SATU

22.1K 59 6
                                    

Dhia Alisa

Melangkah longlai Dhia berjalan ke kamar mandi. Dilucutkan lingerie nya dan di biakan dilantai. Tanpa seurat benang Dhia berdiri menghadap ke dinding. Pancuran air dipasang. Dibiarkan desiran air jatuh ke mukanya. Lama Dhia berkeadaan begitu. Matanya terpejam, namun airmatanya tidak mampu ditahan, mengalir Bersama pancuran air yang hinggap di wajah ayunya.

Sesudah selesai dia membersihkan diri, badan dikeringkan, rambut disisir rapi. Dengan mengenakan blaus kuning berserta skirt labuh kelabu, sentuhan dandanan yang nipis, Dhia meninggalkan kamar tidur untuk keluar ke butiknya.

Pintu apartment mewah, ehsan bapanya dikunci dan dia terus ke lift untuk menuju ke tingkat bawah. Sesampai di lobby, sudah sedia menunggu SUV hitam menantinya. Melungsur laju kenderaan tersebut selesai Dhia menutup pintu. Tanpa ada komunikasi, pemandu tersebut terus menghantar Dhia ke destinasi sesuai rutin hariannya.

...............................................................................................................

Dzikir Adrian

Selesai solat Subuh, Dzikir ke beranda rumah untuk melakukan senaman ringan. Diregangkan ototnya. Sesekali dia mempraktikan buah-buah silat sebagai ingatan semasa dia berguru di persatuan silat semasa di Universiti dahulu. Pada asalnya hanyalah mengisi kokurikulumnya sahaja, tetapi silat menjadi minatnya sehingga beliau menjadi johan dalam Sukan Antara Universiti, malah menjadi wakil dan johan bagi peringkat Negeri.

Selesai bersenam, dengan hanya berseluar Panjang linen tanpa berbaju, Dzikir ke dapur untuk bersarapan. Hanya Jus buah oren yang dibeli dipasar raya berserta tiga keping roti menjadi alas perutnya. Begitulah hari-hari sebagai lelaki bujang.

Dia terus bersiap. Disarungkan jeans hitam, berserta t-shirt hitam. Rambut yang Panjang paras bahu itu dirapikan dan di ikat kebelakang. Disarungkan blazer hitam sebagai penambah gaya. Berpuas hati dengan penampilannya, dicapai kunci kereta dan terus meluncur ke destinasi.

Sesampai di Kawasan apartment mewah, beliau terus meletakkan kereta di lobby utama dan menunggu. Dilihat jam tangannya, baru menunjukkan Jam 8.30 pagi. Rutin hariannya perlu mengambil majikannya setiap hari tepat jam 8.45 pagi.

Ya, majikannya itu adalah Dhia Alisa. Dhia tidak pernah lambat keluar dari lobby walaupun seminit setiap hari. Antara Dhia dan Dzikir, tidak pernah ada komunikasi terus. Jadual Harian Dhia akan di kemaskini melalui aplikasi di telefon yang di hubungkan juga ke telefon dzikir. Segala aktiviti Dhia memerlukan dzikir untuk mengambil dan menghantarnya kemana yang dicatitkan.

Begitulah aktiviti Dzikir dari hari kehari sesuai permintaan Dhia kepada bapanya. Baru tiga bulan Dzikir ditugaskan untuk menghantar dan mengambil Dhia setiap hari. Sebelum ini, Dzikir adalah pembantu peribadi Dato'Radzi, iaitu bapa Dhia. Dato'Radzi perasan akan perubahan anaknya. Dhia mengalami mild depression. Dato'Razi meminta Dhia tinggal bersamanya dan isteri. Namun ditolak mentah-mentah oleh Dhia. Oleh itu, Dato' Radzi mengenakan syarat supaya dia di jaga oleh sorang pembantu peribadi. Dari situ Dzikir menawarkan diri untuk menggalas tugas tersebut.

Sepanjang perjalanan dari apartment Dhia ke Butiknya yang mengambil masa 20 Minit, Dhia hanya termenung ke luar tingkap. Dzikir mengerling Dhia menerusi cermin pandang belakang kereta beliau. 'bengkak mata dia? Kenapa?'getus hatinya. Tidak sampai hati diam ahu betanya. Lagipun dia tidak pernah berbual dengan majikannya itu.

Sesampainya dibutik, Dhia terus keluar menuju ke dalam butik. Setelah memastikan Dhia Selamat masuk ke butiknya, Dzikir terus beredar. 'kenapa mata Alis bengkak? Dia menangis ke semalam? Apa yang jadi?' bertalu-talu pertanyaan sianggah di otaknya.

"'Kring, kring", telefonnya berbunyi. "hello... Baik, saya on the way.."Telefon dimatikan dan terus memacu keretanya laju.

.................................................................................................................

"kring, Kring"..

"Ässalamualaikum anak Papa"

"Waalaikumsalam"

"Eh? Kenap suara Dhia serak?"

"Batuk sikit rasanya, nanti Dhia makan ubat baik la.."

"baik lah kalau begitu. Dhia sudah fikir cadangan papa kelmarin?"

"Dhia tak minat la Papa. Dhia selesa dengan apa yang Dhia buat sekarang. Lagipun ini bidang yang Dhia suka"

"Hmm.. ikut Dhia lah. Yang penting Dhia happy"

Dato' Radzi mematikan perbualan mereka. Bukan niatnya untuk memaksa Dhia bekerja dengannya. Tetapi kerisauannya dengan perangai Dhia kebalakangan ini membuatkan dia mengutarakan cadangan tersebut. Dia tau yang Dhia mempunyai bakat dalam mereka pakaian. Dhia juga agak terkenal dalam industry fesyen. Nama jenama baju Dhia sentiasa menjadi pilihan gadis-gadis remaja dan dewasa.

"Tok, tok, tok", Pintu bilik Dato'Radzi diketuk.

"Masuk", kelibat Dzikir memasuki ruang pejabatnya.

"How are you Dzikir? Dah breakfast?" Sapa Dato'.

"Fine Dato'. Dah tadi sebelum keluar Rumah"

"Dzikir, awak selesa ke kerja macam ni? Awak tahukan tahap awak bukan seperti ni?"

"Saya tahu Dato', saya selesa dengan kerja saya. Lagipun ini salah satu cara saya membalas budi Dato'. Dato' dah jaga family saya lepas arwah ayah saya pergi. Dato' jaga kebajikan kami. Dato' sekolahkan saya dan adik-adik sampai peringkat tertinggi. Begitu banyak jasa Dato'."

"Dzikir, itu adalah tanggung jawab saya. Itu janji saya pada Arwah ayah kamu. Kami kawan baik dari kecil. Kami dating dari kampung ke Kuala Lumpur sama-sama untuk mengubah nasib keluarga. Hasilnya, syarikat ini berdiri teguh sehingga kini. Ini pun syarikat kamu juga. Saya perlukan kamu untuk mengambil alih syarikat ini selepas Dhia menolak."

"Maaf Dato', belum masanya. Saya perlu menimba pengalaman dahulu. Biarlah saya menguruskan café kecil say aitu dulu sehingga maju sambil menjaga Dhia."

"Hai, kamu berdua ni memang Degil."

Tersenyum Dzikir mendengar keluhan Dato'Radzi. Baginya, dia belum bersedia menggalas tugas yang begitu besar. Biarlah orang yang berpengalaman seperti Dato' Radzi menerajui syarikat itu.

"Saya harap Dato' boleh terus merahsiakan latar belakang saya. Saya belum bersedia."

"Baik lah, saya faham"

Selepas pertemuan Bersama Dato' Radzi, Dzikir terus ke café nya untuk meninjau keadaan. Fikirannya melayang mengenangkan tingkah Dhia yang murung. 'hai, kenapa la aku fikirkan sangat. Dia pun bukan pandang aku pun' getus hatinya.

Dzikir membelek jadual Dhia untuk hari ini. 'New Update? Sejak bila Alis pernah buat last minute update?' Dzikir memeriksa teliti jadual itu. Membulat matanya. 'Night Club?'

................................................................................................................................................

Hai. Baru berjinak-jinak dalam penulisan. Harap Vote sebagai tanda support. Thanks!!

Dhia AlisaWhere stories live. Discover now