[24] KHTKM - SHORTCUT BERHANTU

26 0 0
                                    




Kalau aku nampak orang tengah jogging, aku rase macam fobia sikit. Lagi-lagi kalau aku nampak orang jogging pada waktu malam. Sejak aku ternampak lembaga tu, sumpah aku memang tak akan dan tak ingin lagi lalu short-cut tu! Pengalaman ni terjadi kepada aku lebih kurang sebulan yang lepas. Aku ni tinggal di sebuah perumahan dan bekerja di sebuah kilang berhampiran. Senang citer, aku dan family tinggal di kawasan perindustrian. Kilang-kilang di sini memang banyak. Kau je yang jenuh mikir mana satu kilang yang kau nak apply untuk kerja. Aku ni belajar tak tinggi mana, takat SPM je. Mak bapak pun bukan orang senang, dan aku ni pula anak sulung. Jadi aku pun bekerja bagi mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mak dan ayah. Dah lama aku kerja di kilang tu, lebih kurang 3 tahun macam tu ah…

Cerita ni berlaku semasa aku sedang melalui short-cut itu sorang-sorang. Sebenarnya, ramai juga anak-anak jiran sebaya dengan aku kerja kat situ. Jadi agak seronok la juga kan, pagi-pagi lagi kitaorang ready kat depan bus stop untuk menunggu bas kilang tu datang ambik kami. Sebenarnya kilang tu takde lah jauh sangat kalau ikut short-cut, tapi malas nak jalan kaki. Lagi pun short-cut tu orang-orang sini cakap tempat tu keras. Pihak kilang pon dah bagi kemudahan, jadi buat apa nak susah kan diri. Hehe. Memang bestlah kerja kalau ada ramai kawan, walaupun penat tapi memori bersama-sama kawan tu yang paling bermakna.

Aku kerja bahagian opis dan kawan-kawan aku yang lain ni kerja bahagian ‘packing’ barang. Kalau bos keluar, aku curi-curi la lepak dengan diorang. Serius memang boring dalam opis tu. Asyik ngadap komputer, boleh jem otak kau. Lagi-lagi kalau stok baru sampai. Masa kitaorang lepak tu, kawan aku sorang ni bukak cerita la mengenai sebuah jalan short-cut dari kilang ni ke kawasan rumah kami. “Aku ada dengar cerita orang, jalan tu diorang cakap ada hantu! Ramai yang dah kena kat situ” Fuhh, agak menyeramkan juga bila dengar cerita-cerita macam ni. Tapi memang betul apa diorang cakap tu, aku dengar-dengar short-cut tu dulu adalah laluan rahsia tentera jepun. Kiranya, kawasan ni dulunya adalah markas tentera jepun. Tapi, lepas banyak pembangunan yang dilakukan kawasan ni, lama-kelamaan tempat ni menjadi sebuah pusat perindustrian yang agak padat dan maju.

Tetiba pulak bos datang masa tu, kawan-kawan aku sambung kerja semula dan aku cepat-cepat ke opis. Potong betul bos aku ni! “Zeti, esok saya rasa banyak stok barang yang akan sampai. Kamu datang awal ke opis ya” kata bos aku, Mr Chin. Alamak, part yang macam ni lah aku tak suka. Kalau stok barang sampai ke kilang ni, memang lewat la aku balik esok! Aku pun mengangguk kepala tanda setuju. Macam tula rutin aku selama bekerja di kilang ni. Dalam sebulan tu, mesti ada sekali aku lewat balik. Masa tu bas kilang memang tak ambik pekerja lagi dah, jadi aku kena buang rm 20 untuk menaiki teksi. Aku nak ikut short cut tu, takut pula! Baik aku naik teksi.
Pada keesokan harinya, sesi bekerja seperti biasa lah. Tapi hari ni aku kena balik lewat sikit, aku kena kira dan update stok-stok yang baru sampai. Teringin juga aku nak ambik keta, tapi aku takde masa nak ambik lesen memandu. Cuti pun sekali dalam seminggu. Aku pun bertugas lah mengira dan membuat laporan pasal stok yang baru sampai tu. Sedang-sedang buat kerja tak sedar dah pukul 6.50 petang. Kawan-kawan aku dah balik tadi pukul 5 petang, Bos aku pun baru je balik tadi. Jadi tingal lah aku seorang diri di opis ni. Aku pun susun segala perkakas aku sebelum balik dan kemudian turun ke gate hadapan kilang “Aik zeti, lewat kau balik hari ni? Kau sorang jer?” kata pak Amat, pengawal keselamatan di kilang ni. “Ye pak Mat, banyak kerja tadi. Tu yang lewat sikit. Saya balik dulu ye” Pak Mat pun tersenyum dan Aku pun bergeraklah menuju ke bus stop untuk menunggu teksi. Tak jauh sangat pun, seberang jalan tu je dah sampai bus stop.

Aik? Mana pulak dompet aku? Aduhh, aku baru teringat dompet aku! Tinggal kat umah. Ni semua bos punye pasal lah, suruh aku awal datang opis! Sampai dompet pun aku lupa bawak. Nasib baik aku bawak bekal makan tadi, kalau tak kebulur aku di opis tu. Aku pun bingung masa tu tak tau nak buat apa. Nak berjalan kaki guna jalan depan ni memang jauh, anjing jalanan pon banyak. Tak pasal-pasal aku kena gigit! Cuma satu je jalan yang ada, guna short-cut tu. Hati aku memang berat sangat nak guna jalan tu. Aku nak kol Abah, tapi dia pun kerja masa ni. Dia ambik shif malam untuk jaga kilang depan tu. Nak tak nak, aku pun lalu lah ke short-cut tu sorang-sorang. Memang sunyi dan sepi jalan tu, nak tengok orang lalu lalang masa-masa nak dekat maghrib ni jangan mimpi! Seram sejuk aku masa tu.

Tetibe aku nampak kelibat seseorang sedang berlari, macam jogging. Aik? Siapa pula ni macam tak pernah nampak sebelum ni, berpakaian lengkap seperti tentera. Aku pun malas lah nak layan. Aku jalan je sambil tunduk, dia pun lalu di sebelah ku sambil berlari. Asal bau dia lain macam? Tak pernah aku hidu bau macam tu sebelum ni. Aku tak pandang dia dan mempercepatkan gerak kaki aku. “Nanti-nanti, nak ke mana tu? Boleh saya temankan?”  kedengaran seperti suara lelaki dibelakang ku. Aik mamat tadi yang jogging tu ke? Aku pun menoleh la ke belakang. Ya Allah! Terkejut beruk aku! Memang lelaki tadi. wajahnya sangat menyeramkan! Aku baru perasan, pakaian yang dipakainya itu adalah pakaian tentera jepun! Aku menjerit sekuat hati aku dan berlari sepantas yang boleh “Tolong! Tolong! Tolong!”  “Adik jangan lari, abang nak kenal dengan adik” Aduhh aku tak tau nak buat apa masa tu, hanya mampu terjerit-jerit meminta pertolongan! Memang sah tu hantu jepun!

Berapa pantas pun aku lari, suara lembaga tu tetap kedengaran seperti hampir dengan aku! Tak lama lepas tu lembaga tu berlari bersebelahan aku sambil tersenyum! Wajah dia aku memang tak akan lupakan sampai bila-bila! sangat menakutkan! Aku berlari sekuat yang mampu sambil menutup mata ku! Sehinggalah aku melepasi short-cut tu dan terus berlari menuju ke rumah aku. Seluruh tubuh ku terketar-ketar dan kepenatan. Aku tengok ke belakang, lembaga tu sudah lenyap dari penglihatan, syukur lah aku selamat. Hampir seminggu aku tak datang kerja disebabkan demam dan selalu bermimpi buruk selepas kejadian tu…





NEXT»»»»»»»»»»»

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now