BAB 30

14.6K 614 14
                                    

Keesokan paginya, Darren tersedar dari tidurnya. Dia memandang di sebelahnya alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan dia dgn Aileen.

Oh no!!!

Dia sudah sentuh Aileen.. dia memegang kepalanya yang sedikit pening. Dia cuba ingat kembali apa yang telah berlaku semalam tapi sia-sia sahaja sebab dia tak ingat.

"Apa aku dah buat ni???" Darren mengusutkan rambutnya

Tanpa membuang masa Darren terus bangun lalu mengambil bajunya di lantai. Dia berlalu masuk ke dalam bilik air.

Aku langgar perjanjian aku sendiri yang aku tak akan menyentuh Aileen tapi malam tadi aku tak sengaja. Darren memandang dirinya di cermin dalam bilik air.

Bodoh kau Darren!!!

Prak!!

Berkecai cermin akibat tumbukan dari Darren. Tangannya yang luka dia tidak hiraukan. Sakit?? Dia tidak kenal erti sakit.

Malas mahu fikirkan lagi pasal kejadian itu, dia terus membersihkan diri.

~~~~~~~~~~~~~

Sebaik sahaja tersedar dari tidur, Aileen terus memandang di sebelahnya tapi kosong. Kemanakah Darren???

Aileen terdengar bunyi pancutan air di dalam bilik air mungkin Darren sedang mandi.

Dia bangun perlahan-lahan tetapi terasa sakit dicelah kangkangnya membuatkan dia terjatuh.

"Kau kenapa???"

Kedengaran suatu suara dari arah bilik air

"Terjatuh" jawab Aileen

"Lain kali hati-hati.. dah meh aku tolong" serba salah pula kalau tinggal Aileen sebegitu.

Darren mengangkat Aileen lalu membawa Aileen ke bilik air.

"Kau mandi.. aku nak keluar kejap, sorry pasal semalam aku tak sedar" lepas sahaja berkata begitu kepada Aileen, aku terus keluar dari bilik air.

Aileen memandang kepergian Darren. Tak sedar??? Mesti kerja Jessica. Aileen menggeleng kepala membuang kata-kata jahat itu. Dia taknak menuduh siapa-siapa.

"Zavier!!! You nak keluar ke???" Soal Jessica yang ternampak Darren keluar dari bilik

"Hmm.. kalau aku nak keluar ada masalah dengan kau???" Soal Darren

Jessica terdiam, tidak pernah Darren berkata begitu kepadanya atau dia sudah tahu yang aku letak ubat perangsang dlm air dia????

Darren yang memandang Jessica seolah-oleh tidak akan menjawab soalan dia itu terus pergi. Tunggu Jessica jawab sampai keesok aku tak keluar.

~~~~~~~~~~~~~~~

BAM!!!

Berkecai kepala burung itu akibat terkena tembakan oleh Dani. Dah macam tak ada benda lain nak tembak. Burung yang tak bersalah pula yang kena.

"Kau memang tak ada benda lain ke nak tembak??? Burung yang tak tahu apa-apa pun boleh kena tempias" kata Edward sambil mengacau kopi panas dihadapannya.

Sekarang ini diorang berada di tempat "kerja" diorang sebab itu lah Dani berani bermain dengan pistolnya itu.

"Aku tertembak.. jangan kecam aku ehek btw Darren jadi ke tak nak datang??? Janji jam 9 ni dah jam 10 lebih.. janji melayu macam tu lah" Dani mengambil tempat disebelah Edward

DARREN ZAVIER [ C ]Where stories live. Discover now