BAB 4

15.9K 792 7
                                    

Selesai je diorang makan, Darren terus memandang ke arah Puan Mariam dgn Aileen sambil berpeluk tubuh.

"Kalau aku bagi kerja nih, aku harap korang kerja elok ii lah ye"

"Baik, tapi kerja apa???" Soal Aileen

"Ermm.. mak kau boleh jadi maid rumah aku, just cooking and kemas ii apa yg patut. Selama mak kau jadi maid kat sana korang boleh tinggal dkt situ. Lepastu ada syarat.

"Syarat apa???"

Puan Mariam berasa bersyukur kerana dia mendapat kerja ini, dia tidak kisah dia kerja apa, dia sudah bersyukur. Dia tidak sangka Darren begitu baik pada mereka. Dahlah bagi tempat diorang berteduh.

"Nanti aku bagitahu. Kerja kau pulak, kau boleh kan jadi tea lady dkt office aku???"

"Boleh ii"

Aileen tersenyum gembira, nasib baik dia pandai membuat air. Dia gembira bila melihat ibunya gembira. Walaupun ini pertama kali dia kerja, dia akan cuba yg terbaik.

"Sebelum tu boleh bagitahu nama"

"Mariam boleh panggil makcik Mariam je" Puan Mariam senyum

"Aileen Sophia boleh panggil Aileen or Leen je"

Sebenarnya Darren sudah tahu nama Aileen tapi dia saja mahu tanya, macam mana dia tahu??? Tadi kan budak tu bagi results dkt dia, dia sempat lah tengok nama si Aileen tuh.

"Tunggu sini kejap aku nak ambik kereta"

Puan Mariam dgn Aileen mengangguk kepala. Darren bangun, dia jalan keluar dari cafe. Kereta dia tidak jauh sangat, dkt je dgn cafe tuh. Sebelum dia keluar dari cafe, dia sempat pergi ke kaunter pembayaran untuk bayar makanan diorang tadi.

"Ibu.. Aileen tak sangka lah dia tuh baik tapi ada lah garang ii sikit" Aileen sengih

"Ibu pun tak sangka masih ada insan yg ingin menolong kita ni"

"Tapi kan handsome kan dia tuh"

Aileen tersengih, puan Mariam sudah menggeleng kepala. Dia harap sangat nanti Aileen tak cakap apa-apa dkt Darren tuh, mulut Aileen tuh cakap pakai lepas je. Nanti tak pasal-pasal kena pecat.

Darren menurunkan cermin kereta, dia menekan hon. Puan Mariam dgn Aileen memandang ke arah kereta tersebut, Aileen tak boleh mengawal reaksinya. Serius lah naik kereta BMW tuh, dahlah dia tak pernah naik kereta mewah macam tuh.

"Aileen jangan jakun sangat" tegur Puan Mariam

"Sorry ii bu"

Diorang berdua keluar dari cafe, Puan Mariam sudah membuka pintu kereta tapi si Aileen teragak-agak nak masuk.

"Aileen kamu duduk depan ye"

"Ermm.. okay"

Puan Mariam masuk ke dlm kereta. Aileen membuka pintu depan, dia pandang Darren. Darren pandang Aileen dia memberi isyarat suruh masuk. Aileen yg tidak faham apa maksud Darren, Darren menahan sabar.

"Kau nak masuk ke tak???" Soal Darren

"Err... Sorry"

Aileen masuk ke dlm kereta. Kereta Darren membelahi jalan raya, Aileen dgn Puan Mariam tidak biasa, Darren pandu kereta laju weh siapa yg tak takut.

Darren perasan akan itu, dia hanya buat biasa sahaja. Semakin laju dia pandu adalah, Darren mana ada perasaan sebab itu lah dia tidak rasa apa-apa bila memandu dgn laju, dia sudah terbiasa.

Darren memarkir keretanya di garaj. Aileen terlopong melihat rumah Darren, gila rumah mamat nih. Besar nak mampus dohhh, takkan jadi CEO dah boleh beli rumah sebesar nih.

