XX

50 7 3
                                    

PAGI

pagi itu davina ,aiden dan hakan berada di meja makan dan makan sarapan bersama pagi itu. namun , suasana di meja makan itu masih sahaja sunyi . hanya bunyi sudu dan garfu mengisi ruang itu.

pemikiran aiden dan hakan tentu sahaja pada kejadian semalam. teragedi paling memalukan bagi mereka bersama raja alpha vald.

akan tetapi, davina juga senyap tanpa berkata seperti mulutnya di kunci. sesekali tanganya menyuap sup cendawan kemulutnya. dahinya kelihatan berkerut seperti memikirkan sesuatu yang serius.

bang!

bunyi pintu di buka kasar mengejutkan mereka dan serentak itu memandang kearah pintu masuk. lamunan mereka terhenti dan memberikan perhatian kepada manusia mana yang menerobos masuk tanpa adab.

" oh! maaf atas itu. sangaja sebenarnya. heheh " kata izumi sambil tersengih manis.

mereka yang hendak memarahi manusia itu hilang niat sebaik melihat senyuman manis izumi yang memukau .

" ouh, nampaknya kita ada orang baru. boleh tak saya minta semua pembantu keluar? kami akan panggil jika perlukan sesuatu terima kasih. " kata izumi kepada sekalian pembantu di ruang makan itu bersama senyumanya.

tersipu - sipu semua pembantu di situ melihat senyuman izumi yang ikhlas . selepas itu , izumi membuat benteng supaya isi perbualan mereka tidak di dengari orang di luar.

" perkenalkan saya izumi theodore, peramal tua dan archmage kerajaan alpha. dan peramal tua hanya gelaran, saya masih muda. " kata izumi.

" theo! " panggil aiden sambil tersenyum comel di sisi hakan. lalu di melambai kearah theo.

"ahahaha, aiden. masih sama perangai kau. dan kau adalah? " tanya izumi sambil memandang kearah hakan.

" tak payah kenal dia nih. dasar bajingan. " kata aiden dan perangainya automatik berubah bila soal hakan.

hakan memandang tajam aiden dengan pandangan marah. sebelum dia mendengus geram.

" nama saya nale hakan sykes. putra kerajaan beta " kata hakan dengan penuh rasa tinggi.

" ouh, selamat datang ke negara alpha . putra hakan. " kata izumi penuh hormat sambil meletakkan tangannya ke dada kiri dan membongkok sedikit.

" terima kasih. " kata hakan.

" kalau begitu, davina ? dah sedia ke? revolusi yang bakal berlaku?" tanya izumi.

" mengenai itu, ya saya dah sedia . Revolusi ini perlu berlaku untuk keamanan semua pihak. " kata davina.

" baguslah kalau begitu. mahu ceritakan ia sekarang antara rancangannya? " tanya izumi.

davina pandang aiden dan hakan di sisinya.

" walau apa pun rancangannya , kami akan cuba bantu kau davina. " kata aiden.

" ya, jadi percayalah ' kami' " kata hakan dengan muka tak rela menyebut kami.

" oi! kenapa kau buat muka macam tuh hah! nak kena dengan aku ke! " aiden tiba tiba panas.

" apa? mana ada aku buat muka. lagi pun kau panggil aku bajingan tadi aku tak kesah pun kan?  " kata hakan.

" heh, tak kesah konon siapa yang pandang aku macam suruh aku mati tadi? bukan kau ke?" kata aiden.

" now, gentleman. can we proceed davina?" kata izumi sambil tersenyum kearah hakan dan aiden. entah mentera apa yang di baca mereka berdua duduk dengan tenang tanpa bersengketa.

' nampaknya aku kena mintak izumi mentera diamkan dua orang serigala nih.' bisik hati davina.

" okey, rancangan aku. macam nih. untuk permulaan nih, aku akan cuba pujuk vald mengenai benda nih. " kata davina.

" kenapa perlu pujuk dia? " tanya hakan.

" vald , adalah raja alpha yang membenarkan penyeludupan hamba dari golongan kaum lain. dia sebenarnya yang memberi permit untuk membenarkan aktiviti memburu kaum lain . oleh sebab itu aku tak suka dia. " kata davina.

