Dua Belas

9.2K 58 3
                                    

'Macam mana la boleh tinggal cincin ni dekat motor'. Dzikir mengomel sendiri.

Dzikir melangkah ke lokasi ditinggalkkan Dhia setelah beg kecilnya diambil dari raga motor. Kepalanya ditoleh kekiri dan kekanan mencari kelibat Dhia.

"Alis..!" Jerit Dzikir apabila kkelibat Dhia masih tidak dijumpai. Semakin berdebar degupan jantung Dzikir apabila kelibat Dhia masih tidak dilihat. Kaki Dihayun laju langkah mencari Dhia. Dari berjalan sehingga berlari. Sehingga dia menjumpai sekujur tubuh yang tertiarap di tanah. Darah berlumuran dikepala.

"Ya Allah!! ALIS!!"

***************************************************************

"Waris Dhia Alisa, Sila ke kaunter jururawat." Panggilan seorang jururawat kepada para pelawat yang duduk di bangku menunggu.

"Saya penjaga Dhia Alisa" Dzikir memperkenalkan diri kepada jururawat tersebut. Dibelakang Dzikir, Nenek, Paksu dan Maksu yang turut mahu tahu perkembangan Dhia.

"Alhamdulillah Dhia setabil, luka di kepalanya tidak serius. Kami dah siap dengan rawatan. Encik boleh bawa pulang Cik Dhia."

"Alhamdulillah...." Mereka memanjatkan syukur ke hadrat Illahi.

"Encik boleh ambil dokumen ini bawa ke kaunte pembayaran, selepas itu boleh ke kaunter ubat untuk mengambil ubat. Terima kasih."

"Terima kasih Nurse. Nenek dan Maksu boleh masuk tengok Dhia dulu, Dzikir setelkan bill dulu."

Nenek dan Maksu masuk kedalam bilik rawatan untuk mendapatkan Dhia. Manakala Paksu mengikuti Dzikir untuk ke kaunter pembayaran. Nenek menitiskan air mata melihat keadaan Dhia. Dhia yang masih berbaring menggagahkan diri untuk bangun mendapatkan Nenek.

"Dhia jangan bangun dulu." Tegah Maksu.

"Its okay Maksu, Dhia tak ada apa-apa. Nenek Jangan Nagis okay." Dhia memeluk erat Wanita tua itu untuk menenangkannya.

Beberapa Ketika Kelibat Anis dan Amar masuk ke dalam.

"Kak Dhia, Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni"

"Entah lah Anis, Kak Dhia tak ingat, mungkin akak terjatuh agaknya." Dhia cuba menyembunyikan cerita sebenar dari pengetahuan dari semua.

"Sayang.." Dzikir memanggil Dhia sebaik sahaja bilik dibuka.

"Sayang okay tak ni, nak abang call Dato'?"

"No need Abang, Alis okay je ni."

"ooo.. Abang.. Sayang....." Anis sengaja menyakat Dhia dan Dzikir.

"Ermm, dah boleh buat kenduri lagi sekali la ni Mak.." tambah Maksu.

Dhia dan Dzikir hanya terdiam. Merah muka mereka menahan malu. Mereka hilang kawalan kerana Dzikir terlalu cemas.

"Err, Bill semua dah setel, jom kita balik." Dzikir cuba menukar topik dengan mengajak semua pulang ke rumah nenek.

Malam itu semua berhimpun di ruang tamu. Tertanya-tanya apa yang sebenarnya menimpa Dhia. Tidak mungkin hanya terjatuh, kepalanya berdarah sebegitu. Lagi pula tiada kesan hentakan ditanah.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Pak Mat Bersama cucunya Amira dating kerumah Nenek.

"Pak Mat, jemput masuk Pak Mat." Jemput Dzikir.

"Aku dengar Dhia masuk hospital tadi."

"Dhia dah keluar Pak Mat" Tu ada baring dekat Sofa."

"

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.
Dhia AlisaOnde histórias criam vida. Descubra agora