X

51 8 2
                                    


" dengar kabar ada orang luar masuk kampung kita?" bisik mereka.

" betullah tuh.. kita kena berwaspada . kalau tak makin kurang kaum kita. kita tak tahu apa niat mereka datang sini. " kata penduduk.

" itullah... sorang gemuk sorang lagi rambut putih. omega kot. hish, tak suka betul bila orang luar masuk kampung kita. rasa tak nyaman!" kata mereka lagi.

davina mengenggam kuat garphu yang berada di tanganya sambil giginya di ketap kuat. kalau boleh nampak , ada asap keluar dari telinga davina geram .

memang orang kampung kuat gosip eh? mana mana dia pergi. ada je yang tak puas hati dengan kehadirannya di situ.
kalau bukan sebab putri bodoh yang makan tumbuhan bodoh tuh. aku pon tak ingin lah datang sini.

dah lah makanan semua sayur je. tak ada daging. menu kat sini, sup sayur . keropok sayur, air pulak air lobak. sayur jugak. beer kat sini pon hasil tapai tumbuhan. haih.. jemu lah...

aiden pandang davina yang sedang makan dihadapannya. dilihat wajah yang penuh geram itu. lalu dia lihat sekumpulan penduduk yang duduk di belakang davina dan asyik menjeling kearah mereka.

lalu aiden menggeleng perlahan. nak ditegur perangai mereka. dia bukan ada kuasa di situ. ini bukan tempatnya.

tiba tiba,

" arrrrghhgjhhjvhjvvh! ! " kedengaran satu suara menjerit dari luar fire inn.

penduduk yang duduk di belakang davina sudah pucat. seperti tahu apa punca jeritan itu kedengaran.

kemudian pintu fire inn terbuka luas seluasnya.

seorang perempuan seperti ibu ,meluru masuk dengan mata yang sudah kebasahan.

" Tolong! tolong! anak saya kena ambik oleh DIA !  " kata si ibu itu.

mereka yang lain buat buat tak dengar akan rayuan itu.

" tolonglah saya! saya sayangkan anak saya! " kata si ibu yang melutut di hadapan seorang lelaki.

" si-siapa suruh kau berada di luar walaupun sudah malam? ini semua salah kau. jadi kau kena terima balasannya ! " kata lelaki itu sedikit gugup. mungkin dia juga takut . makanya dia berkata sebegitu. aiden hanya melihat suasana itu . tanpa terdetik untuk menenangkan si ibu yang anak nya telah dibawa oleh maeve.

tapi, lain pulak riaksi davina. perempuan itu bangun dari meja makan itu dan bergerak kearah si ibu itu.

" kalau kau pengecut, kata sahajalah! tak perlu kau salahkan dia ! bukan membantu ! malah memburukkan keadaan! " bentak davina.

" mana ada aku pengecut! " balas lelaki itu lantang .

" dah tuh? pergi lah cari meave tuh dan ambik balik anak dia. " kata davina.

" ak-ku tak bo-boleh ... " kata lelaki itu kembali.  

" kenapa?" tanya davina.

" sebab nya , siapa yang berani menetang DIA, mereka akan berakhir dengan cara yang sama . iaitu di makan oleh DIA. ini satu satu caranya untuk selamatkan kaum ini dengan membiarkan sahaja siapa yang maeve culik."  kata seorang lelaki lain.

"APA! " kata davina tak percaya apa yang didengari.

" apa yang kami mampu buat? kami bukanlah serigala alpha mahupun beta. kami tak punya kekuatan yang mereka ada . kami hanyalah rusa yang bertahan untuk meneruskan kehidupan yang sedia terancam. " kata lelaki itu.

" tapi.... ini semua tak betul! " bentak davina.

" korang patutnya lakukan segala macam cara untuk lindungi puak nih. bukannya hanya menyerah! " kata davina emosi.

mereka semua terdiam. davina mengetap bibirnya geram. penumbuknya di gengam kuat.

