LIMA BELAS

7.2K 76 2
                                    

Minggu ini merupakan minggu yang sibuk, dari segi persiapan untuk kenduri di rumah Amar, dan persiapan untuk Dzikir melapor diri. Di bilik Dzikir sudah menimbun fail-fail yang dipintanya dari setiausaha syarikat sebagai persediaannya untuk melapor diri. Dhia pula sedang sibuk menguruskan keluaran rekaan-rekaan terbarunya. Sudah dua hari mereka tidak meluangkan masa bersama. Mereka bertemu hanya sewaktu pergi dan balik kerja sahaja.

Hari ini, Dzikir merasakan mereka perlu meluangkan masa bersama. Dzikir mencadangkan mereka meninggalkan butik Dhia awal. Dhia bersetuju. Mereka bersiar di dalam pusat membeli belah bersama. Mereka berjalan berpimpin tangan sambil mata melihat pelbagai barangan yang dipamerkan oleh peniaga-peniaga di mall tersebut. Sedang mereka berjalan, sepasang mata memerhatikan pergerakan mereka dari jauh. Perasaan cemburu membuak-buak melihat kemesraan dua merpati sejoli itu. Sepasang mata itu hanya mampu memerhati dari jauh. Tanpa perancangan yang lengkap, tidak mungkin dia mampu menembusi tembok kebal yang sudah dibina kukuh oleh Dzikir.

Pasangan itu keluar dari pusat membeli belah tersebut meninggalkan sepasang mata yang tidak mempunyai keberanian mengganggu keintiman mereka berdua. Dzikir dan Dhia keluar dari pusat membeli belah tersebut. Dzikir memulakan pemanduan tanpa memberitahu destinasi mereka selepas ini.

Dalam perjalanan, Dhia banyak berkongsi cerita tentang rekaan-rekaan terbarunya. Dia juga banyak bertanyakan pendapat dari Dzikir. Walaupun bukan bidang kepakaran Dzikir, tetapi Dzikir banyak memberikan input yang berguna untuk Dhia. Dhia tersenyum riang kerana idea-idea fresh yang Dzikir hamparkan boleh diguna pakai bagi mereka pakaian untuk lelaki.

Sedang rancak berbual, Dhia memandang ke persekitaran.

"Abang, kita nak pergi mana ni?"

"Kita pergi rumah Abang la."

"Rumah yang mana? Bukan Anis duduk rumah Abang ke?"

"I mean rumah Paksu dan Maksu."

"Oh. Alis hampir terlupa, Minggu ni kenduri belah Amar kan?"

"Tu la, sibuk memanjang. Kan dah lupa."

"Kenapa Abang tak cakap awal-awal kita nak pergi sini, boleh beli buah tangan untuk Paksu dan Maksu."

"Tak Payah buah tangan Alis. Abang ada surprise untuk Alis."

"Surprise?"

"haha.. Sabar ye sayang."

Kereta Dzikir tiba di halaman rumah Paksu. Dzikir memakir di garaj seperti kebiasaannya.

"Tu, Surprise Alis ada dekat depan pintu sana"

"NENEK!!"

Alis meluru keluar untuk mendapatkan nenek yang sudah menunggu di depan pintu. Dzikir hanya tersenyum melihat keletah Dhia yang begitu manja dengan neneknya. Dhia berlari dan terus memeluk tubuh nenek. Nenek membalas pelukannya dan mencium pipi Dhia melepas rindu.

"Nenek bila sampai?"

"Baru je Dhia. Nenek datang dengan Pak Mat."

"kenapa Abang tak bagi tau!!" Dhia mencebik mukanya kearah Dzikir.

"Kan Abang bagi tahu tadi, Surprise." Balas Dzikir.

"Amboi nenek, dapat cucu baru, cucu lama nenek lupakan." Sampuk anis yang baru keluar dari rumah.

"Tak la, Semua Nenek sayang. Dah jom masuk dulu, dah nak masuk waktu maghrib."

Mereka masuk kedalam rumah dan bertegur sapa dengan saudara mara yang lain. Pak Mat bersama Isterinya Mak Limah duduk di ruang tamu sambil berbual bersama Paksu. Amar pula baru pulang dari kedai membawa barang basah yang di pesan oleh Anis sebentar tadi. Anis mahu memasak pada malam itu untuk menjamu saudara maranya yang baru datang dari kampung. Dhia begitu teruja untuk membantu Anis memasak pada malm itu.

Dhia AlisaWhere stories live. Discover now