LAPAN BELAS

10.6K 123 7
                                    

P/S: Contained mature content.

Selesai Dzikir membersihkan diri. Pagi ini merupakan hari terakhir mesyuarat bersama pelabur-pelabur Taming Sari Corporation. Dzikir keluar dari bilik mandi hanya bertuala. Dhia sudah tiada di atas katil. Sepasang sut biru sudah disediakan Dhia diatas katil beserta kemeja putih untuk Dzikir memakainya. Dzikir menyarungkan pakaian itu ke tubuhnya, Rambut disisir rapi. Paco Rabanne 1 million disembur ke tubuh agar dirinya sentiasa berbau harum.

Dzikir melangkah keluar dari bilik menuju ke ruangan bawah. Terlihat Dhia sibuk menyediakan sarapan pagi untuk Dzikir mengalas perut sebelum memulakan hari. French Toast scramble egg dan baked beans sudah terhidang diatas meja makan. Satu cawan kopi dan satu cawan fresh orange diapit kiri dan kanan.

"Abang, breakfast?"

"Oh Alis, Abang betul-betul rindukan layanan Alis."

"Ala, Abang. Nothing special pon."

"Tak sabar pula nak kahwin. Haha. Eh, Alis tak makan sekali?"

"Tak la bang, Alis nak sambung tidur kejap lagi. Jet lag hilang lagi. Hihi."

"Oh, Alis tak perlu buat semua ni kalau Alis penat."

"Its ok Abang, saja nak manjakan Abang. Biar Abang ingat Alis selalu. Hihi."

"I'm always thinking of you my Dear."

"Aww, so sweet. Dah, cepat makan. Nanti lambat."

Dzikir menghabiskan makanannya sambil diperhatikan Dhia. Ya, Dhia sering mengutamakan Dzikir. Jika Dzikir bersamanya, segala keperluan Dzikir akan menjadi keutamaan. Selesai makan, Dhia Dzikir bangun dan mahu mengemaskan diri. Dhia membantu Dzikir menyarungkan Coat birunya. Tali leher Dzikir di kemaskan. Dzikir hanya tersenyum dengan layanan yang diterimanya. Dzikir merangkul pinggang Dhia dan berjalan ke pintu hadapan. Sepasang Gucci GG plaque hitam beserta stokin sedia untuk disarung. Dzikir menyarungkan kasut itu dan bangun. Dhia menghulurkan tangan untuk bersalam. Tangan Dzikir Dicium. Dzikir membalas dengan mencium dahi Dhia. Dzikir memegang dagu Dhia dan menarik keatas membuatkan Dhia sedikit mendongak. Dzikir mengucup bibir Dhia. Dzikir memainkan bibirnya dengan menyedut bibir bibir Dhia. Perlahan Dhia menjarakkan diri dan mengucup pipi Dzikir.

"Dah Abang, nanti Abang tak pergi kerja kalau Alis biarkan. Hihi."

"Thanks for everything Sayang."

Dzikir melepaskan pelukannya dan keluar menuju ke kereta. Setelah Enjin dipanaskan, Gear R diletakkan untuk mengundurkan Keretanya. Dhia yang setia berdiri di muka pintu melambai tangannya kearah Dzikir. Dzikir membalas lambaian itu dan memandu meninggalkan Dhia. Dzikir memandu ke arah Ritz-Carlton, tempatnya bermesyuarat sepanjang dua minggu di Perth.

Senarai Pelabur Taming Sari Corporation saban hari semakin ramai, Dzikir mencadangkan kepada penganjur untuk dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diadakan 3 sesi agar dia dapat lebih mendekati para pelabur dan meyakinkan akan strategi perniagaannya yang dirombak perlahan selepas dia mengambil tampuk pimpinan syarikat itu.

Projek yang bakal dilaksanakan adalah di dubai, Sebuah Hotel mewah 90 tingkat yang dilengkapi pelbagai kemudahan serba moden. Projek ini adalah projek sulung yang diterima Dzikir selepas menjadi CEO Taming Sari. 3 projek lagi di Malaysia diterima selepas memenangi tender keluaran badan kerajaan. Namun, projek di dubai lebih menjadi keutamaan kerana ia memakan modal berbilion Dollar Amerika dan Dzikir mahu bukan sahaja syarikatnya sahaja yang terlibat, dia mahu syarikat-syarikat bumiputera yang lain juga terlibat sama agar hasilnya nanti bakal dinikmati bersama.

Sebagai permulaan Dzikir mengarahkan bahagian procurement syarikat untuk membuka tender mencari pembekal-pembekal bahan mentah yang bertapak di Malaysia. Para pelabur bersetuju untuk memberi peluang kepada para pembekal di Malaysia untuk mengembangkan perniagaan mereka pada tahap antarabangsa. Pemilihan pembekal haruslah dilakukan dengan teliti kerana tiada kesilapan akan dibenarkan. Dzikir sendiri akan memantau apabila proses pemilihan pembekal dibuka kelak. Segala kertas kerja perlu ditapis olehnya dahulu sebelum ditentukan oleh Lembaga pengarah.

Dhia AlisaWhere stories live. Discover now