XXIX

41 6 4
                                    

" mana ada pape! " kata aiden dan segera menolak tubuh chubby itu menjauh darinya.

davina terundur kebelakang . nasib, aiden tidak menolaknya kuat. kalau tak....

"ehm! kita dah sampai eh? " tanya aiden.

" aah... tapikan? betul ke kat sini? bukan kabar angin kata puak omega duduk tempat bersalji ke? ke puak omega guna perlindung majik jugak? " tanya hakan kepada aiden yang melangkah turun.

" ouh, itu bila kita dekat dengan kawasan istana diraja. kalau dekat sini memang tak berapa ada sangat. " jelas aiden.

" memanglah... kau tak nampak tuh? " tanya aiden kembali. sambil menunjuk kesatu arah yang dari jauh nampak keputih putihan.

" hmm? " hakan mengikut telunjuk aiden. namun mata hakan dalam samar samar menangkap beberapa orang berperisai berjalan kearah mereka.

orang orang kesemuanya berambut putih. dan yang membezakan mereka hanyalah rupa paras dan ketinggian mereka.

" eh! ada orang datang sini lah! macam mana diorang tahu kita datang? " tanya hakan kelam kabut.

" entah." balas aiden . dia juga tak tahu, yang dia tunjuk adalah pemandangan salji yang jauh . eh, anak raja nih nampak pulak orang jalan ke sini.

" aku yang bagitahu diorang " kata davina dan keluar dari kereta kudanya.

" macam mana? " tanya hakan. aiden hanya memandang tertanya.

" kau ingat saja saja aku tetapkan masa 3 minggu untuk melawat rakyat alpha? aku dah rancang siap siap untuk datang ke negara omega tepat lepas 3 minggu. " kata davina.

" tapi macam man-" kata aiden terhenti.

" aku tak tahu korang ingat ke tak, tapi. sebelum aku ke negara beta. izumi ada bagi beg pouch ajaib. jadi, aku keluarkan alat perhubungan yang dipanggil te-le-fon. aku komunikasi dgn raja omega lepas bincang dengan raja callisto " jelas davina.

" raja callisto tak bagitahu apa apa pon pasal hal tuh. " kata hakan.

" mungkin kau tak berapa penting dalam rancangan nih untuk dia bagitahu kau. yelah, kau kan antara yang lari buat kerja urus kerajaan. so, tak terkejut lah... " kata aiden selamba lalu menepuk bahu hakan sebelum tersembul sengihan sinis di wajahnya.

sebaik sahaja aiden mengatakan sebegitu riak muka hakan berubah. menjadi, sedih?

" selamat datang Yang Terhormat Davina ke kerajaan omega. saya kapten general aldrich,ini general connall dan general keith. kami mengalukan alukan kedatangan Putera hakan sykes dan Tuan aid-" kata kata mereka terhenti sebaik sahaja anak mata mereka menatap figura aiden yang berdiri disebelah davina.

anak mata mereka menggeletar.
davina tertanya tanya? apa yang membuatkan mereka bereksepresi sebegitu ? itu hanyalah aiden.

hakan. menyenggul aiden dengan sikunya.

barulah lelaki itu perasan bertapa janggal nya situasi itu.

" Raja omega aid-" kata genaral aldrich terpotong pabila aiden menutup cepat mulut general itu. sambil merangkul leher kapten general itu.

" korang jom lah. hahahha "panggil aiden.

' dia tak tahu, jadi, jangan bagitahu. sebelum aku bagitahu. faham! kalau tak aku tolak gaji kau.' bisik aiden mengugut. namun muka yang ditayangkan sungguh mesra.

" hahah jom jalan. " kata aiden. dan berjalan sambil tangannya di leher aldrich.

" hakan, tadi general tuh kata raja omega bila tengok aiden. kau dengar tak? entah entah kan... aid-" kata davina tersekat dipotong hakan.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Where stories live. Discover now