TUJUH BELAS

7.2K 64 2
                                    

Pensil diasah tajam, lakaran susuk tubuh wanita dicoret diatas kertas A4 putih. Ditambah dengan lakaran baju yang mengikut betuk tubuh sang pemakai ditambah beberapa aksesori dibahagian leher. Kini perlu diperhalusi lagi dibahagian kaki.

Kertas A4 itu di ronyok dan dilemparkan ke belakang. Berpuluh-pulunh ronyokan kertas bersepah diatas lantai. Dhia yang kehilangan mood hanya duduk bersila. Dia bersandar di dinding sambil matanya terpejam. Kepalanya aga berserabut mengenangkan kejadian petang tadi yang menggagu emosinya. Air matanya mengalir dipipi dengan tidak semena-mena.

***************************************

Dhia berjalan di Pavilion menuju ke TWG untuk berjumpa rakannya yang juga seorang perancang majlis. Mereka berbincang mengenai majlis pernikahan dia dan Dzikir yang aan berlangsung tidak lama lagi. Dzikir tidak menyertai mereka kerana berada di Australia kerana menghadiri mesyuarat bersama rakan pelaburan yang lain.

Dhia berbencang mengenai konsep dan aturan majlis. Dia tidak mahu majlisnya berlebihan mewah, cukup sekadar menjadi memori terindah antara mereka berdua. Dhia agak teliti dalam memilih konsep dan busana yang bakal dipakainya. Dari jenis makanan, jumlah tetamu dan cederahati, Dhia berbincang dengan penuh ketelitian.

Selesai berbincang, Dhia keluar dari restaurant itu dan berjalan melawati butik-butik yang berada disekitar Pavilion. Dia berhenti dehadapan buti Hacket. Sehelai jacket yang ditayangkan menarik perhatian Dhia.

"Ni kalau abang Dzikir pakai, mesti sesuai."

Dhia masuk kedalam buti tersebut untuk bertanyakan saiz. Kegembiraan terpancar kewajah Dhia apabila saiz yang dicari tersedia diatas tangan. Dhia menyerahan kepada jurujual untuk dibungkus kedalam beg. Kredit akd dihulur untuk membuat pembayaran. Apabila transaksi berjaya, kad dihulurkan kembali oleh jurujual. Beg yang berisi jacket itu diserahkan ke tangan Dhia. Dhia berjalan keriangan keluar dari butik itu.

"Hai Sayang, beli hadiah untuk I ke?

Dhia menoleh kearah suara tersebut, namun dia memalingkan kembali wajahnya dan cuba untuk beredar. Namun pantas tangan empunya suara itu memegang lengan Dhia dan menghalang dia terus pergi.

"Where are you going Sayang? You tak rindu I ke?"

"Stop it Ramzan! I don't want to see you face any more! Could you just leave me alone?!"

Agak lantang suara Dhia ketika itu, namun Ramzan tidak memperdulikannya. Senyuman sinis terukir diwajahnya apabila melihat Dhia meronta untuk melepaskan diri.

"Encik, tolong lepaskan tangan majikan saya." Zaki muncul dibelakang Ramzan sambil memegang bahunya. Zaki memang sedari tadi mengekori kemana arah tuju Dhia, namun dia tidak berdamping dengan Dhia agar gadis itu tidak berasa terkongkong.

"Mind of your business!" Ramzan tidak memperdulikan permintaan Zaki.

"Saya ulang lagi sekali Encik. Lepaskan tangan Majikan saya."

Ramzan tetap tidak memperdulikanamaran Zaki, Dia lebih terhibur melihat Dhia tergeliat kekiri dan kekanan berusaha untuk melepaskan diri. Zaki hilang sabar, dia menarik badan Ramzan mengahadapnya, dengan serta merta tangan Ramzan terlepas menggenggam lengan Dhia. Ramzan tidak berpuas hati, buku lima digenggam dan menghalakan penumbuknya laju ke muka Zaki, namun ketangkasan Zaki jauh lebih pantas darinya, satu tumbukan tepat mengena peryt Ramzan membuatkan dia senak dan sukar bernafas. Ramzan tertunduk menhan kesakitan. Zaki mendapatkan Dhia dan meninggalkan Ramzan yang dalam kesakitan.

"Sial!! Dhia, kau jangan ingat kau akan terlepas!! SIALL!!

**************************************

Dhia AlisaWhere stories live. Discover now