BAB 38

14.5K 603 89
                                    

8 bulan kemudian

Aileen berjalan menuruni tangga dengan penuh berhati-hati, walaupun Darren sudah melarangnya keluar dari bilik dia tetap berdegil ingin keluar juga.

"Ehem ehem, bukankah aku suruh kau duduk dalam bilik je ke?? Ni asal gatal keluar jugak??" Darren memandang ke arah Aileen, pandangannya seperti seekor helang menjumpai mangsanya hahahaha.

Aileen sedikit terkejut dengan teguran itu, dia mengusap dadanya perlahan. Dia ingat Darren sudah keluar tetapi sangkaannya meleset. Get ready kena marah.

"Asal lah kau degil sangat" Darren menggeleng kepalanya

"Bosanlah asyik berkurung je, awak bukan tahu apa-apa pun, 24 jam menghadap laptop tu je" jawab Aileen

"Aku kerja sebab nak jaga kau lah, banyak cakap pulak kau ni, pergi duduk diam-diam sana" Darren menyambung membuat kerjanya, kebelakangan dia amat sibuk sampai tiada masa untuk berehat.

Aileen sedikit terasa dengan kata-kata Darren "aku kerja sebab nak jaga kau lah" kebelakangan ni dia betul-betul sensitif, mudah terasa walaupun kata-kata itu seperti gurauan tetapi baginya itu bukan gurauan.

Perutnya yang memboyot itu dia mengusap perlahan-lahan, hanya menunggu hari sahaja. "Anak ibu buat apa tu??" Aileen senyum, dia merasa ada tendangan kecil dari dalam mungkin itu respon bayinya.

Darren memandang Aileen dari jauh, bibirnya mengukir senyuman yang jarang dia tonjolkan. Pejam celik pejam celik dia sudah ingin menjadi seorang ayah. Bagaikan mimpi tapi itulah realiti.

"Auchhh"

"Kau kenapa???" Soal Darren yang sedikit risau

Aileen mengerutkan dahinya sambil memegang perutnya yang tiba-tiba sakit.

Tiba-tiba ade satu cecair yang mengalir keluar dari celah kangkangnya.

"Kenapa lah time macam ni dia nak keluar.. macam takde hari lain je" bebel Darren sambil mengangkat Aileen

Aileen mencengkam lengan Darren, sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu.

Darren letak Aileen perlahan-lahan di dalam kereta, barang-barang Aileen memang tak sempat dia ambil. Sekarang ni barang-barang tu tak penting, yang pentingnya nyawa isteri dan anak dia.

"S-sakit"

Jelas kelihatan di wajah Darren yang dia sangat-sangat risau. Darren memecut keretanya laju pergi ke hospital.

"Sabar, aku nak call Edward" Darren mengambil telefonnya yang berada di dalam poket seluarnya.

Darren mendail nombor Edward

"Ha ada apa call aku petang-petang ni?? Ada masalah ke apa??" Soal Edward sebaik sahaja menjawab panggilan Darren

"Tolong aku ambik barang-barang Aileen jap.. aku otw pergi hospital"

"Buat apa pergi hospital?? Aileen sakit???" Soal Edward lagi

"Dia nak beranak lah babi" geram Darren dengan pertanyaan Edward tu, boleh pulak dia tanya kenapa pergi hospital. Sabor je lah

"What!!! Okay kau tunggu, aku pergi ambik barang-barang dia, anak buah aku dah nak keluar wuuuuu"

Darren menamatkan panggilan telefon itu, Edward tak ubah seperti seekor monyet. Pening kepala dia.

Darren memegang tangan Aileen, dia tidak mahu kehilangan orang yang dia sayang, cukuplah apa yang sudah berlaku pada hidupnya sebelum ini. Dia tidak mahu sejarah berulang lagi.

Kereta Darren berhenti di hadapan unit kecemasan, sebaik sahaja dia keluar dari kereta, beberapa jururawat meluru ke arahnya dengan membawa kerusi roda.

Darren letak Aileen perlahan-lahan di kerusi roda itu. "Stay strong, I know you're strong" bisiknya perlahan di telinga Aileen.

"Tunggu saya" ucapan terakhir Aileen sebelum masuk ke dalam wad bersalin

Darren meraut wajahnya, tipu lah kalau dia tidak risau. Dahlah ini anak pertama dia, dia berharap sangat yang kedua-duanya selamat.

-💘-

Sudah 2 jam berlalu tetapi tiada apa-apa berita pun. Tiba-tiba seseorang menepuk bahunya.

"Aku tahu kau risau tapi sekurang-kurangnya kau makan lah jugak, ni aku beli roti dengan kopi, oh ya kejap lagi Dani sampai"

"Sokay, aku tak lapar pun.. nanti aku lapar aku makanlah, kau sorang je ke??" Soal Darren

"Aku datang berdua" Edward sengih

"Pandai kau sorok eh" Darren tersenyum nipis

"Sorry lah, haritu macam tak kena masa nak kenalkan and now aku rasa better aku bagitahu" jawab Edward sambil menarik lengan perempuan di belakangnya

"So apa nama kau??" Soal Darren

Tak berkelip mata perempuan itu apabila melihat Darren di hadapannya.

"Kawal sikit muka tu, tu laki orang" tegur Edward

Perempuan itu tersenyum malu, dia bukan sengaja pun. Kalau perempuan lain pun mesti reaksi sama macam dia.

"Nama saya Najihah Ummirah" jawabnya

Darren mengangguk, matanya memandang ke arah jam. Dah nak dekat 3 jam dah nih kenapa takde apa-apa berita lagi ni.

Klak!!

Semua mata memandang ke arah pintu yang terbuka itu. Darren terus meluru ke arah doktor itu "macam mana dengan isteri dan anak saya??" Soal Darren

"Alhamdulillah isteri encik selamat melahirkan bayi lelaki" Jawab doktor perempuan itu sambil tersenyum

"How about my wife??"

"Isteri encik..........."














Bersambung
















Sad ending??
Happy ending??

Apa yang dah terjadi pada Aileen???
Nantikan bab seterusnya

Saya rasa tinggal 2 bab je lagi, tak sure 😅

Apa-apapun jangan lupa vote ye and jangan lupa komen , byeeeee

DARREN ZAVIER [ C ]Onde histórias criam vida. Descubra agora