BAB 23

13.5K 593 39
                                    

Aileen memandang anak buah Darren berdiri di depan pagar. Tak lenguh ke kaki dia setiap hari berdiri depan pagar nih???

"Encik.. tak lenguh ke berdiri dari pagi sampai tengahari nih???" Soal Aileen

Tak ada respon

"Encik??? Hello??? Dengar ke tak???" Aileen memuncungkan bibirnya, kena palau guys.

Aileen jalan masuk dlm rumah. Menyesal dia tegur anak buah Darren tuh, tak apa lah fikir positif je lah yang dia pekak.

Alang-alang Darren tak ada dkt rumah nih, baik dia cari tahu siapa suami dia tuh. Tunggu Darren bagitahu, sampai bila-bila dia tak akan tahu.

Aileen jalan pergi ke tingkat atas sekali. Sampai sahaja di tingkat atas, Aileen terpandang sebuah bilik dihadapannya.

"Bilik apa ni ye??? Seram sejuk pulak bila dkt atas nih" Aileen cuba membuka pintu bilik itu tetapi pintu itu berkunci

"Berkunci lah pulak.. mana dia letak kunci tu eh" Aileen membuka laci meja di tepi bilik itu tapi di laci itu tiada apa-apa

Aileen tidak berputus asa, dia tetap mencari kunci itu tapi usahanya sia-sia sahaja kerana dia tidak menjumpai kunci itu.

Mata Aileen terpandang satu lagi bilik di lorong yang gelap. Kalau Darren tahu dia dah ceroboh kawasan larangan nih agak-agak Darren marah tak???

Dia jalan perlahan-lahan pergi ke bilik itu. Dia mencari suis di lorong itu tapi tidak ada. Aileen sudah berada dihadapan bilik itu.

Tangannya terketar-ketar mahu buka. Fikirannya sudah memikirkan hal yang bukan-bukan. Dia membuka pintu bilik itu perlahan-lahan, pintu itu tidak berkunci.

Dlm bilik itu gelap tiada satu pun cahaya. Aileen terbau sesuatu yang tidak menyenangkan.

"Bau apa nih??? Busuknya.." Aileen menutup hidungnya

Aileen membuka suis lampu dlm bilik itu. Alangkah terkejutnya dia bila ternampak sekujur tubuh yang tidak bernyawa di atas lantai. Bilik itu pulak ada banyak senjata-senjata yang tajam.  Cepat-cepat dia menutup pintu bilik itu.

"Astagfirullahaladzim.. apa yang aku tengok tadi???" Aileen mengurut dadanya perlahan

"Who are you Darren???" Ketakutan mula menguasai diri Aileen 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Balik sahaja dari kerja Darren terus masuk ke dlm rumah, yang dia pelik harini rumah dia sunyi je. Selalunya kalau dia balik Aileen ada dkt ruang tamu tuh tapi ni macam tak ada orang.

"Aileen kau dkt mana???" Panggil Darren

Darren pergi ke dapur

Tak ada orang

Darren pergi ke bilik Aileen, dia mengetuk pintu bilik itu tapi Aileen tidak menyahut.

Dia membuka pintu bilik Aileen. Kisah apa dia.. nak kata dia ceroboh ke apa bilik bini dia jugak. Dia membuka almari baju Aileen. Semua pakaian Aileen ada je. Nak kata lari rumah takkan kot sebab baju semua ada.

Darren diam seketika, otak dia tengah proses

"Takkan lah dia pergi.......... oh Shit"

Darren keluar dari bilik Aileen. Dia terus pergi ke tingkat atas, tempat yang dia melarang Aileen masuk.

Sampai sahaja tingkat atas Darren terus mencari Aileen.

DARREN ZAVIER [ C ]Where stories live. Discover now