" di-dia punya arahan sebenarnanya?! selama nih aku ingat penduduk alpha yang buat tanpa raja alpha tahu. rupa rupanya! " kata hakan seperti terkilan.

tanpa dia tahu, selama ini dia berpendapat kaum alpha yang bertindak memburu kaum lain atas hasrat mereka . ternyata raja mereka juga yang membenarkan perkara itu berlaku.

hakan mengenggam penumbuknya kuat.

"hampir setiap hari negara beta mengalami kehilangan penduduk akibat perbuatan haram kaum alpha. tak guna betul ! rakyat aku selama ini menderita angkara dia ! kita tak boleh tangguh lagi davina! apa kata kita bunuh saja dia? " kata hakan geram.

" TAK BOLEH " jawab davina sepatah.

" apa! kenapa?kita bunuh dia lepastuh kau ambik alih negara nih. " kata hakan.

" vald adalah antara serigala terkuat dalam negara nih. tiada serigala alpha yang setanding kekuatannya. dan walaupun kita boleh sahaja bunuh dia . tapi, rakyat alpha tak akan duduk diam jika raja mereka di bunuh oleh seorang manusia yang diangkat pemimpin. dahlah manusia, berani dia bunuh seorang alpha. " kata davina.

" betul tuh, bahkan situasi akan tambah buruk kalau macam tuh . akan tambah kacau bilau. alpha akan mencari pemimpin baharu dan pemilihan kuasa akan bermula. kita semua tahu bagaimana bulan pemilihan kuasa baharu. akan banyak pertumpahan darah. " kata aiden.

" jadi, untuk mengurangkan risiko. davina  akan pergi pujuk vald untuk berpihak pada kita . " kata izumi.

" Tapi, aku kena balas balik apa yang dia dah buat pada rakyat aku! aku tak boleh biarkan dia senang lenang tanpa berikan pengajaran setimpal buat dia ! " kata hakan.

izumi yang berdiri di belakang hakan menepuk perlahan bahu lelaki itu.
" aku faham hakan tapi , aku takut tindakan kau hanya mengundang beribu lagi rakyat kau yang akan terkorban. kita tak tahu seberapa gila kaum alpha bila raja mereka tiada . buat masa sekarang tolong tahan amarah dan dendam kau. " kata izumi.

" walaupun aku akan pergi pujuk raja vald. tapi, itu hanya plan A . plan B , jika kita gagal pujuk vald. kita kena sedia untuk perang. " kata davina.

" pe-perang?!" mereka semua membalas serentak. termasuk izumi.

" ehm! apa maksud kau? bukan kau kata kau tak nak ada pertumpahan darah? " kata izumi.

" haah davina! apa yang kau cakap nih melibatkan pihak yang besar kau sedar tak?!" kata aiden pula.

" ye. aku sedar! tapi, apa yang aku rancang nih setalah aku gagal pujuk vald untuk penyatuan kaum serigala . dalam erti kata lain , tujuan kita dah terdedah .dan disebabkan itu, vald mesti rasa terancam lepas aku usulkan benda nih kat dia dan akan cuba bunuh aku atau bunuh kaum lain." kata davina.

" sa-sam-pai macam tuh sekali?" kata hakan terkejut.

" ya, selama aku ada kat alpha kingdom aku tak pernah nampak sisi gelap dia. sisi di mana dia mengamuk , panas baran. dan ada kemungkinan niel pernah nampak. dan sebab itu, setiap kali aku cuba gaduh dengan vald dia berpeluh lecun. " kata davina.

" vald yang kita nampak selalunya adalah seorang yang tak matang , main main , tak serius, berdrama tapi, kita tak pernah tahu apa yang ada di sebalik topeng yang vald pakai di hadapan kita. " kata davina.

" aku pernah dengar yang dia si gila darah. masa aku jalan kat bandara tapi, aku tak tahu kebenaranya. jika betul dia ada sisi gelap sebegitu. kita tak boleh abaikan begitu sahaja. dan rancang davina memang perlu kita laksanakan. " kata izumi.

" kita perlu berperang " kata izumi penuh tekad dan serius.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Where stories live. Discover now