapannya.
Timbul rasa kasihan di hati melihat gadis berkenaan seorang diri dalam gelap-gelita. Saya dekati gadis itu. Saya kihat wajah nya sungguh cantik.
Baunya juga sangat wangi. Sebelum ini saya tidak pernah melihat gadis secantik itu di kampung saya.
"Tunggu siapa, dik?" saya memulakan bicara.
Gadis itu hanya diam. Cuma mulutnya sahaja mengukir senyuman yang sungguh manis. Hati saya mula berbunga.
Saya mengajukan soalan kedua, namun tiada juga jawapan. Bau gadis itu yang sungguh mengoda, membuat saya hilang pedoman.
Saya memberanikan diri memegang tangan gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu malu. Dia seperti tidak marah dengan tindakan yang saya lakukan.
Melihat reaksi gadis itu yang seperti 'malu tapi mahu', saya segera mengajaknya pulang ke rumah. Niat saya yang pada mulanya cuma kasihan, kini bertukar dengan nafsu.
Maklumlah, di sekitar kampung saya memang ada anak-anak gadis yang 'boleh diajak berunding'. Saya pula jenis pantang nampak!
Namun semasa saya menghidupkan enjin motosikal, tiba-tiba sahaja gadis itu hilang dari pandangan.

Saya tercari-cari, tiba-tiba muncul satu lembaga putih menyerupai seorang perempuan di belakang saya. Serentak itu saya terbau kapur barus yang biasa digunaka semasa memandikan mayat.
Sebaik sahaja perpaling ke belakang, saya terkejut melihat suatu mahkluk yang sungguh hodoh. Mukanya menggeruntu. Kulitnya terbakar. Ada darah meleleh-leleh keluar dari mulut mahkluk itu.
Saya tergamam. Tambah menggerunkan apabila melihat mahkluk itu bergerak mendekati saya.
Tanpa berlengah lagi, saya segera melompat ke atas motosikal lalu memecutnya. Sampai sahaja di rumah, saya terus campakan motosikal dan berlari mengetuk pintu.

DUM! DUM! DUM!
Ibu saya terpinga-pinga melihat saya tercungap-cungap. Saya segera masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu.
Macam-macam soalan ibu saya ajukan, satu pun tidak saya jawab. Saya terus berlari masuk ke dalam bilik.
Apa yang menakutkan, apabila saya membuka lampu bilik, saya ternampak satu jelmaan putih sedang berdiri di luar tingkap bilik.
"Allahuakbar! Allahuakbar!" laung saya berulang kali dan terus melompat ke atas katil. Ibu saya mengetuk pintu bilik dan memanggil saya berulang kali.
Dia bertanya, apa yang berlaku?
Namun saya tidak menjawabnya. Saya tidak mahu ibu tahu apa yang baru terjadi. Saya sebaliknya menutup muka dengan selimut.
Badan saya mengigil-gigil ketakutan. 5 minit kemudian, saya terdengar saperti satu cakaran di dinding rumah.
Tidak lama kemudian, tiba-tiba bau kapur barus kembali menerjah ke dalam hidung. Bau itu sungguh kuat dan terasa begitu dekat sekali, seperti di sebelah saya sahaja.
Saya bertambah takut. Saya menekup telinga dengan bantal dan pejamkan mata rapat-rapat. Saya tidak tahu apa lagi yang patut di lakukan.
Dada bagaikan hendak meletup kerana terlampau takut. Bagi mengelak daripada melihat jelmaan-jelmaan yang menakutkan, saya terus memejamkan mata.
Saya tidak sanggup melihat mahkluk hodoh itu buat kali kedua. Sambil itu mulut saya terkumat-kamit membaca ayat-ayat Al-Quran yang dihafal.

Lamakelamaan, bau itu sedikit demi sedikit hilang. Tapi saya tetap memejamkan mata.
Saya menghela nafas lega. Malam itulah, untuk pertama kalinya, saya rasakan begitu lama untuk tibanya waktu pagi.
Esoknya badan saya panas. Kepala pening. Saya demam selama tiga hari.

SAYA KINI FOBIA untuk keluar pada waktu malam. Tiba sahaja waktu malam, hati saya akan berdebar-debar. Saya juga sudah jarang-jarang sekali melepak di warung Pak Kasim.
Perkara itu menjadi tanda tanya kaki lepak di warung itu. Namun mereka tidak tahu apa puncanya sebab saya tidak pernah menceritakan kepada sesiapa, termasuk kepada keluarga saya sendiri.
Sekarang, kalau orang bercerita pasal hantu, saya diamkan saja. Nak kata takut, nanti jatuh ego saya. Satu lagi, takut pula jadi syirik. Kita hanya perlu takut kepada Allah s.w.t., bukannya kepada syaitan dan jin.
Tetapi satu hakikat yang perlu saya akui, setiap perkara yang berlaku memang ada rahmatnya. Selepas kejadian itu, saya sudah jarang keluar malam. Kalau keluar pun, pukul 9:00 sudah balik. Kedua, saya sudah bertaubat, tak mahu lagi angkut gadis-gadis tepi jalan.





NEXT»»»»»»»»»

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now