XXXVII

41 4 5
                                    


di satu malam yang tenang keluarga besar iaitu adik beradik aiden bersembang santai

Pada malam itu, mereka semua berkumpul di ruang makan . medan makan itu riuh dengan suara yang bergurau senda dan suara ketawa. Tidak ketinggalan aeonian yang bisu juga turut serta .

beberapa hari lalu , urusan penyatuan bangsa serigala telah selesai dengan jayanya. Dan dengan ini, lengkap lah ketiga buah kerajaan serigala di bawah kuasa besar iaitu Yang Terhormat Davina Lycus.

Maka dengan itu, Davina bercadang untuk bersuka ria sebentar untuk melapangkan dada, dan fikirannya yang kusut selama setahun inih .setelah berpenat lelah merancang segalanya demi kesejahteraan dunia ini dan berperang dengan dirinya yang sukar mempercayai kemampuan diri nya akhirnya dia berjaya.

davina tersenyum gembira melihat mereka semua memenuhi ruang itu.

" hakan, kenapa kakak aku asyik elak dari pandangan kau? apa yang kau buat dengan kak aku? " tanya aiden tiba tiba. semua mata menatap hakan dan aran . aran memandang tajam aiden giginya diketap kuat.

" hmm? mana aku tahu... tanya lah kakak kau sendiri. " balas hakan.

" korang ada hubungan apa apa ke? kenapa macam janggal je. ke kau ada cakap benda yang singgung hati kakak aku? nak kata korang memang macam nih.... sebelum nih okey je." kata aiden yang cuba mengorek hal antara hakan dan aran.

" tak ada! " " mungkin" balas hakan dan aran serentak.

" ha? " giliran adra keliru.

davina memandang hakan dan aran bersilih ganti.

" aiden, biarlah..kita tak payah sibuk. " komen davina yang cuba menyelamatkan suasana dari jadi janggal.

" yang terhormat davina dengan abang aiden bila nak kawin? " tanya ascy entah mana datang nya , tak da angin , tak ada ribut , soalan tersebut meluncur laju dari bibir mungil ascy.

" hah? kahwin? " aiden terkejut dengan soalan serkap jarang adiknya. sekaligus menukar topik .

riaksi davina juga turut terkejut dengan soalan ascy. mana tidaknya . budak umur begitu, menayakan soalan yang serius kepada mereka yang dewasa ini. tapi, dalam masa yang sama davina juga berdebar ingin mendengar kata dari aiden. davina tersipu malu.

" haah.... semua orang tahu yang abang aiden suka yang terhormat . jadi, bila nak kahwin? " kata ascy.

" itu... " aiden hilang kata lalu dia mengaru belakang tengkuk nya tidak gatal.

" eh... tapikan... davina bukan dari dunia nih... bukan dia akan balik ke dunia dia lepas semua selesai? " tanya hakan .

dan kata kata itu seolah menampar muka davina dengan realiti.

" hah! betul ke?! " tanya adra terkejut.

" mengikut ramalan, dia pemimpin yang kita tunggu akan kembali ke dunia setelah selesai. tapi, sejauh mana kebenaran ramalan tuh, aku pon tak tahu. kalau betul davina akan balik ke dunia dia, dia tak boleh nak kahwin dengan aiden. " kata hakan.

mata aiden bergetar setelah mendengar kata hakan. seisi mereka terdiam seribu bahasa. davina terdiam sambil memikirkan sesuatu.

seketika kemudian dia merasakan tangannya digenggam kuat. dan davina memandang kesisinya. aiden mengengam tangan davina dan matanya bertembung dengan anak mata davina.

" davina , kawin dengan aku? " kata aiden tiba tiba. hakan ternganga , aran terkejut, adra menjerit suka bersama ascy , manakala aeonian tetap disitu tidak berkutik.

" tapi, aiden kau tak dengar apa yang hakan kata? " kata davina .

" hakan cuma kata . dia juga tak pasti ia akan jadi betul atau tak. " kata aiden.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن