[37] KHTKM - PATUNG

21 0 0
                                    


Rumah tak ada elektrik, jadi aku ambil keputusan untuk tidur di butik aku sendiri. Ya! Aku ada butik pakaian berjenama. Semua aku ambil dari luar negara. Siapa yang tak kenal butik aku. Jadi, aku hidupkan aircond dan lampu. Sebelum tu aku siap kemaskan baju baru yang sampai pagi tadi. Aku pakaikan satu persatu pada patung dan aku letak di hadapan pintu cermin. Depan pintu masuk. Ketiga-tiga patung itu aku pakaikan lengkap dengan baju baru.
Kunci butik aku sangkut di atas rak cermin, memang biasanya aku akan letak situ. Sebab bab kunci ni aku sangt peka. Setelah siap kemas, aku berpusing melihat susun atur di dalam butik aku.
"Nice." Aku berpuas hati. Aku belek ketiga-tiga patung tadi.
"Lawa! Esok pasti ada orang beli baju ni," lepas puas hati, aku masuk ke bilik belakang butik dan berbaring.
Dari pagi tadi aku berjalan dengan teman baik aku. Orang kata reward diri. Lepas penat kita bekerja kita beli sesuatu untuk hadiahkan kepada diri sendiri. Jadi itu yang aku buat. Aku belek semula kasut yang aku beli. Entah bila aku akan pakai, yang penting aku suka designnya. Itu pun sudah cukup!
"Happy birthday to myself." Aku berbisik sendirian. Aku tak ada keluarga mahupun kekasih. Ahhh! Bosannya hidup single. Nasib baik ada rakan-rakan yang sudi meneman. Tapi tulah! Sekejap sahaja... kerana masing-masing ada tugas yang perlu dilakukan. Ada anak, ada suami dan aku tak tahulah kalau dia terpaksa teman atau pun ikhlas meneman.
Ah! Tak kisahlah, yang penting aku berpuas hati aku tak menyambut hari jadi aku seorang diri.
Sendu betul!
Tidak sampai sepuluh minit, lampu dan aircond yang aku pasang termati sendiri. Bukan lampu di bilik sahaja, tetapi seluruh kedai. Aku bangun dan menekan semula suis utama. Belum pun sempat aku berbaring, elektrik terpadam lagi.
"Apasal ni?" kali ini aku bengang. Aku keluar dari bilik belakang, menuju ke ruang depan. Kalau bukan Wati tentu sahaja pekerja aku yang dua orang lagi. Mereka pekerja baru, jadi dia tentu tidak tahu kalau aku selalu sahaja lepak di butik aku pada waktu malam. Terutama kalau ada banyak kerja yang perlu aku siapkan.
Aku berdiri di pintu bilik, menghidupkan suis utama dan... Aku tercengang tidak berganjak. Aku nampak patung yang aku letak di hadapan pintu kedai tadi kali ini ada di tengah-tengah ruangan butik. Ketiga-tiganya sedang melihat ke arah aku.

Berdiri tegak sedang bercekak pinggang.
"Wati..." aku panggil nama staff aku yang paling lama bekerja. Dia paling faham tentang selok belok kerja yang aku mahukan. Cuma kadang kala aku tidak suka sikapnya yang pendiam. Dia tu pelik. Aku pernah nampak dia tenung orang tak berkelip. Psiko!
Kalau ada masalah tak pernah beritahu, tiba-tiba minta cuti panjang.
Lepastu menyendiri tak bercampur dengan org ramai. Tapi aku tetap mengambil dia bekerja kerana dia tidak pernah melawan. Dia ikut apa aku suruh walaupon sikap dia menyeramkan
"Wati..." aku berjalan perlahan ke arah ruangan depan butik.
Tidak ada sesiapa. yang ada hanyalah baju yang bergantungan dan juga baju yang tersedia lipat di rak yang disediakan.
Suasana sunyi. Tidak ada bunyi langsung. Ruangan butik aku yang luas itu membuatkan aku rasa seperti diperhatikan.
Aku mengambil semula ketiga-tiga patung tadi, aku susun semula menghadap luar. Aku letak di cermin depan pintu masuk, tujuannya sebagai peragaan. Aku menggeleng kepala. Aku terlalu penat mungkin? Sebab tu aku nampak bukan-bukan.
Jadi setelah aku siapkan semua dan aku pastikan ruangan butik itu memang tidak ada penghuni, aku berjalan ke arah bilik belakang semula. Pintu ku tutup dan aku berbaring menghadap siling.
Sebenarnya aku mula tak sedap hati. Aku bukan seorang yang pelupa. Walaupun aku terlalu penat, aku memang bukan seorang yang pelupa. Aku ingat apa aku buat dan yang pasti, aku telah letakkan ketiga patung tadi di depan pintu cermin pada mulanya. Kenapa patung itu berada di ruangan tengah butik pula?
Aku berbaring mengiring, malas untuk mengambil pusing. Dari bawah pintu bilik, aku dapat lihat bayang-bayang orang yang sedang lalu Lalang.
Aku terduduk!
Aku cepat melemparkan selimut. Ketika ni dada aku dah berdebar. Mana mungkin ada orang lain selain aku seorang di dalam butik ni?
"Wati!" aku jerit. Aku pasti ini kerja Wati. Aku bukan orang yang percaya pada hantu atau benda-benda mistik. Dan Wati tu pula mudah percaya pada benda yang tidak masuk akal seperti itu.
Kami pernah bertekak tentang perkara ini. Dia suruh aku percaya mengikut apa yang dia percaya.
"Wati! Aku tahu kau ada di butik ni! Kau kan tu?"
Senyap! Suasana senyap!
Aku bengang, aku bangun, aku berjalan ke arah pintu dan aku buka kasar. Sekali lagi aku terdiam dan tercengang. Ketiga-tiga patung tadi ada betul-betul depan pintu bilik aku. Oleh kerana terperanjat, aku tutup pintu bilik sekuatnya dan aku kunci. Aku menapak perlahan ke arah belakang. Dada aku dah menendang laju. Nafas rasa mecam tersekat.
Aku cepat-cepat mengambil telefon. Ketika ni lah aku tak tahu untuk menelefon siapa. Nama Wati yang tiba-tiba tertera, aku dail. Lega rasa apabila ringtone berbunyi. Aku berharap agar Wati ada ketika ini.
Tapi ringtone yang berbunyi itu adalah dari dalam butik aku sendiri. Aku cepat menoleh, ke arah pintu bilik. Aku berjalan perlahan dan menekap telinga ke arah papan pintu, dan aku dapat mendengar dengan jelas bunyi itu dari dalam butik aku.
Talian aku matikan dan aku bernafas dalam-dalam. Aku buka pintu bilik tadi semula. Secara rasionalnya, aku alihkan semula patung-patung yang menghalang tadi. Ketiga-tiganya aku letak di hadapan pintu masuk kaca semula. Pintu grill hadapan, aku dah tutup, jadi aku berada di dalam butik yang kedap Sekarang. Bodohlah kalau aku cakap aku tak takut. Tapi hati aku kuat mengatakan yang Wati sengaja nak mempermainkan aku. Mungkin dia bengang dengan hal tempoh hari? Aku tak beri kebenaran dia cuti? Atau aku tak percaya tentang benda mistik seperti mana dia.
Aku mencari-cari bunyi telefon bimbit Wati. Aku mengenali dari ringtonenya. Sebaik terhenti, aku cuba mendail lagi dan lagi. Aku berhenti di hadapan pintu bilik air belakang. Masa aku masuk tadi aku tak terfikir pun untuk pergi ke arah bilik air.