" aku akan cari dia ." kata davina penuh tekad.

mereka semua terkejut dengan pernyataan davina.

" jangan! baik kau berhenti buat semua nih.. atau kau akan mati! " amaran penduduk disitu.

" sekurangnya jika aku mati, aku tak akan mati diingati sebagai pengecut. " balas davina. lalu dia ke meja makannya dan ditarik hoodie di kerusi.

" jom" kata davina penuh tekad. kepada aiden sebelum keluar dari situ.

" okey. " kata aiden lalu mengikuti langkah davina.

🌻🌼🌻

aiden dan Davina berjalan beriringan menyusuri hutan yang gelap . setelah 15 minit baru aiden bercakap.

" kau tahu ke mana maeve tuh bawak Budak tuh ? " tanya aiden

"tahu"balas Davina pendek.

" macam mana?" tanya aiden pelik. kata tak ada kuasa , macam mana dia tahu pulak? tak nampak pulak dia casting mentera tadi?

" apa yang susah, tuh kan nampak jejak kesan ditarik" kata Davina sambil menunjukkan tanah yang ada jejak.

" hmm? " aiden melihat tempat yang mereka berdiri . betul terdapat kesan benda ditarik oleh sesuatu.

" lain kali, study smart , bukannya study hard " kata davina sebelum melangkah lagi meninggalkan aiden yang terkulat kulat.

" sejak bila aku study ? hey! tunggulah!" aiden tertanya sebelum mengejar langkah Davina yang mendahuluinya .

sksksksksk.

bunyi daun daun bergeseran membuatkan davina berhenti melangkah.

" hah? dah kenapa berhenti pulak?" tanya aiden.

davina hanya diam dan matanya meliar ke sekelilingnya.

" aku rasa kita dah sampai. " kata davina.

" dari tadi kau dah sampai . sekarang kau tengah dalam sarang dia. " jawab aiden.

" hah?! " terkejut davina.

" ialah? tak nampak tuh?" kata aidrn sambil menunjukkan kearah longgokkan tulang di suatu tempat.

" berani juga kau sampai masuk sarang dia tanpa strategi." kata aiden seperti memuji.

" mana aku tahu kita dah sampai. kenapa kau tak bagi tahu tadi? " kata davina dengan suara membisik.

" aku ingat kau memang saja. yelah , lawan face to face. " kata aiden.

" tak gunalah kau! " kata davina dengan suara tertahan. air liurnya sudah beberapa kali dia telan.

" kenapa kau berbisik?" tanya aiden.

" aku tak nak benda tuh tahu kita ada kat si-" kata davina terhenti. sebaik sahaja matanya menangkap satu figura.

yang berjalan kearah mereka dengan penuh gemalai. rambut putih menutupi dada dan separuh badannya. tanduk yang bersimpul,
terdapat tanda di muka dan di perutnya , sedikit belang di tangan dan wajah. dua pasang mata yang cantik berkulit pucat .
sungguh cantik dan memukau bagi siapa yang melihatnya.

" nampaknya kita ada tetamu pada hari ini. " kata maeve. davina dan aiden diam.

" orang kampung ke yang hantar korang? tapi, tak pernah pulak aku nampak korang?" tanya maeve.

" siapa pon kami, tak perlu kau tahu. kami cuma nak balik budak yang kau culik tadi. " tegas davina lantang. walaupun kakinya bagaikan mahu tercabut skru.

" hahhahahw! berani nya ? ini maeve! apa yang maeve ambik. tak akan pernah maeve pulangkan . kecuali, mati. " kata maeve.

serentak itu, dia bertukar kepada makhluk yang hodoh dan mengerikan. tanduknya menjadi lebih panjang. mukanya membentuk seekor kambing. rambut putih bertukar hijau lumut yang menyilimuti badannya. tangannya berubah semakin panjang dan kukunya menajam , badanya juga semakin panjang .

" oops... " sepatah kata yang mampu davina tuturkan pada tika itu.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang