II

123 11 2
                                    

Satu cahaya muncul di langit yang cerah.  dan kelihatan ada benda jatuh dari cahaya tersebut .

" arrrrrrrgghjjhghhhghhhghhg! " jerit davina sekuat kuatnya. yup! davina jatuh dari langit.

" tak! tak! aku tak nak mati macam nih! " jerit davina mengarut yang masih berada di atas udara . 

badanya disambut pokok yang.... kau nak agak apa? dah namanya pokok. tak akan lembut pulak? keras lah.

" adui! adui! adui " badannya masih tidak henti jatuh dari satu dahan ke satu dahan.

bam!

punggungnya menyentak tanah. walaupun keras untuk seketika dia rasa lega kerana sudah mendarat.

tapi , belum cukup lagi. tubuhnya yang tak dapat di seimbangkan jatuh bergulingan dari cenuram. yang dia sendiri tidak perasan akan tempat yang serong itu.

" auch! auch! aw! aduiii! sakit! " jerit davina. tika tubuhnya mengena segala macam tumbuhan , batang pokok dan, batu .

akhirnya dia selamat turun dari cenuram dengan tubuhnya dan bukan kedua belah kaki.

dia tergolek di tengah tanah yang rata di bawah rimbunan pokok berdaun unggu yang menaungi tempat itu.

" hah.. hah.. hah.. " tersekat sekat dia menghirup udara setelah jatuh ditimpa tangga. eh bukan jatuh dari langit,pokok, cenuram.

perlahan lahan dia mendudukkan dirinya. seketika otaknya sedang mencerna apa yang terjadi pada dirinya. matanya meliar melihat persekitarannya. kekiri kenan , atas bawah, depan belakang.

" hmm... " davina masih lagi mencerna .

dan setelah 5 minit begitu barulah dia...
" aku kat tempat lain! huh? yeay! aku kat tempat lain! tiada penduduk kampung yang hati busuk dan tak nak basuh. permintaan aku termakbul! oh yeah! " davina bersorak gembira sehingga terlompat lompat dia.

" eh... kejap! bukan aku sakit ke tadi?" davina baru tersedar akan kesakitan yang dirasai sebentar tadi. tapi peliknya dia tak merasakan perih sakit.

dia cuba menekan nekan belakang badannya , perutnya ,mukanya, kaki, tangan dan kepala.

" hmm? tak sakit pon ? " davina tertanya. untuk mengesahkan lagi dia membuat regangan badan .

" 123, leher. 123 kaki. 123 tangan. 123 kepala. woah! memang tak ada rasa sakit lah! hebat nya! tempat nih boleh sembuhkan orang ke?" kata davina  .

bunyi daun kering dipijak kedengaran. davina tersentak dari terus bersuka ria.

" apa benda tuh?" davina berbisik.
kemudian matanya menangkap sosok sebuah serigala besar berbulu hitam putih berjalan kearahnya.

mata serigala itu memandang tajam davina yang sedikit gementar dan takut dengan situasi itu.

" janganlah makan aku! aku tak sedap!" kata davina dengan suara bergetar.

perlahan lahan serigala itu berubah menjadi manusia.
werewolf!

" engkau yang aku cari selama nih... pemimpin kami! " ujar encik serigala itu. tapi davina.

" ararrrghjhhjgghhhhbvhffhh! " davina menjerit terkejut dengan apa yang dilihat. sekor serigala jadian. bertukar di depan matanya.  dan dia B.O.G.E.L.

apa yang kau nak davina? mana dia ada  baju dah nama pon binatang. davina menutup mata dengan tangannya.

haiwan itu sedikit bingung dengan riaksi davina.

" Yang mulia! " panggil seseorang dari belakang dan haiwan yang merupakan yang mulia itu menoleh ke belakang.

" yang mulia kan peramal dah suruh kita pakai baju sebelum sambut dia . " kata sesorang yang seperti penasihat.

" nak buat macam mana aku teruja sangat nak jumpa dia. " kata yang mulia itu. dan dia sibuk memakai baju yang dibawa penasihatnya.

sesiapa yang datang tuh aku cukup berterima kasih untuk tolong yang mulia kau bertamadun sikit. adake jemput tetamu bogel.

" kau boleh buka mata sekarang." kata yang mulia itu.

perlahan lahan davina membuka matanya yang hampir di noda oleh haiwan yang tidak bertamadun di hadapannya.

" maafkan beta atas ketidak sopanan beta. nama Beta Asvaldur. pemerintah puak alpha. kau boleh panggil beta ,vald " kata vald.

" nama patik Hanniel penasihat baginda raja Asvaldur. anda boleh panggil niel. " kata niel sopan.

" jadi? kenapa korang kat sini. " kata davina tanpa adab . yelah, kalau fikir logik diorang nih haiwan aku manusia. jadi , aku lagi tinggi pangkat dari diorang kan?

riak muka niel jelas berubah apabila davina tidak menggunakan bahasa formal pada rajanya.

" kami ingin menjemput kau, iaitu pemimpin kepada pemerintah kerajaan alpha mengikut ramalan peramal tua kerajaan alpha. " kata vald yang agak putar belit.

" pemimpin?" tanya davina kembali.

" ya, " balas niel.

" apa? " davina tak faham.

" mari ikut kami. dalam perjalanan kita ke istana saya akan terangkan" kata niel.

" ok..ey... " balas davina janggal lalu mengikuti bontot mereka.

********

tapi, kenapa diorang jalan laju sangat!

*******

" huh.. hahh.. hahh." nafas davina tercungap cungap dia tertunduk.

" tunggu! tunggu kejap! " laung davina kepada vald dan niel.

mereka menoleh kebelakang.

" kenapa?" tanya vald .

' kenapa kau tanya? raja bodoh! kau kata nak jemput tetamu . tapi pergi ke istana jalan kaki kepala hotak kau! kat dunia aku tetamu diraja selalunya diring kereta kuda. ini, kereta kuda pon tak ada . kaki manusia adalah! ' gumam davina dalam hati. matanya sudah menjeling kearah mereka berdua.

" niel, pergi periksa tetamu kita." kata vald yang 'prihatin'.

" baik yang mulia raja" kata niel lalu dia belari kearah davina.

" anda tidak apa apa? " tanya niel yang ... tak faham situasi davina.

" ki-ta.. kena, ber-ja-lan ke istana ke?" kata davina dengan tersekat sekat.

" sepatutnya kita perlu berlari untuk kembali ke istana . tapi disebabkan anda belum biasa . jadi kami akan iring anda ke istana dengan berjalan . " kata niel yang polos.

" hah! " davina terkejut.

' mati aku' ujar davina dalam hatinya.

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Where stories live. Discover now