ENAM BELAS

7.4K 77 1
                                    

Anis Dan Amar berjalan seiringan berbusana melayu unggu diapit oleh dua kanak-anak yang memegang kayu yang dihiasi bunga mangar. Di belakang mereka, sana saudara mengiringi perarakan bersama paluan kompang dari kumpulan kampung yang didiami keluarga Amar.

Majlis sambut menantu yang diadakan keluarga Amar agak meriah. 5 buah khemeh didirikan bagi menampung jumlah tetamu yang hadir memeriahkan lagi suasana. Pelbagai jenis lauk dihidang bagi menjamu tetamu yang datang. Sepasang pengantin itu naik duduk diatas pelamin yang datang. Tepung tawar menandakan restu ahli keluarga dilaukan mengiut istiadat tradisi. Walaupun ia bertentangan dengan agama, ia hanyalah simbolik kemesraan dan penerimaan keluarga terhadap ahlinya yang baru.

Ahli keluarga Anis duduk di meja makan yang disediakan khas untuk keluarga pihak pengantin perempuan. Kemesraan dibina antara kedua belah pihak pengantin sebagai lambang penyatuan kedua keluarga. Mereka bertukar cerita dan bergaul mesra untuk mengenali antara satu sama lain.

Apabila selesai upacara menepung tawar, edua mempelai bangun dari kerusi pelamin dan mengambil tempat di meja makan bagi upacara makan beradab. Pelbagai lauk pauk dihidang diatas meja makan. kedua ahli keluarga makan bersama mengeratkan lagi hubungan diantara mereka. Majlis ini bertambah seri dengan kehadiran Dato' Radzi yang Anis menganggapnya sebagai Ayah angkat dia dan Dzikir. Dato' Radzi tersenyum melihat kebahgiaan Anis yang berjaya dikecapinya. Sungguh sikap dan perwatakan Anis saling ta tumpah sama dengan sikap Arwah rakan baiknya.

Dato' Radzi, Nenek, Paksu dan Maksu makan disebelah pengantin. Manakala Dzikir, Dhia dan ahli keluarga yang lain duduk di meja tetamu. Ahli keluarga Anis semua hadir kecuali keluarga Pak Long. Mungkin masih marah atau malu dengan tindakan Dzikir tempoh hari terhadap keluarganya.

Setelah majlis selesai, mereka pulang kerumah Paksu untuk berehat. Dato' Radzi dan Dhia pulang bersama untuk membuat persiapan kunjungan keluarga Dzikir untuk merisiknya pada keesokan hari. Dzikir seperti tidak menyangka detik ini akan terjadi dalam hidupnya. Dia yang pada awalnya tidak mampu untuk berhadapan dengan gadis pujaan hatinya, kini semakin hampir memilikinya. Walapun hanya majlis merisik, keterujaannya seperti majlis perkahwinan. Cincin pusaka arwah ibunya dihulur kepada Nenek sebagai cincin tanda.

****************************************************

Keesokan hari, Dzikir bersama ahli keluarganya bertandang ke rumah Dato' Radzi seperti yang dijanjikan. Ahli keluarga Dhia diwakili oleh Pak Karim, iaitu Driver yang sudah lama berkhidmat dengan keluarganya sebagai Driver peribadi Dato'. Pak karim juga telah dianggap sebagai ahli keluarganya. Dato' Radzi merupakan anak yatim yang tiada ahli keluarga. Hanya adik beradik Arwah Ibu Dhia yang hadir memeriahkan lagi suasana.

Keluarga Dzikir pula di wakili oleh Paksu. Perbincangan dua keluarga ini pada mulanya hanya untuk merisik, Dato' Radzi mencadangkan mereka terus mengikatkan pertunangan pada hari yang sama memandangkan Dzikir telah menyarungkan sebentuk cincin berlian ke jari manis Dhia sebelum upacara merisik berlangsung. Mereka bersetuju memandangkan ahli keluarga terdekat juga sudah menghadiri majlis pada hari itu. Dato' Radzi memang menitik beratkan soal Masa. Dia tidak mahu membuang masa ahli keluarga yang lain untuk menghadiri majlis pertunangan pula. Alangkah baik dia mengambil kesempatan pada hari yang sama untuk mengikat tali pertunangan anak perempuannya.

Nenek menyarungkan cincin kejari manis Dhia sebagai simbolik gadis itu menjadi tunangan Cucundanya yang dikasihi. Dhia menyalami tangan nenek dan memeluk tubuh wanita itu dengan penuh kasih dan sayang. Dato' Radzi telah meempah makanan dari katering bagi menjamu semua tetamu yang ada. Tarikh pernikahan ditetapkan selepas enam bulan dari tarikh hari itu. Cukup untuk mereka berdua mempersiapkan diri masing-masing.

Siapa sangka, hubungan antara seorang Driver merangkap pengawal peribadi dan majikannya akan berakhir di jinjang pelamin. Walaupun perjalanan mereka masih berbaki enam bulan sebelum sah menjadi pasangan suami isteri.

Dhia AlisaWhere stories live. Discover now