SEBELAS

10.4K 80 0
                                    




Malam itu, selesai menunaikan solat isya', Dzikir bersiap untuk keluar makan malam. Dia mengajak semua untuk keluar makan malam di restoren oleh kerana semua keletihan melayan tetamu. Mereka keluar dengan dua buah kereta. Pasangan Pengantin baru menaiki kereta Paksu dan Maksu, manakala Nenek dan Dhia menaiki kereta Dzikir. Dhia memimpin tangan Nenek untuk duduk dihadapan, manakala dia duduk di bahagian penumpang belakang sebagai tanda hormat.

Mereka bertolak mencari kedai makan. Pada mulanya Dzikir mahu membawa mereka semua ke Big Galleys Café, tetapi Nenek mencadangkan mereka hanya makan digerai kerana tidak biasa. Nenek memilih untuk makan di gerai Kuey Tiaw yang terkenal di Alor Setar. Mereka berborak mesra sambal menikmati hidangan yang di pesan. Ternyata keluarga Dzikir sudah selesa dengan kehadiran Dhia. Sikap Dhia yang ringan tulang dan ramah dan mudah mesra membuat kan ahli keluarganya selesa.

Sesudah selesai makan malam, mereka pulang kerumah nenek. Jam menunjukkan pukul 11 malam, semua sudah masuk kedalam bilik masing-masing. Dhia masuk kedalam bilik Anis. Dia melucutkan semua pakaiannya termasuk pakaian dalamnya. Dhia menyarungkan gaun malamnya dan berbaring diatas katil sambal bermain telefon bimbitnya.

'Tok! Tok!'

Pintu bilik diketuk, selang beberapa saat, pemegang pintu dipulas. Anis masuk kedalam bilik itu dalam wajah yang kerisauan.

"Kenapa Anis?"

"Takut la Kak Dhia. Anis belum pernah berdua-duaan dengan lelaki sebelum ni."

Melihat Anis yang sedikit risau, Dhia duduk disebelah Anis untuk menenangkannya.

"Tenang Anis, Now Amar is your husband. Now you should be with him."

"Anis takda pengalaman Kak, Anis tak tau nak buat apa."

"Ok macam ni. Anis masuk dalam bilik tu, just be yourself. Ikut je rentak Amar. Layan apa yang dia nak. Amar lelaki yang baik, dan mesti dia seorang suami yang baik. You should be fine."

"Baik lah kak Dhia, Anis faham. Anis masuk bilik sekarang."

"Wait Anis. Nah ni hadiah pengantin untuk Anis."

"Wow, sampai dua hadiah."

"Buka kotak yang tu dulu."

Anis membuka kotak yang kecil saiz envelope.

"Wah, Flight tiket ke Krabi."

"Yes, hotel semua dah booked. Abang Dzikir sponsor half, Kak Dhia Half."

"Thanks Kak Dhia. Now this box."

"Wait, yang ni Anis buka dalam bilik nanti."

"Kenapa?"

"Hihi, surprise."

"Baiklah kak Dhia, Anis masuk bilik dulu. Good Night Kak Dhia."

"Good Night Anis. Enjoy the moment." Dhia mengenyitkan matanya.

Merah muka Anis diusik sebegitu. Setelah Anis beredar, Dhia menutup lampu bilik dan baring diatas katil. Dhia cuba memejamkan matanya, dia cuba golek ke kiri dan kekanan, matanya masih tidak boleh ditutup. Dia bangun Kembali. Jam di telefon dilihat, menunjukkann jam 12 malam. Dia membuka pintu bilik perlahan dan menutupkan Kembali perlahan. DIa membuka pintu bilik Dzikir tanpa mengetuk, perlahan dia menutupkan kembali.

Terlihat Dzikir yang baring mengiring berselimut tanpa berbaju sedang menutup mata. Dhia perlahan mendekati Dzikir dan menarik selimut. Dia masuk kedalam selimut dan baring di lengan Dzikir. Tangan kiri Dzikir ditarik agar memeluk pinggangnya.

"Hai Sayang."

"Eh Abang, Sorry Abang, Alis tak boleh tidur."

"Mesti rindukan Abang kan?"

Dhia AlisaWhere stories live. Discover now