TIGA BELAS

7.9K 59 0
                                    

'Kring! Kring!'

Suara telefon menganggu lena Dhia. Dhia mencapai telefonnya di meja sisi katil. Tertera nama Ramzan di telefon.

"Hai Sayang. Tidur lagi ke?"

"Yes, baru bangun, semalam tidur lambat buat assignment."

"Harini kita keluar date nak?"

"Pukul berapa?"

"I ambil you pukul 5 petang. Nanti I dah on the way, I message."

"Ok, nanti I tunggu."

" Bye Sayang."

"Bye."

Telefon dimatikan. Hati Dhia berasa sesuatu yang buruk akan berlau. Tetapi dia malas hendakk turutkan. Dibiarkan saja perasaannya. Radio dipasang bagi menghilangan kesunyian.

Put your head on my shoulder
Hold me in your arms, baby
Squeeze me oh-so-tight
Show me that you love me too

Put your lips next to mine, dear
Won't you kiss me once, baby?
Just a kiss goodnight, maybe
You and I will fall in love

Nyanyian Paul Anka memenuhi ruang bilik Dhia Ketika itu. Dhia merenung tepat ke atas siling. Dia memikkirkan apa sebenarnya perasaan dia terhadap Ramzan. Dhia sememangnya tidak pernah cintakan Ramzan. Ramzan seorang yang paling Popular di kolej. Anak wakil rakyat yang ternama itu sentiasa menjadi buah mulut gadis-gadis genit di kolej. Pertemuannya dengan Ramzan diaturkan rakan sekuliahnya. Pada mulanya Dhia tidak mahu melayan, tetapi desakan rakan-rakannya membuatkan dia memberi sedikit ruang kepada Ramzan.

Ucapan sayang yang diberiakn Ramzan tidak pernah dibalas. Dhia hanya bereaksi biasa. Hanya dua kali mereka keluar Bersama, sudah menjadi bualan hangat di kolej. Manakan tidak, Gadis yang paling cantik berpacaran dengan jejaka paling tampan di mata penghuni kolej merupakan topik hangat perbualan. Dhia yang tidak pernah menidakkan berita itu mengukuhkan lagi dakwaan mereka.

Hari ini Ramzan akan mengajaknya keluar, Dhia rasa ini adalah masa yang sesuai untuk menceritakan isi hatinya yang tidak pernah menyintai Ramzan. Bagi Dhia, lebih baik berterus terang, tidak sampai hati membiarkan Ramzan hanyut dengan perasaanya itu.

Petang itu Dhia bersiap sebelum Ramzan datang untuk menjemputnya, Skirt jeans pendek disarungkan di punggung. Backless Halter hitam yang di tutupi jacket jeans disarungkan di tubuh. Sepasang but hitam disarungkan di kaki. Setelah puas dengan penampilannya, Dhia keluar untuk mendapatkan Ramzan yang telah menunggunya di luar.

Sebuah kereta BMW Z4 hitam telah menunggunya di hadapan gate rumah sewanya. Dhia membuka pintu, senyuman diberikan dan terus melabuhkan punggungnya di kerusi penumpang.

"Wow Dhia, you are so damn sexy."

"Biasa saja"

"No, this is not ordinary."

"So, where are we going?"

" Kita pergi town, have some diner, than kita hang-out dengan kawan-kawan kita."

"Ok then."

Kereta sport itu keluar dari perkarangan taman perumahan yang Dhi menyewa bersama empat lagi rakan kolejnya. Ramzan membawanya bersiar-siar sebelum masuk waktu makan malam. Ramzan memandu memasuki ruang valet parking Pavilion. Setelah kunci diberikan ke jockey, mereka memasuki pusat membeli belah mewah itu. Restoren 'D Empire' menjadi pilihan Ramzan pada hari itu. Dhia mengikut sahaja rancangan Ramzan. Meja yang telah ditempah Ramzan awal tadi dihuni mereka berdua.

Mereka berdua memesan steak sebagai menu santapan. Setelah selesai menjamu selera, Dhia mahu mengatur bicara memulakan luahan perasaan hatinya yang sebenar terhadap Ramzan.

Dhia AlisaWhere stories live. Discover now