V

59 7 1
                                    

Dengan memakai gaun labuh dan menutup kepalanya. dia berjalan riang di situ. sesekala dia berhenti untuk mencuba makanan yang di jual di situ.

emm... boleh tahanlah... tapi kebanyakkannya diorang jual daging mentah . well serigala , of courselah.. jangan aku jadi makanan diorang sudah lah.. tak ckup tanah aku lari dengan badan macam nih.

" mari ! mari ! barang murah ! tapi berkualiti ! mari dekat! " kedengaran seruan suara orang dari tempat lelongan. davina menoleh.

" itu, tempat yang sama aku nampak serigala putih tuh! " kata davina dengan kadar segera dia mendekati pentas yang sudah di kerumuni orang itu.

" ya! mari ! hari ini, hari yang sangat bertuah bagi korang semua. kami akhirnya dapat tangkap seekor dari puak omega . hahhaha !mempersembahkan ! " kata lelaki itu .

kemudian muncul seekor serigala yang di ikat lehernya dengan tali .berbulu putih seputih cahaya bulan purnama dan bulunya kelihatan berkilat dan gebu sangat.

' ouh, ini ke namanya omega? cantiknya dia...' bisik hati davina.

" hahahah! cantik bukan? ini dia ! pure blood omega !  paling rare! yang paling teristimewa! hahahahha! " kata lelaki itu. serigala itu berjalan perlahan dihadapannya.  dengan kaki yang mempunyai kesan calar serta muka nya juga seperti mempunyai titisan darah.

" kesiannya dia. " kata davina yang jatuh kasih.

" heh.. kesian makhluk jijik macam tuh tak perlu rasa kesian! " selar orang yang berada di sebelahnya.

davina mengetap bibirnya geram mendengar tohmahan yang di lemparkan oleh orang itu. tapi untuk berbalas pendapat dia takut mengundang perbalahan besar pula. tambah pula dia berada di tempat yang mejoritinya alpha.

mau mati dia kat situ.

" baik! lelongan bermula! dengan 10 keping gangsa! " laung peniaga itu.

dan bermulalah lelongan. semakin lama harga nya bertambah tinggi dan tinggi.

" 7ribu gangsa! "

" 10 ribu gangsa! " kata seorang lelaki lalu dia memberi pandangan sinis kepada lelaki sebelum itu.

" 20 ribu gangsa! " kata seorang wanita.

" 90 ribu gangsa! " kata lelaki.

" 100 ribu gangsa! " kata lelaki lain.

" 1 ratus ribu gangsa! " kata seorang lelaki yang di sebelah davina.

semua disitu mula membisik kegelisahan sesama sendiri apabila harga yang di letakkan terlalu tinggi. ada yang mula beransur pergi kerana tiada harapan untuk mereka beli.

ada yang sedang mengira wang dia ada. untuk meletakkan harga lagi.

" heh... omega. kau tunggulah apa yang aku akan buat bila aku dapat kau! " kata lelaki disebelah davina dengan penuh yakin omega itu akan jadi hak miliknya malam ini.

' apa aku nak buat nih? aku tak boleh biar laki nih cederakan dia.. ' bisik hati davina dia keresahan .

tiba tiba matanya terpandang tepat memandang mata serigala putih itu. dan mindanya seperti memutarkan sebuah memori.

dia lihat banyak serigala putih berkeliaran. bermain main . bergelak ketawa, bergurau senda . berlatih pertahanan. lalu memori itu membawanya ke sebuah hutan .

berjalan di dalamnya. entah bagaimana dia terpijak satu perangkap yang telah di samarkan di balik daun kering yang berguguran.

dia terangkat dari tanah. dan berada di dalam jaring yang dia tak jumpa jalan keluar. dia meronta ronta di dalamnya.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt