XXVI

46 6 2
                                    

Serigala vald maju tanpa kawalan. dia terus menyerang tanpa henti serigala serigala yang mengerumuninya.

kemudian pada saat ini, niel muncul dan terus mempertahankan vald dari terus diserang.
disebabkan vald hilang kawalan dan kewarasannya , dia tidak mengenali niel dan bertindak menyerang niel dengan bengis.

GRRR !!

vald melompat keatas badan niel dan kuku tajamnya mencengkam belakang badan niel dan membuatkan sahabtnya itu meraung kesakitan.

AWWOOOOO ! !

lolong niel kuat. hanniel yang mahu melindungi rajanya di cederakan oleh vald sendiri. tapi, dia kenal vald. maka, dia tidak menanam dendam kesumat.

disebabkan kesakitan yang dialami niel dia tak mampu bertarung lebih lama. serigala liar yang tidak henti memprovok menyebalkan jiwa niel yang sakit. dah lah tgh sakit boleh pulak serigala bodoh nih nak cari gaduh. ingat lawak ke?!

dan mahu tak mahu, dia perlukan guna kuasanya satu itu. kuasa veto sebagai pure blood alpha. ya, niel adalah keturunan pure blood dan begitu juga vald . mereka berdua adalah keturunan pure blood alpha yang dilupakan kerana kerajaan alpha yang tidak suka keturunan pure blood mengambil alih pemerintahan. di sebabkan itu, keluarga mereka berdua dibunuh dan vald serta niel antara keturunan yang terselamat.

niel menapak dengan kukuh kemudian dia memandang serigala di hadapannya dengan pandangan bengis dan tajam menatap satu persatu anjing busuk dihadapannya.

' aku nak korang berhenti sekarang! atau korang akan terima padahnya ! ' kata niel melalui telepatinya.

serigala dihadapannya menundukkan kepala mereka namun ia seolah olah seperti ada tangannya yang menolak paksa kepala mereka supaya tunduk patuh kepada niel.

ada yang mendengus tidak puas hati dan meringis kesakitan kerana melawan kesan kuasa veto yang dikenakan keatas mereka. untuk seketika , barulah mereka akur dengan kuasa yang niel ada dan menghentikan tingkah laku mereka dari terus menyerang.

' sekarang, pergi halang bos korang dari pergi! kalau korang gagal aku tak akan teragak agak untuk buat jamuan daging korang! PERGI ! jangan sampai diorang terlepas! ' kata telepati niel.

kemudian bagai lipas kudung mereka mencari langkah bos mereka. manakala niel menghadap vald. dia perlu menyedarkan kembali akal waras vald . jika tidak semua nyawa melayang.

mata mereka menatap sesama sendiri. dengusan nafas vald yang kasar seperti memberi amaran kepada niel daripada mendekatinya.

' vald! nih aku! niel ! kau kena sedar kan diri kau! sebelum semuanya terlambat! ' niel .

namun kata niel tidak diambil kesah lalu dia terus menyerang niel . niel yang tiada pilihan perlu menahan serangan vald.

gigi taring vald menerkam leher niel. niel meraung kesakitan kemudian dia menendang vald sekuat hati menjauhi dirinya. vald terundur kebelakang. baran vald memuncak lalu berlari menyerang niel sekali lagi . niel yang tadi telah tercedara telah membiarkan dirinya tidak sedia.

menyebabkan serangan dari vald tidak mampu dia tepis. vald menerpa kearah niel dan kuku tajamnya mengelar muka niel tepat dimatanya.

AWWWOOOO....

lolong niel sekali lagi dengan kuat. niel tercedera parah dia mula terundur disaat vald mendekatinya. mata vald seolah olah kosong . vald bukanlah vald . dihadapan nya adalah serigala buas yang hilang akal.

niel yang semakin lemah bertukar kepada bentuk manusianya. dengan nafas yang tersekat sambil menahan kesakitan yang dialaminya. mukanya dipenuhi dengan darah begitu juga dengan lehernya.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Where stories live. Discover now