Darren tidak tinggal disini, dia tinggal di kondo. Lagipun dia taknak musuhnya tahu yg ada perempuan tinggal dengannya, sebab itu dia menghantar Puan Mariam dgn Aileen di rumah yg jauh dari kawasan perumahan yg lain. Kawasan rumah ni memang sunyi, semuanya dikelilingi oleh hutan.

Darren tidak terlalu risau kerana anak buahnya ada yg menjaga di kawasan ni. Darren keluar dari kereta, Aileen memandang ibunya keluar.

"Ibu ni, tak tunggu dah Aileen" kata Aileen sorang-sorang, maklumlah dia sorang dlm kereta tuh. Aileen keluar dari kereta dgn muka masam.

"Yg kamu tu dah kenapa???" Soal Puan Mariam

"Ibu lah tinggal Aileen dlm kereta tu"

"Ibu tunggu je dkt luar ni kan" Puan Mariam menggeleng kepala

"Dah ii.. cepat masuk aku nak bagitahu syarat nih"

Aileen dgn Puan Mariam mengambil begnya lalu jalan masuk ke dlm rumah. Darren duduk dkt sofa, menunggu Puan Mariam dgn Aileen.

"Duduk lah"

"Okay"

Puan Mariam dgn Aileen duduk di sofa. Kini muka Darren sudah berubah, sekarang dia serius. Puan Mariam dgn Aileen pulak berasa takut.

"Syarat pertama, jangan naik tingkat 3 atas sekali tuh. Syarat kedua, jangan masuk bilik yg ada tanda NO ENTRY. Faham???" Soal Darren sedikit tegas

Puan Mariam dgn Aileen mengangguk kepala, Aileen tidak menyangka yg Darren tu terlalu garang macam singa. Itu membuatkan dia takut untuk bekerja dgn Darren.

"Bilik korang tingkat satu dkt tepi tangga je, ada dua bilik"

"Terima kasih"

"Hmm"

Darren bangun dari sofa dia jalan keluar dari rumah, dia perlu balik ke kondo dia. Lagipun sekarang sudah lewat sudah jam 6 lebih.

Aileen pandang saja kepergian Darren, Aileen pelik ni rumah Darren kenapa mamat tu perlu pergi pulak. Sedangkan ni rumah dia sendiri, pelik betul.

"Aileen kamu fikir apa???" Soal Puan Mariam

"Aileen cuma pelik je, bukankah ni rumah dia ke and kenapa dia perlu pergi???"

"Tuan tinggal di kondo, tuan balik dkt sini pun jarang-jarang sahaja" 

Aileen mencari suara yg menyampuk itu tapi dia tidak jumpa. Puan Mariam mencubit lengan Aileen, Aileen mengaduh sakit.

"Kamu nih, tu dia kat sana tuh" kata Puan Mariam sambil menunjuk ke arah lelaki yg berdiri dkt tangga

"Mana lah Aileen nampak" Aileen mencebik bibirnya

"Nama aku Dani, aku PA si Darren aka hati beku tuh"

Aileen menahan gelak, hati beku ke hati batu. Aileen yg tidak dapat menahan gelak akhirnya terhambur jugak.

"Lawak eh???" Soal Dani

"Hati beku ke hati batu???" Soal Aileen yg masih ketawa

"Eh"

Dani menggaru kepalanya yang tidak gatal, dia tersalah cakap rupanya. Buat malu je, eh buat apa malu aku kan jenis tak tahu malu. Dani sengih.



















Okay guys ada watak baru

Watak baru

-NUR MAISARAH AKA MAI
-SYED DANISH ARSYAD AKA DANI

INI WATAK BARU YE, KALAU ADA WATAK LAIN DKT NEXT CHAPTER NANTI SAYA BAGITAHU

Nanti saya update lagi 😊

Sorry kalau ada typo

DARREN ZAVIER [ C ]Where stories live. Discover now