III

91 8 2
                                    

🌻🌼🌻

Setelah mengheret jasad yang separuh bernyawa itu . akhirnya davina sampai di sebuah pintu gerbang .

" hah... penat.. " keluh davina.

" SELAMAT DATANG KE ALPHA KINGDOM. dimana semua serigala alpha berkumpul dan hidup harmoni.di bawah pemerintahan beta, Raja asvaldur" kata vald bangga.

sebaik sahaja kaki mereka melangkah masuk mata davina di sapa oleh banyak serigala yang berdiri di sisi jalan pintu masuk.

mata mereka seperti menunjukkan ancaman kepada davina. tapi kepala mereka tertunduk apabila vald dan niel berjalan di hadapan mereka. seperti terpaksa . mungkin sebab autoriti yang vald dan niel pegang.

vald dengan riang melambai kearah rakyat jelata nya. dan raja muda itu sudah tentunya ada peminat . okey, vald bukannya tua sangat , mungkin umur 26? mungkin lah..

niel, rasanya 27. muka dia macam tua sikit. and ada parut kat bawah dagu. macam kesan gaduh. kira penyangak jugaklah niel sebelum jadi penolong vald mungkin?

ketika vald menikmati kemasyhorannya. davina merasakan bulu romanya meremang memandang mata mata yang memandangnya seperti sedia untuk membaham.

' aku tak sedap! walaupun aku gemok. daging aku tak sedap! ' jerit davina dalam hati .

dah nama nya kingdom. mestilah satu kawasan yang besar. ada anak anak serigala yang sedang bermain kejar mengejar. uuu comel! dan ada beberapa peniaga yang jual daging, pakaian, aksesori, senjata , ubat ubatan . well. bertamdun jugak.

dan kesemua mereka pakai baju! itu yang mengejutkan davina. bagaimana sang raja mereka dengan relaks nya bogel?

ouh ye yang pakai baju nih semua dalam bentuk manusialah.. yang dalam bentuk serigala .. emm.. berbajukan bulu mereka lah!

ada kedai makan lah! wouh! hmm? apa tuh?

mata davina menangkap, beberapa ekor serigala berwarna putih di gari dan juga terdapat serigala yang badannya sedikit kecil dari saiz kesemua serigala disini.
peniaga tersebut seperti membuat lelongan kepada mereka yang berkumpul.

apakah yang berlaku?
mereka jual spesis sesama mereka?

" niel, itu.." baru davina hendak bertanya vald memotong percakapannya.

" aha! disebab kan pemimpin kita sudah sampai . beta ishtiharkan pesta pada hari ini. hahahha! " kata vald bangga dan senang hati.

" hurayy! " sorak rakyatnya.

" dia selalu macam nih ke?" tanya davina kepada niel yang sudah bertukar riaksi .

" haah.. haih lah.. " balas niel diikuti keluhan terseksa.

davina tersengih. itulah kerja penasihat. menasihati raja yang memerintah sesuka hati di waktu gembira.

🌻🌼🌻

sebaik sahaja melangkah ke pengkarangan istana mulutnya ternganga. besar giler istana nih. hiasan di dalamnya yang berwarna kuning jelas menunjukkan kuasa diraja dan kemewahan sebagai seorang yang memegang kekuasaan tertinggi dalam negara.

" silakan duduk . " kata niel.

"wah... lega." ujar davina sebaik punggungnya merebah ke atas sofa.

" pandai juga kau pilih tempat yang mempunyai kuasa penyembuhan yang tinggi untuk muncul." kata vald.

" hmm?" davina tak faham.

" iyalah kan kau muncul kat Aurelia. " kata vald.

" ouh.. jadi nama tempat tuh aurelia. okey." kata davina.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Where stories live. Discover now