SEMBILAN

12.2K 58 2
                                    




"No, I can't forget this evening
Or your face as you were leaving
But I guess that's just the way the story goes
You always smile, but in your eyes
Your sorrow shows
Yes, it shows"

********************************************************

Perjalanan ke Alor Setar dari Pulau Pinang hanya Suara radio yang bergema memenuhi ruangan SUV hitam Dzikir. Keletihan dek Fashion Show yang Dhia sertai membuatkan dia tertidur di kerusi penumpang. SUV hitam it uterus meluncuri lebuh raya melewati Jambatan Pulau Pinang dan terus menuju ke kampung Dzikir.

Ketika berlangsungnya acara tersebut, salah seorang peragawati Dhia mengalami kemalangan menyebabkan Nadia memaksa Dhia untuk menggantikan peragawati tersebut, Ternyata keputusan Nadia tersebut adalah tepat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ketika berlangsungnya acara tersebut, salah seorang peragawati Dhia mengalami kemalangan menyebabkan Nadia memaksa Dhia untuk menggantikan peragawati tersebut, Ternyata keputusan Nadia tersebut adalah tepat. Keayuan wajah Dhia terpancar berseri apabila berjalan diatas pentas. Dengan Long Dress yang dikenakan bersama high hill hitam, Dhia berjalan bersahaja tanpa mengikut protocol sebagai peragawati. Dhia jalan bersahaja diatas pentas sambil mengukirkan senyuman kepada penonton. Ternyata Dhia menjadi tumpuan utama pada acara itu.

Dzikir tersenyum melihat Dhia dari kerusi penonton. Sesekali Dhia memandang wajah Dzikir dan mengenyit sebelah matanya. Berpuluh Lensa kamera dihalakan kearah Dhia. Kebanyakan wartawan dari majalah tempatan dan antarabangsa yang terkenal.

Dalam Gamatnya ruang acara yang tertumpu kearah Dhia, Dzikir perasan kelibat seorang lelaki yang duduk di barisan kedua bahagian VIP

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam Gamatnya ruang acara yang tertumpu kearah Dhia, Dzikir perasan kelibat seorang lelaki yang duduk di barisan kedua bahagian VIP.

"Ramzan". Perlahan nama itu terkeluar dari bibir Dzikir.

Lelaki yang pernah berteman bersama Dhia sewaktu Dzikir menuntut di Universiti Malaya muncul dihadapan matanya. Lelaki ini lah yang menjadi penyebab kukuh Dzikir membawa diri ke luar negara kerana tidak sanggup melihat lelaki lain bersama Dhia.

Ramzan adalah seorang anak tokoh politik yang terkenal. Kehidupannya sebagai seorang buaya darat amat sukar dihidu. Kebanyakan mangsanya tidak berani membuka mulut kerana takut akan ancamannya. Dhia salah seorang daripada mangsanya. Pada mulanya Dzikir tidak begitu mengenali Ramzan kerana tingkahnya yang licik. Dia hanya mengenali Ramzan dari Nadia. Dari situ Dzikir menyiasat latar belakang Ramzan.

Dhia AlisaWhere stories live. Discover now