BAB 15

14.8K 668 105
                                    

Semua persiapan sudah siap. Hari yang dinantikan akan berlangsung esok. Aileen berdebar.. harini last dia single eh. Esok dah jadi bini orang.

Malam ni malam berinai. Aileen tengok tangannya penuh dengan inai. Corak inai tu simple sahaja tapi cantik. Dia tersenyum melihat tangannya.

Kalau ibu dia masih ada mesti ibu dia happy. Aileen tersenyum kelat, dia rindu pada ibunya. Sepatutnya ibu dia kena ada tapi ajal maut di tangan tuhan, Aileen redha je. Dia sudah menerima ibunya pergi.

"Makcik.. agak-agak berapa lama inai ni kering ye???" Tanya Aileen

"Kena tunggu 45 minit.. kenapa?? Dah ngantuk ke?? Tunggu lah kejap.. tak lama pun nanti kering tuh"

Aileen mengangguk. Matanya sudah memberat tetapi ditahan jua. Lagipun sekarang sudah jam 11 malam. Esok kena bangun awal pagi lagi.

"Makcik.. saya tak boleh tahan lah, kalau saya tidur dulu tak apa ke??? Saya tengok inai ni pun macam dah nak kering"

"Iyalah.. pergilah tidur, esok kamu kena bangun awal"

Aileen senyum, dia berjalan pergi ke biliknya. Katilnya sudah memanggil, boleh jugak dia tidur.

Masuk sahaja dalam bilik, Aileen terus merebahkan diri atas katil. Dia sudah tidak kisah dgn inai ditangannya itu. Inai tu pun hampir kering, Aileen memejamkan matanya. Akhirnya dia dibuai mimpi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Kawan kita nih dah nak kahwin dah.. haritu si Edward bagi cadangan bukan main lagi tolak" kata Dani

Edward menahan gelak

"Diam lah kau.. aku kahwin dgn dia pun demi keselamatan dia bukan aku cintakan dia.. faham???" Darren menjeling Dani

"Alah.. nanti lama-lama terjatuh hati pulak" Dani mengusik Darren

"Nanti jangan lupa bagi aku anak buah cute ii and handsome ii macam uncle dia nih" Dani ketawa bila Edward berkata begitu. Anak buah??? Dia baru je nak cakap tapi si Edward dah sebut.

"Kaki kau nak???" Soal Darren sedikit bengang

"Taknak.. kitorang tak makan kaki, kitorang makan nasi lauk apa eh??? Weh Edward lauk apa???"

"Lauk ayam, ikan, sotong, udang, ketam dan sebagainya" Dani dgn Edward ketawa

"Gila" itu sahaja keluar dari mulut Darren

Edward dgn Dani masih ketawa. Best betul dapat kenakan si Darren tu. Darren keluar dari bilik di tingkat 3 itu. Lebih baik dia tidur daripada layan monyet dua ekor tuh. Esok dia pun kena bangun awal. Mampukah dia menjadi suami yang baik???

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Skip [ keesokan paginya ]

Aileen sudah bangun, awal-awal lagi dia dah bangun. Dia mahu solat subuh terlebih dahulu sebelum dia pergi sarapan. Akad nikah jam 10 pagi, harap-harap sempat lah dia nak bersiap.

Siap sahaja menunaikan solat subuh, Aileen keluar dari bilik. Dia mahu mengisi perut terlebih dahulu sebelum dia bersiap-siap. Nanti dah siap takleh nak makan.

Aileen senyum ke arah Darren. Tak sangka Darren bangun awal harini, selalunya lewat itupun kalau dia tak pergi kerja lah.

DARREN ZAVIER [ C ]Where stories live. Discover now