"Apa dia buat kat sini?"
Aku tolak pintu bilik air tersebut. Hampir tercabut separuh jantung aku apabila melihat Wati terbaring dengan berlumuran darah. Aku menapak kebelakang, baru sahaja aku ingin berlari, aku terperanjat melihat ketiga patung tadi di ruangan tengah butik semula.
Aku menjerit sekuat hati. Aku tak peduli, siapa yang dengar nak datang ke apa ke, datanglah.
Aku berlari ke arah patung tadi, aku tolak ketiganya. Tercabut tangan dan tubuh badan yang lain. Aku lakukan dengan sengaja. Aku berlari ingin mengambil kunci butik di atas rak cermin, aku mahu keluar dan laporkan pada polis. Sebaik aku meraba rak atas cermin, kunci butik tadi tiada. Aku rasa aku ingat memang di situ yang aku letak.
Oleh kerana takut, aku terus berlari masuk ke dalam bilik. Pintu aku biarkan, dan Aku menelefon staf lain untuk membuka kunci daripada luar.
"Mana pergi ni?! Semua telefon tak berjawab." Tangan aku menggigil. Aku tak tahu samaada Wati hidup lagi atau tidak, aku tidak periksa.
"Tiara..." suara di belakang membuatkan aku berpaling. Wati sedang berdiri di luar pintu bilik dengan memegang sebilah pisau. Dia tersenyum sinis. Wajahnya separuh seperti hancur.
"Tolong aku Tiara..." Wati menghulur pisau itu dari jauh. dia berjalan untuk masuk, namun aku segera menutup pintu bilik dan mengunci. Aku nampak dia tidak sedarkan diri tadi, sekarang di ada tegak berdiri.
Aku takut! Ya! Aku takut! Aku menangis teresak-esak tidak tahu apa yang boleh aku lakukan
Pintu bilik diketuk beberapa kali, nama aku dipanggil lagi. aku menjerit menyuruh Wati diam namun Tidak sampai beberapa minit, semua lampu terpadam...
"Apa kau nak Wati!!!" Aku jerit.
Suasana sunyi!
"Wati kau nak apa!" Tengkingku. Suara aku menangis memang boleh didengar sampai ke luar.
Tombol pintu berpusing. Dan perlahan-lahan, pintu bilik terbuka...
aku lupa yang Wati ada kunci pendua. Aku nampak cahaya samar-samar masuk ke ruang bilik. Cahaya yang beralun. Cahaya yang aku kira terbias sedikit sahaja.
Wati berdiri, memegang pisau, dia tersenyum, mengelap wajah yang berdarah.
Aku bersandar pada dinding bilik. Tubuh aku kaku. Dada berombak laju. Dan aku nampak patung yang tercabut tadi siap terpasang,
Berdiri di depan pintu bilik!
Bersama dengan dua org lain!
Membawa kek!
Ada lilin!
Dan trompet dengan topi kon di kepala!
"Happy birthday to youuuu,,, happy birthday to you... Happy birthday to my bos, Tiara... Happy birthday to you..." staf aku menyanyi sambil bertepuk tangan. Mereka gembira melihat aku terkaku barangkali terlalu teruja dengan kejutan yang mereka lakukan.
Wati tersenyum sinis. menapak kehadapan sambil menghulur pisau. Matanya memandang tajam ke arah majikannya dengan wajah yang masih ada kesan darah.
"Happy birthday Tiara..." Wati mengenyit mata.



NEXY»»»»»»

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now