[15] KHTKM - GAME TERKUTUK

38 0 0
                                    


Kelihatan seorang gadis sedang menyusun buku di perpustakaan sekolahnya. Dia sedang menyusun buku-buku rujukan biologi mengikut turutan. Selesai sahaja dia susun buku itu, dia beredar dari rak itu. Itulah rutin setiap hari khamis pengawas pusat sumber bernama Qistina Farhana. Dia pergi ke kaunter pinjaman buku untuk mengemas kaunter itu.

“Hmm…? Buku apa ni? Tak pernah Nampak pun sebelum ni.” Bisik hati Qistina. Dia mengeluarkan sebuah buku yang seperti
jurnal daripada bahagian buku untuk dibuang. Dia melihat buku itu dengan teliti. Kulit hadapannya berwarna coklat dan agak lusuh. Apabila dia hendak membuka buku itu, loceng sekolah berbunyi menandakan masuknya waktu sekolah Qistina. Dia mengambil buku itu dan begnya dan keluar dari perpustakaan itu.

“Hey Amina, sini sekejap.” panggil Qistina. Amina Noraida, kawan baik Qistina terus pergi kearah meja gadis yang memanggilnya itu. Disebabkan cigku tidak hadir, satu kelas boleh membuat kerja sendiri. Qistina menunjuk buku yang dijumpainya di perpustakaan pagi tadi. Amina melihat buku itu dengan sifat ingin tahunya yang tinggi.

“Game Charlotte’s Web? Awak nak main? Macam seram je. Lagipun buku ni dah beritahu dengan jelas. ‘DON’T PLAY this game.
If you want to, PLAY AT YOUR OWN RISK.’ Takutlah.” kata Amina dengan nada yang takut. Qistina meggeleng kepalanya lalu berkata

“Ala, jomlah. Saya nak cuba. Nak dapatkan inspirasi untuk novel saya. Lagipun ni perlukan 2 orang. Please Amina. Kali ni sahaja. You’re my bestie, right?” Amina mula rasa serba salah ingin mengikuti Qistina atau tidak. Lepas dipinta oleh Qistina lebih lagi, Amina setuju mengikuti Qistina. Sesungguhnya, mereka tidak tahu apa yang menanti mereka.

          3 hari kemudian, Qistina dan Amina
masuk ke dalam rumah yang terbiar lama. Mereka masuk ke dalam sebuah bilik yang
tidak mempunyai tingkap.

          “Ok. Mula-mula kita kena susun semua
ni ikut urutanya. Awak ada bawak patung tu kan?” tanya Qistina. Amina terus
mengeluarkan sebuah patung beruang berwarna coklat dari begnya. Patung itu akan
digunakan sebagai hadiah kepada ‘dia’ nanti. Mereka pun mula mengemas perabot
yang berdekatan mengikut panduan yang berada di dalam jurnal kosong itu.

                                              

          Akhirnya, mereka selesai mengemas dan
mengambil tempat masing-masing.

          “Ingat Amina, kita mesti pandang
cermin sahaja. Faham?” Qistina mengingatkan kawanya tentang pantang larang
permainan Charlotte’s Web itu. Amina mengganguk tanda faham. Mereka pun duduk
di kerusi kayu yang agak using dan menghadap cermin besar di hadapannya. Mereka
memandang satu sama lain sebelum memulakan permainan itu.

          “Kami mahu bermain Charlotte’s Web.”
Satu bilik itu bergema dengan suara mereka menyebut mantera itu. Tiba-tiba,
lampu suluh yang mereka bawa terpadam sekejap dan menyala semula. Apabila
mereka menyuluh cermin itu, seorang budak kecil lebih kurang 7 tahun yang
memakai baju berwarna putih. Mukanya tidak kelihatan kerana ditutup dengan
rambut hitamnya yang panjang. Pastinya itu Charlotte.

          Budak kecil itu pun mengambil mainan
di belakang mereka. Tandanya dia gembira. Qistina memulakan perbualan dengan
menyapanya. Budak itu membalas sapaan Qistina dengan ramah. Mereka pun mula
bertanyakan soalan kepada Charlotte. Soalan seperti apa keputusan SPM nanti dan
siapa bakal suami mereka nanti ditanya sekawan itu. Semakin lama, ketakutan
mereka makin berkurang.

“Charlotte, siapa yang Amina suka di
sekolah kami?” tanya Qistina. Dia ingin tahu siapa yang kawan baiknya suka.

          “Teman lelaki awak.” Qistina terus
berpaling kearah Amina kerana tidak puas hati dan memarahi Amina. Tanpa dia
sedari, dia telah melanggar salah satu pantang-larang permainan itu.
Mengalihkan pandangan dari cermin. Tiba-tiba, Charlotte hilang dan jeritan
bergema di bilik itu. Qistina yang sudah takut terus melarikan diri
meninggalkan Amina. Tetapi, Qistina terus dibawa ke sebuah tuil besi.

Badan Qistina dengan cepatnya ditembusi tuil besi itu. Amina menjerit melihat
kawannya yang tidak berdaya lagi.

          Tanpa membuang masa, dia terus meluru
kearah pintu keluar. Tiba-tiba, lembaga Charlotte muncul di hadapannya. Matanya
berwarna merah dan memandang Amina dengan garangnya. Dia terus ditarik oleh
sesuatu terus kearah cermin. Amina menjerit dan berdoa agar dielakkan semua ini
tapi sudah terlambat. Dia pun hilang dan teperangkap di dalam cermin yang mereka
gunakan tadi.

          Kesokkanya, berita tentang kehilangan
Amina dan pembunuhan Qistina tersebar. Proses mencari Amina dijalankan dengan
giat tetapi tetap tidak dijumpai. Kehilangan gadis itu akhirnya menjadi suatu
misteri. Selamanya.




NEXT»»»»»»»»

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now