[23] KHTKM - PERJALANAN TERAKHIR SEORANG LELAKI

26 0 0
                                    


         Proton Gen 2 di pandu laju membelah kepekatan malam yang hening, di sepanjang laluan lebuhraya utara selatan. Azizi memecut laju keretanya tanpa ada perasaan takut. Seolah-olah ingin melepaskan perasaan amarah yang sedang menguasai dirinya. Pedal minyak di tekan sehabis mungkin. Jalan raya yang landai membuatkan pemanduannya bertambah lancar. Saat kereta sedang di pandu laju, tiba-tiba Azizi seperti terlanggar sesuatu. Sehingga melambung-lambung dia dari tempat duduknya. Namun stereng kereta tetap di pegang kemas agar kereta yang dipandunya tidak terbabas.

"Apa benda yang aku langgar tu....?"

Azizi panik, memandangkan dia berseorangan pada malam itu. Dia perlu lebih berhati-hati selepas ini ketika memandu. Mungkin boleh meragut nyawanya kelak.

Sehinggalah...., dia melalui satu pekan kecil yang asing padanya. Dia tidak pernah melalui jalan itu. Sungguh! Tidak pernah! Dia sendiri tidak pasti jalan apakah yang sedang di laluinya sekarang.

"Kenapa aku langsung tak perasan jalan ni ya....?" Azizi mula mempersoalkan diri sendiri.

Setakat ini fikirannya tidak mampu untuk berfikiran lebih rasional. Hanya berpandu pada kata hati. Di harapkan juga dia tidak tersalah memilih laluan. Biarlah laluan dan perjalanannya kali ini adalah yang betul.

Memandangkan hari itu juga genap dua hari dia putus tunang dengan Nureen. Selama 5 tahun menyulam kasih bersama Nureen termasuklah menempuh alam pertunangan. Langsung tidak terlihat akan kecurangan Nureen terhadapnya. Semuanya baik-baik sahaja. Namun setelah kecurangan Nureen mulai terserlah, Azizi nekad putuskan tali pertunangannya bersama Nureen. Dia sedar siapalah dirinya yang hanya pemandu lori kontena jika hendak di bandingkan dengan teman lelaki baru pilihan Nureen. Sehinggalah malam itu dia nekad menempuh lebuhraya utara selatan secara bersendirian. Memaksa dirinya membawa diri untuk mencari kedamaian di hati. Menebus kembali kekecewaan yang dialaminya kini. Semoga angin sejuk di sepanjang lebuh raya yang mendatar itu dapat memberi kesembuhan luka yang menghambat hatinya.

Sepanjang menempuh perjalanan di pekan kecil itu, Azizi merasakan dia tidak pernah sekali melalui kawasan itu walaupun disiang hari sepanjang dia membawa lori kontena. Dia sungguh yakin dan pasti. Namun kini dia hanya mengikut gerak hati sahaja, memandangkan dia sendiri tidak tahu akan arah tujuannya. Tetapi Azizi berasa sedikit pelik kerana sepanjang dia berada di laluan itu, Azizi langsung tidak menemui sebiji kenderaan pun. Sedangkan jam baru menunjukkan pukul 10.00 malam. Dia seperti melalui satu kawasan lain yang tidak dihuni oleh manusia. Gelap dan sunyi. Sungguh aneh pada pemikirannya.

       Namun sedang Azizi fokus dengan pemanduannya, terlihat Azizi sosok seseorang di tepi jalan sedang menahan keretanya.

"Siapa pula tu.....?" Azizi cuba menajamkan pandangannya pada sosok tubuh itu.

Sosok seorang lelaki tua dengan memakai jubah putih dan berketayap putih. Azizi cuba memberhentikan keretanya di hadapan lelaki tua itu. Kemudian cermin kereta disisi penumpang di turunnya untuk memudahkan dia bercakap dengan lelaki tua itu.

"Assalamualaikum pakcik. Dari mana, hendak ke mana....?" Azizi menyoal mesra.

"Waalaikumsalam...., pakcik dari surau depan tu, nak balik ke rumah....." lembut tutur bicara pakcik tua itu membalas pertanyaan Azizi.

"Jadi pakcik berjalan kaki sajalah ni....?" Azizi menyoal lagi.

"Ya nak..., pakcik berjalan kaki sahaja balik ke rumah ni. Lagipun pakcik sudah biasa...." pakcik tua itu membalas mesra soalan yang diajukan Azizi tadi.

"Mari saya hantar pakcik. Sudah malam ni...."
Sempat Azizi  mempelawa pakcik tua itu untuk menghantarnya pulang.

"Rumah pakcik tak jauh dah, dekat je...." pakcik tua itu seakan segan apabila dipelawa Azizi.

KISAH HANTU TIDAK KASAT MATA VOL 2 「 Complete 」Where stories live. Discover now